Sabtu, September 29, 2012

Rosnah sedarkan rakyat tentang masaalah obesiti


Husin terbaca di akhbar hari ni berkenaan Minggu Kesedaran Obesiti Dunia (World Obesity Awareness Week) yang akan diadakan pada Oktober 15-19. Diharap pelbagai maklumat mengenai obesiti dapat diperolehi dan difahami  pada minggu tersebut.

Husin ingin sangat nak kuruskan badan yang sudah memang kurus. Ramai yang suruh kurangkan makan unta dan makanan berlemak. Adalah pula yang kata supaya utamakan pengurangan makanan yang manis, nasi putiih, dan makanan karbohidrat.atau gula kompleks.

Tahniah perlu diberi pada Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Rosnah Abdul Rashid yang merangkap Ketua Puteri Malaysia dalam usahanya membasmi obesiti dikalangan rakyat Malaysia.

Jumaat, September 14, 2012

PANAS! KUNYIT hangit ... Jam Omega dah jumpa!


Dijumpai sebagai iklan di mukadepan The Star bertarikh Mei 9hb 2011.

Tak percaya? Tengok gambar berikut:

Sabtu, September 08, 2012

Mencari gambar Ammar


Keberanian Ammar menunjukkan punggungnya kepada gambar Najib dan Rosmah begitu dikagumi Anwar Ibrahim.

Malahan dia dikhabarkan tidak takut langsung bila disoalsiasat polis. Dia tidak menunjukkan rasa bersalah langsung. Malahan dia anggap pendedahan punggungnya perkara biasa saja macam di Eropah. Kumpulan Sex Pistol biasa buat demikian di Eropah, tak ada hal.

Memang pun.

Ahad, September 02, 2012

Menolak rukunegara


Dilaporkan di sini, Anwar tidak mahu angkat tangan ketika ikrar dibacakan ketika majlis menyambut kemerdekaan Selangor.

Ikrar mengandungi 5 prinsip rukunegara yang menghendaki semua rakyat Malaysia mesti pegang kepada lima prinsip:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Kalau tidak setuju pada Rukunegara, ia bermakna Anwar mungkin berpegang kepada Rukundurjana mendokong 5 prinsip yang bercanggah dengan rukunegara ia-itu: