Khamis, Januari 30, 2020

Babak dalam penjara Malaysia Baru


Jika dahulu, kerajaan PH negeri Johor gagal menangani krisis pencemaran sungai yg berakhir dengan kanak-kanak sekolah jatuh sakit, kini kerajaan pusat kelihatan gagal kerana lambat dan lembab bertindak menangani wabak CoronaVirus di Wushan China.

Rakyat marah kerajaan terus benarkan pelancong China masuk.

Atoq tetap berdegil dan kini menggunakan polis untyk menutup mulut dan menekan keresahan rakyat.


Polis terpaksa akur dan telah umum beberapa FB.



Ironisnya PH yang menjanjikan kebebasan media dan menentang serta berjanji mahu mansuhkan Akta Berita Palsu 2018.

Elok jika mahu dikuatkuasakan dengan semua pemimpin PH didakwa kerana menyebarkan berita palsu Manifesto PRU14.


Belum apa2, Khalid Samad sudah mahu menunjukkan kepala, mulut dan hati busuk ya.



Ini berita palsu tapi realitinya benar. Kilang Carlsberg tak tutup dan tol percuma yg dah rasa pun tak rasa-rasa lagi.

Paling kesian, andainya Puan Norliah ini dipenjarakan, malu dia bukan di luar. Oramg ramai lihat ini undang-undang bodoh.

Malu dia di dalam.

Bayangkan hari pertama ketika banduan-banduan wanita perkenalkan diri masing-masing....

Banduan wanita 1: Saya di sini sebab rompak Bank. Awak semua masuk kenapa?

Banduan wanita 2: Geram lalu bunuh bekas suami. 10 tahun hukuman.

Banduan wanita 3: Ditangkap cuba jual dadah pada polis tak berseragam. Bakal tali gantung.

Mereka sedar satu Makcik bertelekong duduk diam di hujung merenong makanan.

Banduan wanita 1 tepuk bahu Makcik itu. "Akak masuk kerana apa?"

Banduan Makcik: Akta SKMM. Sebar gambar Khalid Carlsberg ketika polis nak cari penyebar berita palsu CoronaVirus. 
Wow! Masuk rugi forex RM31 billion berbaloi juga

Tiada ulasan: