Jumaat, Ogos 30, 2013

Hmm ... salah Excel lagi?


Surat ini agak pelik.

Ia menyebut "diarahkan" tapi penutup surat sebut "permintaan." Adakah ia bermaksud "permintaan yang diarahkan."

Lim Guan Eng sebut diarahkan kemudian dia kata dia tidak arah tapi hanya permintaan. [Baca Bigdog sini]

Khamis, Ogos 29, 2013

Anak Nazri interbiu kerja


Sesiapa nak kerja dengan kerajaan perlu hadapi interbiu. Anak Dato Nazri Tan Sri Aziz Yeop, Nedim pun perlu harungi proses yang sama untuk jadi Pegawai Khas atau bukan Pegawai Khas(?).

Ketika itu, ada Pengarah lain yang interbiu kerana tidak mahu kelihatan berat sebelah jika Nazri interbiu sendiri. Sampai-sampai saja, Nedim dijemput masuk bilik dan duduk di kerusi di hadapan Pengarah tersebut.

Pengarah itu tanya, "Awak Nedim Dato Nazri Aziz?"

Nedim angguk dan kata, "Ya Tuan."

Selasa, Ogos 27, 2013

Ahmad Maslan tidak suka pembaziran


Dato Haji Ahmad Maslan adalah seorang yang banyak cerita perihal dirinya tapi Husin tertarik dengan cara dia bersalaman dan perkenalkan diri.

Dia akan sebut namanya sebagai Ahmad Maslan dan perkenalkan dirinya sekali sebagai Ketua Penerangan UMNO atau Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri mengikut kesesuaian majlis. Mudahkan orang untuk berurusan dengannya.

Lepas pilihanraya, Ahmad Maslan telah dipertanggungjawabkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Isnin, Ogos 26, 2013

Sabtu, Ogos 24, 2013

Harap ahli cepat lupa


Pemilihan sudah dekat dan masa begnilah orang UMNO paling terer dalam bab berkempen. Dalam pilihanraya umum, hampassss...

Hujah stail lama. Isi kandung yang basi. Debat tak mahu. Ceramah takut orang tak datang. Risalah, poster, kain pampang dan banner tak menyampaikan mesej yang tepat. Asyik umum ini dan umum itu.

Bilik gerakan hanya untuk makan minum dan sembang-sembang. Pasal kebanyakkan kerja out source supaya calun saja yang kkejar sana ke mari jumpa dan salam ribu-ribu orang sampai tangan nak tercabut.

Bila bab pemilihan UMNO, sinilah masing-masing tip top. Berkempen hingga ahli boleh terlupa segala dosa dan noda masing-masing dalam perkiraan untuk undi. Kempen masa raya inilah masa untuk pastikan ahli yang akan undi lupa.

Jumaat, Ogos 23, 2013

Pingat Kedaulatan Negara untuk Azilah dan Sirul


Mahkamah Rayuan hari ini telah membuat keputusan bahawa Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar sebagai tidak bersalah.

Laporan mengenai hujah penghakiman sedang ditunggu tapi yang ada disebut oleh Peguambela mereka dalam suratkhabar sebelum rayuan bermula bahawa salah satunya ialah motif pembunuhan tidak dapat dijelaskan.

Dengan bebasnya mereka berdua, bertepatan sekali Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Dato Akhmar Mokhles (dengan sokongan Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan, Dato' Haji Ibrahim bin Abdul Rahman) mencadangkan supaya Azilah dan Sirul diberi Pingat Kedaulatan Negara.

Khamis, Ogos 22, 2013

Shukor ketuai Jabatan Media Sosial


Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Kuang, Dato Abdul Shukor telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Selangor. Sebelum ini, dia memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor.

Mungkin atas jayanya dan tercapainya hasrat UMNO di Selangor, maka Dato telah diberi peranan oleh  Dato Noh Omar untuk mengetuai Jabatan Media Sosial. Pasti dia berfikiran strategik untuk memainkan peranan tersebut walaupun dia tak punya blog, facebook atau Twitter.

Apabila ditanya akan rancangannya untuk perang media sosial BN, Shukor berkata, "BN memang memberi penekanan kepada media sosial dalam menghadapi pilihanraya umum ke 14 kelak, Kita tidak mahu tewas dalam perang siber.

Selasa, Ogos 20, 2013

Teknik psikoloji baru DAP untuk pujuk penjenayah serah diri



Polis serbu rumah berkumpul Geng 04 yang terlibat dalam 7 pembunuhan di Pulau Pinang, 2 di Perak dan 1 di negeri sembilan.

Lepas kenalkan diri sebagai polis, mereka ditembak dan tanggungjawab polis tangani keadaan. Lima orang penjenayah yang berbangsa India mati.

Wakil rakyat DAP bernama Lim Lip Eng kata mana polis tahu mereka geng 04? RSN Ayer pula bantu keluarga penjenayah buat laporan polis di atas salah satu sebab iaitu panggil anak dan suami mereka penjenayah.

Padahal DAP yang gembar gemburkan kata polis tak buat kerja dan jenayah meningkat. Polis pula salah. Mereka tahu cara lebih baikkah untuk polis buat kerja?


Isnin, Ogos 19, 2013

Madu Cikgu Man Pen buat Najib


Tiada angin tiada hujan, Cikgu Man Pen talipon dari Langkawi.

Masa dia talipon, Husin masuk spital pasal lelah dan banyak hal lain-lain yang sikit-sikit kumpul jadi batuk-batuk yang teruk. Nak tercabut anak tekak tak henti batuk malam-malam.

Secara kebetulan, Cikgu Man talipon dari hospital juga. Mungkin sekali pasal lelah dia juga.

Sabtu, Ogos 17, 2013

Pembancuh kopi sukarela?


Rasanya begitulah sikap yang ditunjukkan oleh Dato Nazri Tan Sri Aziz apabila dia menjawab teguran  mengambil anaknya sebagai Pegawai Khas. 

Kalau dahulu, Khairy berhenti dari menjadi Timbalan Setiausaha Sulit kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebaik saja berkahwin dengan anaknya. 

Ada surat pekeliling JPA jelas tidak benarkan anak dan keluarga pegang jawatan dalam pejabat sama termasuk Menteri dan Timbalan perdana Menteri. 
 

Jumaat, Ogos 16, 2013

Siapa pilihan?

Gambar diperolehi dari Media Permatang Pauh SINI

Hmmm ...antara Miss Malaysia dan Cef Wan, siapa pilihan?

Khamis, Ogos 15, 2013

Wanita memilih


Jalan kaki ke Pokok Sena
Mahfuz Omar wakil rakyat
Hati sedih badan merana
Melihat kepimpinan gayat

Salad Maya Karin bercuka
Masakan bonda enak belaka
Bila rapuh tiang negara,
Pada Wanita harapan bangsa

Rabu, Ogos 14, 2013

Barang naik bagus


Bulan lepas, Tun Dol muncul di satu forum kepimpinan antarabangsa dalam keadaan disorong atas kerusi. Rupanya kaki kirinya bengkak.

Ketika sidang akhbar, Tun Dol ditanya seorang wartawan.

"Ketika pilihanraya baru-baru ini, Barisan Nasional teruk terpaksa menepis tuduhan BN dikaitkan dengan harga barang naik. Keadaan ini sangat tak elok. Ini semua bermula dari polisi masa pentadbiran Tun Abdullah mengurangkan subsidi minyak. Apa komen Tun sekarang?"

Isnin, Ogos 12, 2013

Tian Chua nak ambil gambar


Pernah Husin gelar dia 'stuntman' kerana suka aksi dan lakun jatuh dan lemah sebaik saja ada kamera ketika dia ditangkap pihak berkuasa.

Sejak jadi Naib Presiden PKR, kurang sedikit pe'el suka publisiti. Kuranglah mukanya terpampang di media. Bertambah lagi, ada pula persaingan dari badut-badut lain seperti Rafizi.

Kadang-kadang Husin rasa macam Tian Chua ini kurang berakal tapi sebagai aktivis SUARAM yang lama, dia tidak sebodoh itu.

Sabtu, Ogos 10, 2013

Pak Lah tak lupa


Seorang wartawan ke majlis sambutan hari raya dan melihat Pak Lah memanggil Tun Jeanne dengan gelaran darling.

Lalu dia bertanya pada Pak Lah ketika berjabat tangan, "Bagi seorang yang sudah menjangkau umur 74 tahun, sungguh penyayang Pak Lah hingga masih lagi berdarling-darling."

Jumaat, Ogos 09, 2013

Aidil Fitri yang sangat memilukan


Menangis membaca kisah ini.

Semoga kita sentiasa insaf akan nasib orang lain yang kurang bernasib baik ketika kita sedang bergembira menyambut Hari Raya.

Sila baca kisah pilu di pagi Aidil Fitri yang berlaku ....

Rabu, Ogos 07, 2013

Iklan kompang pulak


Semasa Tahun Baru Cina, hebat Dato Najib main gendang untuk kumpulan tarian naga dalam iklan.

Husin menunggu bila pula nak keluar iklan kompang Dato Najib. Untuk Cina, pegawai media dan jawatankuasa propaganda sanggup keluar wang ratusan ribu untuk buat iklan tersebut, takkan untuk orang Melayu tidak ada. Orang Melayu 60% majoriti ...

Apa dalam skrip iklan Cina kena samarata atau lebih dari itu. Husin bayangkan iklan tu mula dengan suasana kampong yang indah dan aman ...

Selasa, Ogos 06, 2013

Kueh mueh untuk puasa dan raya



Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda = Seri Muka
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang

Sabtu, Ogos 03, 2013

Satu lagi hasil kerja makmal PEMANDU untuk ekonomi!


Selepas pilihanraya, pasukan Transformasi yang dibawa gerabak keretapi oleh PEMANDU telah dikerah suruh memikirkan solution untuk mempertingkat pertumbuhan negara.

Kalau dahulu, satu jawatankuasa fikirkan, seorang dua buat kajin dan pengumpulan data, dan seorang rumuskan menjadi satu cadangan.

Tak rugged ...

Khamis, Ogos 01, 2013

Terminum holy water Idris Jala


Kenapa Idris Jala dipilih jadi Pengerusi J/kuasa Jenayah Berat?

Jawabnya senang ... supaya jenayah tidak payah di cegah.

Biar bermaharajalela...hehehe