Isnin, Februari 11, 2019

Borang keahlian PPBM dari Zul Alwi tak palsu ka..?


Macam-macam kepalsuan PPBM dan PH. M

Manifesto buat macam-macam janji tetapi satu pun tidak dikotakan. Semuanya palsu.

Kata nak penjarakan Dato Najib kerana mencuri, merompak dan menyamun. Sampai lani pun, mahkamah tak ke mana lagi?

Kertas pendakwaan tak sedia. Kertas siasatan pun katanya belum buat. Dokumen tak cukup.

Saksi-saksi belum tahu ada untuk sahkan "money trail". Jho Loh pun tak tangkap dan dakwa lagi. Ambik kapal tak laku dan kos pembiayaan RM3 juta sebulan.

Dakwaan mencuri, merompak dan menyamun terhadap Najib pun tak buat. Hanya isu sampingan saja.

Namun, ada satu janji tak palsu. Batalkan GST ditunaikan dan diganti SST.

Tapi jadi lagi teruk. Kerajaan kurang wang RM40 billion dan Petronas dikeruk RM90 billion. Harga barang tetap melambung naik lagi.


Benda besar-besar banyak lagi nak cerita tapi main benda simple pun faham telah dipalsu dan ditipu.

Tengah panas ialah sijil tipu. Bukan Marzuki seorang, tetapi tiga-tiga MB PPBM menipu sijil.

Seorang tu senyum, seorang dah konar tapi tetap masih menipu cerita sebenar, dan seorang tengah diam terhangguk-hangguk macam Jepun berharap tak diperbesarkan.

Malu apa BossKu, jika beg untuk perwakilan pun tiruan dan menipu.

Oleh sebab perwakilan ditipu dengan janji hotel akan di bayar, mereka sokong Tan Sri Rashid untuk kebas projek kerajaan bagi membiayai parti.

Cerita nak Selamatkan Malaysia dari rasuah dan Najib yang pencuri, perompak dan penyamun pun tipu sebab mereka cemburu tak dapat mencuri, merompak dan menyamun.

AGM mereka pun bukannya sah. Ada menipu juga kerana masa AGM pertama pun, tak buat Mesyuarat Cawangan dan Bahagian. Cawangan pun tiada.

Bagi AGM kedua, dengaq pun mesyuarat on paper saja.

Konon kata ada 40 MP UMNO nak lompat seperti diatur Dato Hishamuddin Hussein Onn. Tipu saja ka...?


Tersebar cerita orang kuat dan setia Hishamuddin dari zaman Pemuda UMNO lagi, Dato Zulkifli Alwi sedang dapatkan ahli-ahli UMNO untuk lompat jadi ahli PPBM.

Katanya 5,000 dah lompat ketika Hishamuddin sedang berpura-pura

Konon dinner bersama Dato Najib, Mat Hasan, Zahid Hamidi di Pavilion, dan berkempen sungguh-sungguh untuk PRK Cameron Highland.


Sambil itu, ziarah bakal TPM yang belum umum tapi Anwar dah marah.



Dan juga sabotaj usaha UMNO Johor untuk dekat orang muda dengan berkomplot dengan Ketua-Ketua Pemuda UMNO di Johor.

Harap borang keahlian PPBM yang Zul Alwi terima untuk bawa orang UMNO masuk PPBM itu bukan palsu dan tipu.

Takut 5,000 orang tersangkut tanpa berparti. Kosong kang PPBM. 


Konon MP UMNO yang orang Daim dan baru umum jadi ahli PPBM tak boleh pegang jawatan hingga PRU akan datang.

Apa cerita Mas Ermieyati akan dinaikkan Ketua Srikandi PPBM?

Wow! Tak menipu dan palsu, bukannya Mahathir


Tiada ulasan: