Sabtu, Mac 11, 2017

Yang rendah, jangan disangka tidak tegak ....


Minggu lepas di Dewan Rakyat .....

Timbalan Yang di - Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di - Pertua. Saya bila mendengarkan Yang Berhormat Bagan Serai bangun berdiri menyanyikan lagu berkaitan dengan elemen patriotis me, lebih - lebih lagi memperjuangkan veteran angkatan tentera, saya terpanggil untuk berdiri.

Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Bagan Serai, saya baru sahaja dilantik sebagai Komander Kehormat bagi Tentera Laut Diraja Malaysia. [Tepuk] Apabila saya bertemu dengan golongan angkatan tentera...

Timbalan Yang di - Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kuala Selangor, cukupkah?


Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Tuan Yang di - Pertua?

Timbalan Yang di - Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Cukupkah?

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Cukup? [Ketawa] Maksud saya ialah hubungan di antara Tentera Laut Diraja Malaysia.

Timbalan Yang di - Pertua [Dato’ Sr i Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Faham tidak?

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Oh! Ketinggian. [Ketawa] Tuan Yang di - Pertua, memang pandai betul.

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Ketinggian jangan sentuh Tuan Yang di - Pertua, sensitif.

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Sensitif.

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Nanti ramai yang marah nanti. Yang Berhormat Jasin marah. Yang Berhormat Jasin pun marah.

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Yang Berhormat Jasin pun marah.

Timbalan Yang di - Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sebab itu saya tidak sebut. Saya tanya cukupkah? Saya tidak sebut lain itu.

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Okey. Okey, yang rendah jangan disangka...

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Tetapi confirm tegak.

Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Yang rendah jangan disangka tidak tinggi. Akan tetapi saya hendak kembali balik pada .....

Sepenuhnya di SINI

Wow! Yang rendah, jangka disangka tdak tegak dan tinggi

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini sudah baik. Husin ada baca hansard yg berkaitan dgn 1mdb.

Mcm mn dgn duit dari cayman island? Yelah nk dkt pru kn. Dari potong subsidi sana sini mnyusahkan masa pru. Ada baik guna duit tu je dl sementara nk pru

Unknown berkata...

https://youtu.be/_4GjvmvbYNw