Jumaat, Julai 31, 2015

BERITA TAK GERENTI BENAR: IGP kata rekod yang penting selamat



Untuk makluman...
Berhubung kebakaran di Bukit Aman semalam, siasatan telah dijalankan. Didapati rekod saman trafik tuan-tuan masih selamat. Alhamdulillah.

~Ketua Polis Negara~

* Sedia dimaklumkan, berita ini belum tahu benar. Diterima dari WA grup. Apa hal pun, bayar saman trafik anda.

Wow! Usah bazir wang bayar saman

Rabu, Julai 29, 2015

Rani Kulop yakin akan jadi PM


KUALA LUMPUR: Rani Kulop reda tidak lagi dilantik Menteri tapi tetap istiqamah dengan cita-cita untuk jadi ahli akar umbi Perkida pertama jadi Perdana Menteri Malaysia.

Dalam satu kenyataan dengan akhbar semalam, Rani telah memberitahu akhbar kesediaan untuk terima perlantikan Menteri yang keluar di Twitter.

Sebaik kenyataan rasmi pejabat Perdana Menteri keluar, nama Rani Kulop tiada dalam senarai.


Selasa, Julai 28, 2015

Palanievel tak mahu berperanan sebagai AP


[TERKINI] Datuk Seri G Palanivel akan hentikan peranan sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands sebagai tanda protes pengguguran dari kabinet.

Wow! Bila pula dia berperanan

Isnin, Julai 27, 2015

Eloklah tu bersedia untuk pencen


Betul tu ...

Masa senang fikir-fikirkan masa hari kurang. Masa muda fikir-fikirkan untuk hari tua. Masa masih ada ada gaji, sedia-sedia untuk hari-hari tak adalah gaji.

Eloklah benar tak niaga ayam.

Dah betullah tu tak guna proksi, terbalikkan nama saja.

Wow! Lagi untung jual orang dari jual unta

Ahad, Julai 26, 2015

Penipu ditipu penipu lagi besar


Orang kuat Anwar Ibrahim, Tong Kooi Ong jumpa dan janji USD2 juta pada Xavier Justo untuk berikan dokumen yang dicuri dan digunakan untuk ugut. Sebaik saja dapat dokumen, dia tak bayar dan berdalih-dalih dengan alasan ketika mahu bayar.

Selama ini, dia dan Ho Kay Tat diam tidak beritahu sesiapa mereka sudah berjumpa dengan Xavier. Malah ketika dikatakan beberapa orang ada sama berjumpa di Singapura pun mereka berdiam.

Sebaik saja terdedahkan, Tong kata:

Sabtu, Julai 18, 2015

MCA kasi makan-makan di Low Yat


Low Yat rugi akibat tersebar video kejadian anak Melayu dipukul pekedai kerana ditangkap mencuri. Tersebar berita palsu pekedai tak mahu tukar barangan tiruan dengan yang original.

MCA menafikan cina mengamalkan penipuan dalam urusniaga. Mereka anjurkan perayaan hari raya di Low Yat.

Maka kita dedikasikan pantun buat MCA:

Selasa, Julai 14, 2015

Dasar Ekonomi OPPO


Kejadian Low Yat yang mana dua anak muda Melayu mencuri talipon Lenovo sebuah kedai dan dikejar hingga tertangkap dan dipukul di hadapan kedai Oppo telah dilihat sesetengah pihak sebagai manifestasi fenomena kemiskinan bandar dalam masyarakat Melayu.

Keadaan menjadi begitu terhempit untuk memiliki sebuah talipon bimbit hingga anak Melayu terpaksa mencuri untuk dapat menggunakan perkhidmatan talipon. 

Ekoran itu, sudah ada pihak melihat keadaan ini begitu meruncing hingga ianya mudah menimbulkan ketegangan dan perseteruan antara kaum. Jika ianya tidak dibendung, ia boleh merebak menjadi kejadian-kejadian pergeseran antara kaum yang lain pula.

Isnin, Julai 13, 2015

Kekuatan Hang Tuah pada huruf "ta", Keberanian Melayu moden pada handfon


Hak keistimewaan Melayu mahu dihapuskan, Melayu diam.
Kalimah Allah mahu disalahguna mubaligh evangelis DAP untuk sesatkan orang Islam, kita diam.
Eric Paulsen panggil khutbah ajak keganasan, kia tidak ada apa-apa kesan.
Kedudukan Islam dipersoalkan, kita tak rasa ianya jejaskan kita
Peniaga cina dan Mamak naikkan harga atas alasan GST, kita tetap ke kedai mereka.

Sabtu, Julai 11, 2015

Demo Mahasiswa penyebab Najeeb letak jawatan


Tuntutan letak jawatan terhadap Najeeb untuk letak sudah kedengaran beberapa bulan lalu. Namun Najeeb tetap enggan lakukan.

Ekoran itu, pemimpin-pemimpun lama seperi Ebdul Raheem Thombi dan Abu Moosa Al Aswad merayu Najeeb bercuti semasa siasatan sedang dijalankan.

Akhirnya, himpunan oleh beberapa mahasiswa tahun pertama selepas solat Jumaat di ibu negara semalam yang berjaya hingga ....

Jumaat, Julai 10, 2015

Next Change di panggong wayang Tamil


Tayangan akan datang di panggung Tamil berdekatan kediatan rumah anda....

Khamis, Julai 09, 2015

Ringgit turun susah mahu niaga unta


Ana berniaga unta banyak feming la. Siang malam tidak boleh tido.

Ini bukan sebab Ahmad Albab menangis. Ketuk pintu buka harta karun dia diam.

Ana mahu import unta kasi jual sama orang Malaysia. Tapi ringgit sudah turun, unta sudah mahal. Sekarang sudah 3.80. Semalam kata orang 3.81. Masya Allah janganlah hari ini 3.82.

Nanti lama-lama dia turun itu turun ...

Hakim ini mesti adil dan bijak


Mat Sabu memang 'kes Bukit Kepong'
8 Jul 2015

Mahkamah Sesyen Butterworth memutuskan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu tidak bersalah atas dakwaan membuat kenyataan fitnah berkaitan serangan komunis di balai polis Bukit Kepong pada 1950.

Beliau dituduh memburuk-burukkan anggota polis dan keluarganya dalam insiden itu dalam ceramah di Tasek Gelugor pada Ogos 2011.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ditemani peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang juga anggota parlimen Sepang.

---------------

Hakim ini mesti dikatakan adil dan bijak.

Manakala 3 hakim mahkamah rayuan dan 5 hakim mahkamah persekutuan yang hukumkan Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat mesti tidak adil dan bijak. Rakyat yang tidak pass SPM dan guling-guling atas jalan lebih layak sebagai hakim negara.

Wow! Bila sudah kena jual, akal tidak berfungsi

Rabu, Julai 08, 2015

Ramai ameen doa Muhyiddin


Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin mengimamkan sembahyang di majlis berbuka puasa di pejabat Utusan Malaysia.

Dengarnya ramai betul makmum Abang Din. Kedengaran doa yang dibaca pun lain dari biasa. Ianya berbunyi begini:

يا الله! نجني من الذباب ذبابة ضخمة من شأنها أن تحيط بي. أنا حارس حتى لا يهرب من القيام بواجبي إلى الثقة نتيجة لمختلف المخلوقات هناك المتملقين والمتملقين الذين سوف حشد أنا هنا.

Yang dibelakang kuat mengaminkan doa. Lain macam, luar biasa punya kuat dan bersemangat. Fahamkah makna doa itu?

Selasa, Julai 07, 2015

Orang putih pun dah tahu wayang keling


Hehehe ... anak keling ceruk tok kun.

Baca di SINI untuk dapat tahu yang sahih saja.

Wow! Dunya dunya lagi untung jual orang dari jual unta

Isnin, Julai 06, 2015

Baik tak payah saman ...


Dato Najib akan bincang dengan peguam untuk saman Wall Street Journal di atas pendedahan duit dalam jumlah berbillion disalur masuk dalam akaun peribadi.

Semalam ada akhbar laporkan Najib akan saman pada hari Selasa dan juga difahamkan saman akan dibuat di dalam mahkamah di Malaysia dan luar negara.

Betullah tindakan Najib.

Sabtu, Julai 04, 2015

Rani Kulop pun boleh billionaire segera


Ingat buat polis repot banyak-banyak tidak boleh kaya?

Usahakan laptop.

Jumaat, Julai 03, 2015

Masa perang, kenapa Jepun ceroboh Malaya ikut Kota Baru?



Sebab ada basikal?

Bukan.

Sebab mudah tawan?

Hmmm ... ya lah. Apa sebab mudah tawan?

Jawabnya Annuar Musa juga yang tahu.

Rabu, Julai 01, 2015

Laporan berlainan media tentang 1MDB

Menyangkal tuduhan Tok Wan bodoh ... masih normal
Beberapa hari lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato Wan Junaidi menafikan tindakan pihak berkuasa untuk siasat The Edge dan Sarawak Report tiada tujuan untuk menekan media untuk siar laporan tentang 1MDB dan hormati kebebasan Internet.

Jelasnya Tok Wan yang merupakan peguam dan bekas polis bahawa ada asas untuk pihak berkuasa mengesyaki kedua media tersebut guna dokumen yang sudah diubahsuai dari dokumen asal. The Star putarbelit kata Tok Wan memandai buat andaian.

Hal kebebasan media pula terus diputarbelit pelbagai pihak. Lain yang dicakap tapi laporan yang dibuat mengikut agenda masing-masing: