Isnin, Mac 31, 2008

Zam it up, Soi Lek!

Chua Soi Lek quit politics after his sex scandal. Since he had a talent for pumping, he decided he will go into the petrol business. There, he reckons he can still pump a little, and for once be paid for it.

As a politician, he had talent. But selling petrol wasn't something he was trained for so sales was slow. One day, he decided to put up a promotion to increase his sales. So, he put up a sign that read, "Free Sex with Fill-Up."

Soon Zam pulled in, filled his tank and asked for his free sex. Doc Chua told him to pick a number from 1 to 10. If he guessed correctly, he would get his free sex. Zam guessed 8, and Doc Chua said, "You were close. The number was 7. Sorry. No sex this time."

A week later, Zam, along with his UMNO friend Khairy, pulled in for another fill-up. Again he asked for his free sex. Doc Chua again gave him the same story, and asked him to guess the correct number. Zam guessed 2 this time. Doc Chua said, "Sorry, it was 3. You were close, but no free sex this time."


As they were driving away, Khairy said to Zam, "I think that game is rigged and he doesn't really give away free sex."

Zam replied, "No it ain't, KJ. It's not rigged at all. My wife won twice last week."

* From buddy in Sabah

Shit ... Why BN did badly in GE2008?


Pak Lah was seated next to a little girl on an airplane that was leaving KLIA. He turned to her and said, "Let's talk. I've heard that flights go quicker if you strike up a conversation with your fellow passenger."

The little girl, who had just opened her book, closed it slowly and said to Pak Lah, "What would you like to talk about?"

"Oh, I don't know", said Pak Lah, "How about who is going to win the next election?"

"OK", she said. "That could be an interesting topic. But let me ask you a question first. A horse, a cow, and a deer all eat grass, the same stuff. Yet a deer excretes little pellets, while a cow turns out a flat patty, and a horse produces clumps of dried grass. Why do you suppose that is?"

Pak Lah thinks about it and says, "Hmmm, I have no idea."

The little girl then asks, "Do you really feel qualified to discuss who is going to win the next election when you don't know shit?"

* From my buddy in Sabah

Sabtu, Mac 29, 2008

Khalid Ibrahim … Mengapa Husin Asyik Kentot Ni?

Husin tergelak membaca satu cerita jenaka di Laman Jenaka Online.

Ceritanya adalah mengenai seorang isteri muda yang mendapat nafkah batin yang sempurna dari suami hingga terkentot. Apabila ditanya suami, isteri muda menjawab,”Maaf bang, yang depan ni terlalu gembira sehingga yang belakang ikut bersiul.”

Semuga pasangan pengantin baru itu sentiasa bahagia dan sang isteri sentiasa kentot.

Kalau kentot disebabkan itu, berbaloi juga … puas.

Sejak seminggu dua ni, Husin asyik kentot-kentot. Fitrah badan Husin ini, bila fikiran keliru, perut masuk angin. Masuk saja angin, keluarlah asap.



Macam mana Husin tidak kentot-kentot, dahulu ceramah bercakap mengenai keterbukaan dan ketulusan. Pemegang-pemegang jawatan harus mengikut amalan pentadbiran yang baik untuk mengistiharkan harta.

Kenapa sekarang ada ahli exco tidak mahu isytihar bila dah menang dan dapat jawatan? Husin ingat hanya tersasul gagap

Pret pret … dah terlepas ….

Semasa hendak sokongan, PKR dan Khalid Ibrahim berbaik bercemolot dengan kumpulan hak asasi manusia. Mereka ajak aktivis-aktivis masuk parti dan ditawar bertanding. Bila menang pilihanraya, mereka jadi Wakil Rakyat dan bukan Wakil Pos.

Apabila SUARAM menegur rancangan mengenakan levi RM9 sebulan seorang kepada buruh asing, Khalid berkata NGO seperti SUARAM perlu mengutamakan kepentingan nasional bukannya menegakkan pendirian antarabangsa mengenai hak asasi manusia. Kalau dahulu disebut macam begini, Khalid yang akan menafikan. Harap bukan tersasul atau gagap.

Elizabeth Wong PKR adalah anggota jemaah exco kerajaan negeri Selangor dari PKR. Dia juga jemaah sekretariat SUARAM. Adakah Khalid menembak ahli pasukan sendiri? Keliru-keliru ...

Tho ... ooot …. baik punya.

Dalam hal si Elizabeth Wong, baru-baru ini, dia menyertai satu majlis protes mengenai mempertahankan satu kawasan hijau dari pembangunan. Pembangunan ini di dalam negeri Selangor.

Ana pening lalat la ... kenapa orang kerajaan protes sama kerajaan. Lak lak lah ... vangun-vangun... ana kujut-kujut ... ente sudah exco jaga alam sekitar, tak payah protes lagi. Lakukan saja la ....

Pot pot pot ... terkentot fula ana.

Sehubungan dengan levi pekerja asing, Khalid mahu kerajaan negeri Selangor mengambilalih PKFZ yang dituduh ramai penuh skandal. Selamat mencuba tetapi bukankah kedua-kedua perkara ini jatuh pada bidang kuasa dan projek yang melibatkan kerajaan pusat? Ada cukupkah wang?

Khalid bersyarah berkenaan pentadbiran kerajaan dan mengaku kerajaan negeri ada kuasa. Keliru Husin, bukankah perbezaan bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri sudah jelas tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan?

Poooooottttt … ini susah bila dah keliru.

Kerajaan Selangor dahulu dikatakan "jahat". Mereka hendak mensifar setinggan. Tidak baik mengadakan keadaan perumahan yang tersusun dan sihat. Mereka seolah-olah tidak ada peri kemanusiaan dan tidak hormat hak asasi manusia apabila menyempurnakan hak asasi untuk berlindung.

Sekarang Khalid pula hendak meneruskan dasar setinggan sifar. Ada pulak parti BR tidak setuju.
Hoi hoi ... mana satu Husin nak ikut ni!?

Tot tot tot toooooot …. dah terlepas yang busuk punya.

Husin setuju dengan kata-kata Raja Petra supaya diberi ketua kerajaan, negeri atau persekutuan, masa 100 hari dahulu sebelum ditegur. Sememang tidak adil untuk dituntut dan disoal semasa 100 hari yang diperlukan untuk memaham keadaan dan merancang pemerintahan.

Macam mana dengan Husin yang sedang dikeliru dan terkentot-kentot!? Tak akan tidak boleh sembahyang 100 hari kerana asyik batal wudu’?!

Preeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttt !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hoi panjang dan berapi yang ini. Kalau kentot panjang lebih dua *marhalah, boleh sembahyang *jamaq qasar tak, Ustaz?


* Bagi pembaca bukan Islam, dua marhalah bermakna 53 batu. Solat jamaq adalah solat yang mengumpulkan dua solat waktu dalam satu masa. Manakala, solat qasar adalah solat waktu empat rakaat yang dijadikan dua rakaat. Antara syarat membenarkan solat jamaq qasar adalah dalam perjalanan yang lebih dua marhalah.

Jumaat, Mac 28, 2008

Khalid Ibrahim Digalakkan Menyanyi

Masih ingatkah anda syarahan berikut di Ijok?



Itulah syarahan di mana sebagai calun PKR, Khalid menyokong BN. Memang melucukan. Namun, mungkin tidak adil apabila kita menggunakan kelemahan seseorang dan kesilapan tersasul ke atas seseorang itu, terutama untuk merendah-rendahkan seseorang.

Kalau ditanya-tanya mereka-mereka yang bekerja di Permodalan Nasional Berhad (PNB) sezaman dengan Khalid Ibrahim, mereka akan mengatakan, "Apabila Khalid Ibrahim bercakap, akan sampai tahap di akhir-akhir dimana ayatnya tergantung tak habis. Kita orang staf kena pandai mengagak apa yang dimaksudkan. Kalau tidak faham, dia mengaruk. Dia kalau mengaruk ...."

Selebihnya itu, Husin tidak mahu sebut. Itu adalah kelemahan orang yang semua dari kita ada. Biarlah itu menjadi rahsia pada Husin.

Senang cakap, Khalid memang gagap.

Sebelum para pembaca menghentam Husin dengan pelbagai kritikan dan tomahan, biar dikatakan Husin suka cakap sebenar dan tidak perlu berselindung. Gagap itu memang kekurangan tetapi ianya bukan semestinya buruk. Sebenarnya ada banyak kelebihan pada orang gagap. Bila dia bercakap, dia akan lakukan dengan perlahan dan jelas. Sifat gagap menjadikan mereka ini sangat ekonomi dan efisyen dalam apa yang ingin disebut.

Kita yang mengetahui kelemahan mereka, jangan suka menyentap orang gagap yang sedang bercakap. Kasi mereka peluang menghabiskan apa yang ingin diluahkan.

Disebalik kekurangan orang gagap, tuhan memberi mereka kelebihan berfikir yang tersusun. Mengikut orang-orang PNB, Khalid ini bijak orangnya. Mereka sering berkata, "Khalid berfikir lebih cepat dari dia bercakap. Ini menjadikan ayatnya tergantung kerana apa yang difikirkan untuk bercakap dah jauh ke hadapan meninggalkan apa yang disebutnya."

Sekali lagi, Husin tidak memperolok-olokkan kelemahan orang. Selama ini, janganlah salah sangka. Sepupu best friend Husin pun gagap. Ada kenalan Husin di kedai teh tarik di kawasan perumahan itu bukan gagap, tetapi sengau. Kena banyak sabar dengan orang sengau kerana kena buat-buat faham apa disebutnya

Sejak semalam, Husin terpinga-pinga memikirkan apa yang "tidak habis" disebut oleh Khalid semasa mengatakan ada sebahagian dari ahli exco yang tidak mahu membuat deklarasi harta kerana atas sebab-sebab keluarga'. Orang di Malaysiakini.com dah mula mengaruk ini

Seingat Husin, pada tahun 2004, Dolah Badawi suruh semua ahli Kabinet mengisytiharkan harta tetapi dia enggan mengisytiharkan harta keluarganya. Susulan dari itu, ahli-ahli pembangkang terus menembak. Malah, Husin yang menyebelah parti pencadang ..... eh macam debat sekolah pulak ... parti pemerintah pun menegur dengan cara halus masing-masing.

Maka Husin terfikir, apa yang di dalam fikiran Khalid Ibrahim semasa menyatakan itu. Pastilah dia sudah jauh memikirkan perkara ini yang berlaku pada tahun 2004.

Khalid pun pasti tidak setuju cara orang "parking" harta masing-masing di dalam entiti yang mana menggunakan nama keluarga di hadapan. Dia pasti mengutuk perbuatan tidak gentlemen untuk meletak harta di dalam nama keluarga untuk menyelamatkan apabila bankrup. Pasti dia juga menentang jika ada exconya yang memperolehi harta dengan cara kegiatan haram.

Adakah ini kesilapan dari sifat gagap atau ada sesuatu yang cuba di surok? Kalau ini masaalah dari gagap, Husin mencadangkan Khalid baiki masaalah ini dengan menyanyi. Ini ada disebut sebagai terapi untuk kanak-kanak yang menghadapi masaalah gagap. Untuk mendapat maklumat lanjut, baca artikel "Menyanyi kurangkan gagap" di Utusan Malaysia semalam.

Disebalinya menyanyi boleh mempunyai maksud yang lain. Kalau kita biasa menonton filem gangster, sering ada kata frasa yang disebut oleh polis atau gangster kepada penjahat yang ditangkap atau mangsa, "Start singing". Ia bermaksud cepat mengaku. Faham-faham lah tu ....

Wow! Menjual orang gagap pun lagi untung dari jual unta.

Selasa, Mac 25, 2008

Pak Lah dan Khairy Menang Anugerah Pos Malaysia

Kuala Lumpur Mac 25hb, 2008 – Pos Malaysia Berhad mengumumkan pemenang-pemenang Anugerah Wakil Pos untok Pilihanraya 2008 kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Perdana Menteri Malaysia dan Khairy Jamaluddin, ahli Parlimen Rembau.

Anugerah ini yang pertama kali dilancar tahun ini memberi penghargaan kepada pengguna-pengguna perkhidmatan Pos Malaysia Berhad. Ini merupakan usaha untuk mengekalkan kesetiaan pengguna di dalam suasana pasaran perkhidmatan yang lebih bersaing.

Abdullah merupakan pengguna perkhidmatan pos terbanyak semasa musim PRU12. Mengikut anggaran firma konsultan Etot Consulting, Abdullah telah menggunakan sekurang-kurangnya 10,096 undi perkhidmatan Pos Malaysia untuk menaikkan lebihan dari 1,150 ke paras lebih ketara 11,246 undi.

Perkhidmatan Pos Malaysia lebih bermakna untuk Khairy. Undi perkhidmatan pos menyelamatkan Khairy dari kalah sebanyak 83 undi untuk menang lebihan undi 5,746 undi. Etot Consulting menganggarkan penggunaan fasiliti undi pos yang digunakan adalah sekurang-kurangnya 5,829 undi.

Menurut jurucakap Pos Malaysia, Cik Jenny Stamp, sebanyak 12,000 dan 6,000 orang anak Kepala Batas dan Rembau menyertai perkhidmatan keselamatan negara. Jumlah anggota askar dan polis negara adalah lebih kurang 180,000 orang.

Pos Malaysia mengalu-alukan sumbangan mereka kepada kemajuan syarikat. Pemenang-pemenang untuk tahun ini amat bermakna kerana perkhidmatan Pos dapat meletakkan wakil di Parlimen dan pucuk kepimpinan negara. Pos Malaysia menganggap mereka lebih merupakan Wakil Pos dari Wakil Rakyat.

Selain mendapat hadiah pertama mesin pencelik mata berkomputer dan sarung tangan menahan batal air sembahyang, Abdullah juga diberi tawaran untuk jawatan posmen sukarelawan apabila bersara. Khairy pula diberi tawaran jawatan posmen untuk Rembau apabila kerjaya politik yang dijangka menunggu masa untuk berakhir. Dia memenangi hadiah sangkar kera dan berok, dan alat solek lelaki, yang termasuk ubat pemutih muka dan clorox mulut.

Upacara penyampaian hadiah masih belum ditetapkan lagi memandangkan kedua-dua pemegang anugerah sedang sibuk bertengkar dengan Raja-Raja Melayu dan menguruskan perpindahan harta karun ke Perth, Australia.

Disamping rakan cemolot mereka yang tidak bertanding, Kalimullah dikatakan telah melarikan diri ke London. Pos Malaysia berharap dapat menawarkan perkhidmatan Pos Laju untuk menghantar salinan dokumen kerajaan dari Abdullah dan Khairy. – Agensi Husin Lempoyang

Baik cepat-cepat belajar English

Lupakan pasal si Zam, pergi suroh Menteri Kabinet yang ada.

Ramai yang tak tahu cakap bahasa Inggeris. Antara yang Husin tahu adalah Mat Taib yang telah disahkan mahkamah Australia, Noh Omar, dan Khalid Nordin. Dua dari mereka peguam. Menteri-Menteri Besar baru ini pun tidak hairan kalau tidak ada penguasaan bahasa Inggeris.

Baik belajar sekarang, sebelum PRU 2013. Taklah menyebut election sebagai erection.

Sekarang ini, Rais Yatim suroh diplomat belajar bahasa Inggeris dan Mandarin serta belajar kebolehan berunding. Padanlah urusan hal ehwal antarabangsa kita kelam kabut. Tidak boleh disalahkan gunting-gunting dalam selimut si Khairy dan Kalimullah sahaja.

Dolah tahu cakap orang putih tapi Husin rasa penguasaan bahasanya tidak berapa baik, baik bahasa Melayu atau Inggeris. Dolah suka berubah-ubah bahasa semasa sidang akhbar. Selalunya dia tukar cakap Inggeris semasa sedang bercakap Melayu.

Ini semua helah biasa ... orang kamplung nak menujuk-nunjuk speaking speakong. Malu pada Khairy gut?

Pada Husin, mustahak sekali adalah kebolehan memberi orang faham. Walaupun berbahasa Inggeris yang tidak sempurna, banyak sangat s, perlu sekali orang faham. Jangan bercampur aduk, menggunakan berbahasa Inggeris bercampur dengan bahasa Melayu.

Kalau difikirkan si DOlah, bahasa apa pun diguna dan campur aduk pun, tak ada orang faham abenda dia cakap. Tengoklah Islam Hadhari. Sebenarnya dia sendiri pun tak faham apa dia cakap.

Wow! Lagi untong jual unta dari jual orang.

Jumaat, Mac 21, 2008

Immortalising Samy Velu On A Stamp

After serving for 25 years, Samy Velu believe that the country should give tribute to him by immortalising on a postage stamp. He met Pak Lah and expressed his intention.

Realising the anguish Samy had to undergo for facing up to Hindraf's onslaught till election day, Pak Lah decided to agree. The stamps were produced and sold to the public. But after a while, problem cropped up. The stamps were not sticking to the envelope.

Samy personally decided to investigate and realised that it had nothing to do with the quality of the stamp. The stamps were using good quality paper and glue.

The problem was ... people were spitting on the wrong unglued side of the stamp.

We will miss Samy's funny and strangely worded but confidently expressed press statements.

Ayo yo ... Itu Langit Sama Bumi Pun Mahu Juga

Husin sudah dengar ini cerita dan rupanya sudah ditulis di blog Sembang-Sumbing. Malas mahu tulis, jadi copy and paste saja di bawah.

Beberapa hari lepas, MB Selangor tan Sri Khalid Ibrahim telah ‘turun ke padang’ bersama Penasihat PKR Anwar Ibrahim, membuat ‘lawatan mengejut’ ke kawasan India di Rimba Jaya. Kunun kunun melunaskan tanggung jawab sebagai pemimpin kepada rakyat dan kunun kunun PKR sebuah parti yang amat perihatin kepada masyarakat Indian, yang kunun kunun ditindas atau dipinggirkan oleh kerajaan sebelumnya.

Setibanya di tempat itu, beberapa penduduk keturunan India berugama Hindu setempat membawa mereka kepada tapak dimana kuil mereka dirobohkan lewat tahun lepas. Kini sebagai pihak berkuasa baru, golongan keturunan India ini meminta kepada Khalid dan Anwar sebuah kuil baru, ditapak yang sama. Malah mereka menuntut kuil yang lebih besar lagi!

Dalam masa yang sama, berita pemimpin besar PKR ‘turun ke padang’ ini mula tersebar dan makin ramai penduduk setempat keturunan India berpusu pusu kearah mereka.

Kini tuntutan mereka lain pula. Bagi masyarakat setinggan keturunan India Rimba Jaya, mereka menuntut rumah. Tetapi mereka secara tegas mengatakan mereka tidak mahu rumah pangsa kos rendah. Mereka menuntut rumah teres dua tingkat!

Apabila ini berlaku, Khalid dan Anwar cepat cepat memberi alasan dan beredar, sebelum lebih ramai masyarakat keturunan India makin dekat dan menuntut macam macam lagi!

Mereka meninggalkan Datuk Bandar Shah Alam untuk berhadapan dan berurusan dengan masyarakat India Rimba Jaya.


Kalau tidak percaya, ini You Tube bawah:



Nasib baik dia tidak minta satu bungalow seorang di Damansara Height. Tan Seri hanya ada satu sahaja bungalow. Dato Seri sudah jual bungalow, selamat.

Siapa suroh janji itu bumi dan langit? Janji mesti kota. Makkal Sakti Dato dan Tan Seri.

Wow! Kalau kasi layan, jual orang dan unta pun tak boleh untong.

Khamis, Mac 20, 2008

Apa salah Zaid Ibrahim jadi Menteri Hal Ehwal Agama?

Dato Zaid Ibrahim, bekas ahli Parlimen Kota Baru yang tidak di beri tempat bertanding di PRU12 dan pernah digantung keahlian UMNO, dinaikkan Pak Lah menjadi Menteri untuk membuat reformasi undang-undang.

Pasti ramai yang terkejut teramsuk dirinya juga. Di cafe-cafe di kot Kuala Lumpur, ahli-ahli UMNO sudah mula berkata, "Ah ... macam ini baik aku melawan dan digantung keahlian, ada can jadi Menteri."

Memang Zaid amat sesuai ditanggungjawabkan untuk mereformasikan sistem perundangan negara. Dia adalah seorang peguam Melayu yang amat berjaya sekali.

Firmanya Zaid Ibrahim & Co. dikatakan mempunyai ribuan peguam dan terlibat dengan pelbagai jurusan perundangan di luar dari keupayaan firma biasa dan antarabangsa. Zaid juga seorang yang berani menyuarakan isu-isu perundangan yang berkontroversi, walaupun tidak digemari ramai.

Baru-baru ini, namanya timbul di sebuah majallah antarabangsa bersama nama seperti Tan sri Syed Mokhtar sebgaai antara dermawan yang terbanyak di Malaysia.

Persoalannya, kenapa mesti suroh dia jaga isu undang-undang, tentu dia boleh lakukan bidang yang lain. Dia pun dahulu pernah mengetuai Persatuan Bolasepak Kelantan. Apa salahnya dia bertukar portfolio dengan Ustazah cun Dr Mashitah?

Kawan Husin berkata, "Kalau Zaid jadi Menteri Hal Ehwal Agama, semua isu haram settle.... tak ada haram-haram"

"Astaghfirullah .... kau ni", Husin menegur sambil tersenyum. Inilah orang politik kalau bersindir dengan jenakanya. Namun kawan Husin itu dalam pengetahuan agamanya.

Baik Zaid jaga undang-undang sajalah.

Tak akan tak tahu beza halal dan haram, keadilan dan kezaliman, hak dan batil, amar makruf nahi mungkar, dan Islam dan bukan Islam. Ya tak, Dato? Ingat satu sahaja Tok, hukum tuhan dan hukum manusia itu berbeza. Hukum tuhan selama-lamanya. Hukum manusia hanya menang atau kalah di mahkamah dan hukuman dunia.

Wow! Jual orang lagi untong dari jual unta.

Rabu, Mac 19, 2008

Sabar Pidah ... Tak Mati Tak Jadi Menteri Si Dolah



Hai, orang tua menggatal ni. Rupanya bukan Puteri UMNO dan orang felim saja dia menggatal pegang tangan, bahu dan pinggang. Nenek orang pun dikerjakan sekali.

Sekarang dia orang dah feeling.


Masak kau Dolah ... Jangan kasi orang pompuan menangis. Ingat nak menang dalam pemilehan UMNO, boleh pakai taktik biasa dengan ambil hati.

Husin jual orang pun takut dengan dendam orang pompuan.

... ini hanya adegan rekaan dari MyKMU Forum. Cerita sebenar Husin jumpa di blog ini.

Wow! Jual orang lagi untong dari jual unta.

T'ganu Tidak Perlu MB, Pakai Sahaja Residen


Apalah tak habis-habis isu Menteri Besar Terengganu?

Perlis yang bergolak pun sudah sedikit sebanyak selesai - yang diperkenan telah ditabalkan dan yang bertelagah tidak dapat jawatan.

Dolah pun sudah dapat mengumumkan Kabinet, buat sementara ini. Walaupun pelik Kabinet sekejap kembang, sekejap kuncup dan sekejap lagi mula tenggelam, Dolah sudah umumkan Kabinet.

Kalau difikirkan-fikirkan, perlukah Menteri Besar untuk Terengganu. Pembangunan pelbagai projek-projek pelik-pelik di Terengganu pun difikirkan oleh Perdana Menteri yang lebih media agong-agongkan dari Perdana Menteri Perdana Menteri yang lain.

Dolah adalah pemikir luar (k)otak yang disegani dunia. Berkali-kali Dolah kata Khairy tidak mempengaruhinya. Mungkin hanya berfikir untuknya. Dalam perlaksanaan "ini ide saya", ia dilakukan oleh pelaksana hebat dan efektif kos, Patrick "Badawi" Lim.

Di dalam tulisan itu yang menyentuh mengenai pembangunan Terengganu yang "menaplik" (perkataan kombinasi menarik dan pelik), Husin tidak menyentuh mengenai "kebolehan" Patrick Lim dalam menarik pelabur Cina dari Penang dan Johor untuk membeli tanah dari orang-orang tempatan Melayu di Terengganu.

Walaupun siapa sebenar disebalik pelabur Cina dari Johor atau Wilayah Utara Singapura, tawaran yang berlipatganda dari pasaran hartanah adalah pelaburan yang hanya Patrick Lim boleh bawa masuk. Ini melepaskan beban rakyat Terengganu dari membayar cukai pintu setiap tahun.

Selain itu, ia meringankan beban moral dari lupa daratan akibat kekayaan yang boleh diperolehi dari membangunkan tanah mereka sendiri. Masaalah kekayaan segera dari menjual tanah tidak menjadi masaalah kerana wangnya boleh dijolikan terus dan masaalah joli ini tidak akan berulang lagi. Dari aspek ini, Patrick Lim telah berperanan dalam pengurusan sosial masyarakat.

Walaupun bukan orang Islam, Patrick harus dihormati penghayatan Islam Hadharinya. Dia memahami kehebatan agama Islam, maka dia bina masjid yang kecil tetapi hebat kelihatan. Bukan itu sahaja, dia membawa satu pendekatan Islam yang menarik dalam membina masjid untuk jadi tarikkan pelancongan. Itulah namanya ketamadunan.

Berbalik kepada isu Dato Idris Jusoh yang masih tidak diperkenankan Pemangku Sultan dan Majlis Penasihatnya untuk menjadi Menteri Besar, Husin cadangkan tidak payah diadakan lagi jawatan Menteri Besar kerana ia sebenarnya tidak berfungsi. Malah adalah lebih efektif dan effisyen untuk diadakah sistem Residen.

Semasa sistem ini digunakan, ia merupakan sistem out-sourcing pertama dalam dunia yang mana Raja-Raja Melayu telah out-source pentadbiran negeri kepada negara konsultan luar. Memang jelas keberkesanannya, kerana negara terlindung dari ancaman negara konsultan luar dan rakyat luar dapat datang bekerja, menjadi rakyat dan kaya raya.

Orang tempatan cukup sebagai petani kais pagi makan pagi tetapi keterbukaan mereka itu dikurniakan pahala yang banyak. Bagi yang tamak tidak mahu berkongsi kekayaan bumi dengan orang luar, mereka diberitahu mereka malas. Sementara itu, tuan tanah lebih suka orang lain bangunkan kekayaan negara dan raja-raja bersyukur dapat pencen chief kadhi.

Sesuai dengan peningkatan hubungan negara dengan Singapura yang hebat sebagai pusat out-sourcing, Husin cadangkan Patrick Lim sebagai Residen Singapura pertama. Selain kebolehan dan dedikasinya yang telah disebut, Patrick Lim juga seorang yang tidak segan dan malu untuk mengadakan hubungan dengan wakil-wakil Singapura di Malaysia. Kemenangan wakil Singapura dalam PRU terbaru diucapkan tahniah dengan bunga.

Saudagar .... Wow! Lagi untuk jual orang dari jual unta.

Selasa, Mac 18, 2008

Terbaru: Tiada Tindakan Terhadap Mukhriz


Terbaru: Husin disedarkan dari sedang berwirid tadi. Diberitakan oleh Forum MyKMU sini, tiada tindakan terhadap Dato Mukhriz.

Ini macamlah pahlawan Melayu, cucu Onn Jaafar dan anak Hussein Onn - berani, bijak dan cekap. Barulah segak nak hunus dan cium keris, Dato Hishamuddin. Tapi, jangan keluar dari sarong. Takut salah faham.

Barulah layak untuk bercita-cita bertanding Naib Presiden UMNO. Husin ucapkan selamat mencuba dan muga berjaya.

Bagi Khairy, bersedia menunggu bersara. Nak jadi reporter, reputasi sudah hancur. Nak jadi fund manager, itu temberang tak pernah pun. Untuk jadi Investment Banker, jangan berangan kalau tak ada pengalaman bekerja.

Balik Rembau, bela kobau .... belajar jadi orang Melayu dahulu!

Senarai Kabinat 2008 Yang Tak Dapat Diumum

Ini seperti yag ditulis oleh t_teja1 di MyKMU yang ori keluar di blog Depa Kata:

Perdana Menteri: YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi,

Timbalan Perdana Menteri: Dato Kamaludin Abdullah Badawi

Menteri Kewangan: Dato Seri Kalimullah Hassan

Menteri Dalam Negeri: Khairy Jamaluddin

Menteri Penerangan: Dato Seri Anuar Zaini

Menteri Pengangkutan: Dato Seri Tony Fernandez

Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembinaan Masjid: Dato Patrick Badawi (Lim)

Menteri Kesihatan: Dato Dr. Vincent Lim Ah Pek

Menteri Hal Ehwal Wanita dan Pembangunan Masyarakat: Nori Abdullah

Menteri Dijabatan Perdana Menteri: Dato Zaki Ahmad Zahid

Menteri Perdagangan Antarabangsa: Azim Zabidi

Menteri Hal Ehwal kaum India: Dato Reezal Merican Naina Pottu Marican

Menteri Hal Ehwal Warga Emas: Dato Hajjah Rahmah (Ibu Khairy)

Menteri Belia, Sukan dan Kereta Terpakai: Dato Azeez Rahim Rempit

Menteri Sains, Teknologi, Innovasi Dan Alam Sekitar: Maya Karin

- Dikeluarkan oleh Tingkat 8-


Untuk senarai menteri sebenar yang diumumkan, sila lihat di sini.

Isnin, Mac 17, 2008

Teringat Lagu Aishah

Janji Manis Mu

Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada
Keikhlasan
Apakah ini
Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Aku bagai seorang
Kembara jalanan
Terumbang ambing
Di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup kau selalu keseorangan



Korus Pertama:
Hati membeku mengingatkan
Kata janji manismu... oh...
Ku dilambung angan-angan
Belaian kasih sayang suci darimu
Oh kejamnya


Korus Kedua:
Lidah tidak bertulang
Ucapan cinta menghiris kalbu
Ku kan pergi membawa diri
Cinta di hati terkubur lagi



Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Kutempuhi dengan kesabaran
Kusedar kebesaranMu Tuhan...

Ulang Korus Pertama

Sabtu, Mac 15, 2008

Adakah Hishamuddin cucu Onn Jaafar atau Jaafar, Onn?

Darah keturunan orang yang hebat-hebat.


Dalam memberi reaksi kepada surat peribadi Mukhriz yang ditandatangani sebagai ahli Parlimen Jerlun, Dolah takut untuk membuat keputusan.

Kalau dipecat budak ni, nanti kurang pulak Barisan Nasional di Parlimen. Jika tidak dipecat atau diambil tindakan, dia akan lagi bising. Masaalahnya rakyat suka dan sayang Mukhriz. Takut pulak orang dan ahli UMNO akan lagi bising. Nanti dirinya dituduh untuk bantu Khairy untuk jadi PM. Khairy memang tidak boleh tunjuk batang hidung dan keluar suara untuk beberapa lama. Pak Lah tidak boleh kelihatan lemah pula.

Oleh kerana dia sedang memikirkan untuk memasukkan Khairy menjadi Menteri, biar dikasikan kentang panas ini kepada Hishamuddin.

Bagaikan sejarah berulang lagi, ayah Mukhriz pernah menulis surat yang hampir sama kepada Tunku pada tahun 1969 selepas kekalahan teruk Perikatan. Akibat surat itu Dr Mahathir telah dipecat parti dan hanya kembali semula dibawa balik oleh Tun Abdul Razak (ayah Dato Seri Najib).

Selepas kematian Tun Abdul Razak, Hussein Onn (ayah Hishamuddin) mengambil alih pucuk kepimpinan UMNO, Barisan Nasional dan Malaysia. Jika tidak kerana kematian Tun Dr Ismail, mungkin Hussein Onn perlu menunggu dahulu. Dr Mahathir dilantik sebagai Timbalan dan tidak berapa lama kemudian Dr Mahathir mengambilalih.

Kalau dilihat dari peristiwa surat itu, ianya bagaikan akan berulang kembali. Adakah ianya akan berulang? Adakah keadaannya, peribadi pemimpinnya dan senarionya sama atau berbeza? Bagi memendekkan perbincangan, semuanya tidak sama.

Dengan Dolah dan Khairy berada di hujong dahan dan Mukhriz sudah mula goyang-goyangkan pokok, adakah anak-anak dan cucu-cucu wira Melayu seperti Najib dan Hishamuddin masih tidak berani menghumban kerajaan anak beranak penghancur bangsa dan negara?

Disini, Husin (ejaan tanpa dua s dan satu e) lihat Najib yang sudah menghampiri puncak kuasa tidak seharusnya dilihat sebagai tidak taat kepada ketua. Sudah tentu kita tidak harus memulakan atau membiarkan budaya khianat dan menikam dari belakang kekal terus dalam masyarakat Melayu.

Maka kita ketepikan dahulu Najib dari equation kita tetapi di suloh spotlight kepada Hishamuddin. Dia tidak boleh menghampakan suara rakyat dan penyokong-penyokong UMNO.

Bapa Hishamuddin, Tun Hussein Onn adalah seorang yang prihatin dan telatin (meticulous) dalam kerjanya. Sebagai bekas pegawai askar, dia begitu tinggi displin dan tegas. Datuk Hishamuddin adalah pejuang kemerdekaan Dato Onn Jaafar. Bekas Menteri Besar Johor inilah yang menubuhkan UMNO dan meninggalkannya. Jasa dan pemikirannya begitu maju hingga hari ini baru boleh difahami dan dihayati sesetengah pendapat dan tindakannya.

Hishamuddin masih belum menyerlah kepimpinannya. Banyak yang beliau lakukan tidak diketahui ramai kebijaksanaannya. Mungkin dia mengikut cara bapanya.

Kesilapan besar Hishamuddin adalah membawa Khairy ke dalam Pemuda UMNO. Dia juga yang dikatakan Pak Lah beiya-iya sebut, “Pak Lah jangan masuk campur” kerana dia mahu bawa Khairy sebagai naibnya.

Akhirnya Khairy yang sombong dan tidak tahu malu dan segan menyalahgunakan pengaruh untuk tidak memberi hormat langsung kepada Hishamuddin. Dia sudah memperkotak-katikkan. dan memasang pelbagai jerat kepada Hishamuddin. Jerat terbaru adalah apabila diletakkan untuk mengetuai jentera Pemuda untuk mengalahkan Wan Azizah di Permatang Pauh.

Hishamuddin menghunus keris hingga menimbulkan kemarahan kaum lain kerana terikut-ikut Khairy yang mula mengapikan sentimen kaum Cina dalam Mesyuarat Agong Pemuda UMNO di Jerlun, Kedah pada tahun 2006. Ya, Jerlun adalah kawasan yang mana Mukhriz kini adalah ahli Parlimen.

Husin percaya Hishamuddin ada keupayaan untuk bertindak berani mengikut naluri gene bapa dan datoknya. Jika Onn Jaafar boleh berani dan bijak untuk menyelamatkan Cina Batu Pahat yang hampir kesemua adalah tali barut Komunis dari dibunuh habis oleh Kiyai Salleh, dia pasti bisa melakukan sesuatu untuk menyelamatkan umat Melayu dan UMNO dari kezaliman dan keganasan yang ingin dilakukan oleh Dolah dan Khairy, bermula terhadap Mukhriz.

Mukhriz menulis surat sebagai seorang ahli Parlimen Jerlun yang menyuarakan suara rakyat. Hantarkan balik bola ke gelanggang Dolah sebagai Ketua Barisan Nasional. Di situ panaslah buntotnya. Mereka secara halus sudah menghantar alamat menuntut ia berundur.

Bukan tidak boleh buat alasan untuk katakan isu disiplin ini di luar ruang kuasa Pemuda UMNO dan seharusnya dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO, malah peringkat Barisan Nasional.

Tentu bukan cucu Jaafar Onn

Kalau Hishamuddin sebenarnya cucu Jaafar, Onn (ikut stail orang Inggeris) dan bukan cucu pelawak lembut yang pandai memasak, menari dan berandam, Jaafar Onn, inilah masa untuk menunjukkan darah keperwiraan bangsawan sebenar yang mengalir di dalam dirinya dan bukan hanya hunus-hunus keris.

Katakan parti harus menghormati hak peribadi untuk menyuarakan pendapat kerana Pak Lah sering mengatakan dia terbuka.

Alasannya surat Mukhriz itu telah dihantar secara peribadi dan cc kepada hanya beberapa orang tertinggi dalam parti. Dia tidak hebah-hebahkan merata-rata. Pihak pejabat UMNO yang bersalah untuk fotostat dan menyebabkan pembocoran hingga sampai ke tangan Blogger yang dengan cepat tersebar ke seluroh negara pada hari Jumaat.

Kini adalah masa untuk bertindak dan bukan masa untuk berbirokrasi dan berprotokol. Rakyat, orang ramai dan ahli UMNO mengukor Hishamuddin di masa yang boleh dikatakan decisive moment (saat penentu) dalam kepimpinannya.

Mukhriz sudah tunjuk dirinya sebagai pejuang dan pahlawan yang berani dan sanggup menyeberang titian yang berapi itu. Hishamuddin bila pula?

Lakukan yang berani. Barulah tidak diejek-ejek auwww dan dihormati untuk bertanding sebagai Naib Presiden UMNO. Sifat tegas daripada ayah dan datok sudah perlu disaksikan ramai.


Wow! Husin Lempoyang macam boleh jadi penasihat untuk cucu cicit Dato Onn ... hmmm masih untong jual orang dari jual unta laa.

Macam Nak Mula Tahan Penjualan Chewing Gum?

Dilaporkan Bernama semalam Mac 13hb, 2008 berikut:


Rakyat Pulau Pinang Mesti Bersihkan Pulau Untuk Industri Pelancongan

PULAU PINANG, 13 Mac (Bernama) -- Kebersihan ialah kunci untuk Pulau Pinang menarik semula pelancong, kata anggota exco Pelancongan Pulau Pinang Law Heng Kiang.

Beliau mengulangi kata-kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa bertemu anggota Persatuan Agensi-agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) cawangan Pulau Pinang semalam, bahawa beliau akan menangani isu-isu pelancongan daripada akar umbi.

"Antara perkara utama ialah kebersihan dan kami harap rakyat dapat bekerjasama untuk membersihkan sampah mereka sendiri.

"Ini sangat penting kepada industri pelancongan. Sebagai contoh, tempat tumpuan pelancong di Singapura, yang berjaya menarik kunjungan pelancong kerana kebersihannya," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah anggota exco negeri di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.

Law mahu penduduk di negeri itu bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan negeri itu khususnya tempat tumpuan pelancong, bersih.

"Keseluruhannya Majlis Perbandaran Pulau Pinang akan mengendalikan kawasan tumpuan pelancong manakala penjaja menjaga kebersihan tempat menjaja manakala orang ramai pula menjaga kebersihan tandas dan kawasan awam lain," katanya.

Law juga berkata beliau tidak mempunyai rancangan untuk mengubah pelan industri pelancongan Pulau Pinang kerana keutamaannya ialah menangani isu kebersihan.

Setiausaha DAP negeri itu berkata beliau akan membangunkan kawasan pelancong baru, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Sementara itu, Pengerusi MATTA Pulau Pinang, Anne Tan bersetuju dengan pandangan Law bahawa kebersihan, terutama penyelenggaraan dan kebersihan tandas awam dan kawasan awam lain merupakan tanggungjawab orang ramai.

"Ya, memang ada pekerja yang membersihkan tandas tetapi mereka tidak berada di sana 24 jam. Kita yang menggunakan tandas dan wajar membantu kerajaan dan lebih bertanggungjawab. Kita tidak boleh mengharapkan kerajaan melakukan semuanya," kata Anne.

-- BERNAMA

He he he ... baguslah hendak mengekalkan kebersihan dan menarik pelancong asing. Cuma sekadar tersenyum menyedari betapa masin cakap Husin dalam satira mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru.

Tunggu sajalah gula-gula getah Chewing Gum tidak dibenarkan di benarkan jual di Pulau Pinang. Mulalah siapa kena tangkap buang sampah kena hukum pungut sampah pada hari minggu. Tak boleh meludah dan hispa rokok sana sini.

Akan jadi ke tiap-tiap bulan ada kempen? Mungkin dah betullah tu sebab Penang banyak kilang komputer dan semiconductor chip. Tak payah dipenuhi pendudok tapi diganti robot yang ikut perintah dan di programming selalu ... hehehe.

Bagi member-member di Penang, hangpa yang ketagih Chewing Gum nanti boleh Husin jadi pembekal. Wow! Bolehkah lagi untung chewing gum pada orang Penang dari jual orang orang dan unta?

Jumaat, Mac 14, 2008

Harap Khalid Ibrahim Tidak Gagap dan Lupa Kira-Kira


Tan Sri Ibrahim menerima watikah sebagai Menteri Besar. Husin harap dia tidak tersasul dalam ucapan untuk menyatakan Barisan Nasional memerintah Selangor. Kononnya sekarang Barisan Rakyat memerintah - PKR, DAP dan PAS.

Walaupun Lim Kit Siang kata mana ada Barisan Rakyat, dia masih belum sedar dia sudah memerintah di peringkat negeri. Sudah terbiasa perlu sentiasa bergaduh dan cari pasal sebagai pembangkang, tak payahlah ikut si tua. Dia belum bangun.

Harapnya Tan Sri bukan saja tidak tersasul dan tergagap, tetapi masih tahu kira mengira. Jangan salah kira peratusan rakyat Selangor yang mana 52.9% Melayu, 27.8% Cina India 13.3% dan lain-lain selebihnya 6%.

Keluasan kawasan Melayu itu tidak perlu diceritakan lagi kerana fahamlah kebanyakkan bukan Melayu hanya di bandar-bandar utama.

Tidak boleh salah anggap pengundi bandar bukan Melayu itu banyak sangat. Dari 4,850,000 rakyat Selangor, pendudok kawasan Petaling Jaya hanyalah 550,000. Ada bandar-bandar utama dalam Selangor macam Shah Alam (500,000), Klang (995,000) dan Subang Jaya (400,000) bukanlah majoriti bukan Melayu.

Janganlah ada satu parti ingat dia dah sampai ke bulan boleh hendak kuasai semua kerusi exco. Walaupun Keadilan menang 15 kerusi, DAP 13 dan PAS 8, Barisan Nasional masih pegang ada 20 kerusi. DAP kebanyakan Cina dan PAS semua Melayu. Dalam Keadilan dan Barisan ada campur-campur.

Orang undi Barisan Rakyat bukan kerana manifesto tetapi pasal marahkan Dolah dan Kerry, dan ada bahalol yang bentes pasukan sendiri. Fahamkan orang di bawah. Janganlah Tan Sri tersasul, tergagap dan tersalah kira.

Kalau Tan Sri ingat Manifesto awak banyak cantik, kita boleh pasang balik dinding. Opps ... ini cerita P Ramlee, Masam Masam Manis. Namun, Husin Lempoyang akan pakai air sedikit sedikit, kad-dang kad-dang, dan jarang jarang kerana percuma percuma ... hehehe.

Bagus Barisan Rakyat yang sayang rakyat. Husin akan kaji janji mereka dalam Manifesto supaya menjimatkan wang dan mengurangkan beban. Kalau mansuhkan cukai pintu dan tanah tentu lagi baik. Apa di sebut tu, mesra rakyat.

Wow! Sekarang Husin Lempoyang nak jual pembangkang pulak. Masih lagi untung jual orang dari jual untakah?

P/S Ini depan rumah Husin ada pokok banyak busar. Tan Sri bole kasi tahu isteri Manoharan untuk panggil kawan-kawan dia kasi bina itu kicik saja tapi lama2 boleh busar juga. Jangan marah orang PAS, nanti kena jual ....

Khamis, Mac 13, 2008

KM Pulau Pinang Baru Mula Bertindak


Mac 12hb, 2008 - Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik, Encik Lim Guan Eng memulakan tugasnya untuk mengumumkan pemusnahan Dasar Ekonomi Baru untuk kerajaan Pulau Pinang.

DAP mengambil pendirian bahawa polisi-polisi kerajaan akan berasaskan persamaan kaum supaya lebih adil mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Kaum Melayu yang sekarang terpinggir di Pulau Pinang pasti akan jauh lebih maju. Beliau berpendapat mereka pasti lebih berupaya untuk maju dari kaum-kaum Cina yang sekarang jauh lebih maju, tanpa bantuan kewangan, subsidi bantuan dan bimbingan..

Lim berkata, kerajaan Pulau Pinang akan memulakan beberapa langkah segera untuk mengubah sikap dan cara kehidupan rakyat Pulau Pinang.

Larangan menjual gula-gula getah chewing gum bagi seluruh Pulau Pinang sudah dikuatkuasa dengan segera.

Penghisap rokok tidak dibenarkan merokok di kawasan awam dan denda yang keras akan dikenakan kepada pelanggar perintah.

Bagi menyelesaikan segera masaalah kebersihan dan sampah di Pulau Pinang, Lim berkata, kerajaan bercadang mengenakan denda yang tinggi kepada pembuang sampah dan mengenalkan program khidmat masyarakat kepada pembuang sampah. Langkah ini sedang dikaji dan menunggu masa untuk mula dikuatkuasa.

Beliau menambah, kesemua jalanraya di Pulau Pinang akan disediakan dan dibaiki zebra crossing yang telah diabaikan oleh Barisan Nasional. Ini untuk memastikan rakyat Pulau Pinang tidak menyeberang jalanraya sesuaka hati. Denda yang ketat juga akan dikenakan kepada yang melanggar peraturan.

Sementara itu, Lim Kit Siang menuntut supaya jawatan Menteri Besar Perak diberikan kepada DAP. Beliau berkata, DAP akan boikot majlis perlantikkan wakil PAS sebagai Menteri Besar yang telah diperkenankan Sultan.

Menurutnya tindakan itu adalah untuk menunjukkan DAP bukan satu parti kaum cauvanis Cina dan menghormati kehendak Sultan.

Menurut sumber-sumber tertentu, Lim Kit Siang dikatakan akan mengubah pendirian kerana baru sedar, DAP bukan lagi parti pembangkang di negeri Perak dan tidak boleh bersikap seperti parti pembangkang. - Agensi Berita Husin Lempoyang

Rabu, Mac 12, 2008

Pak Lah di Sajak dan Gurindam Tapi Tak Terima Hakikat

Lagi jenaka SMS diterima Husin, ini mengenai Pak Lah:


Sajak terakhir dari Abdulla Badawi

Ku cari damai dihati
Ku perkenalkan Islam Hadhari
Ku cari Ghazali dan Shafiee
Ku hilang Shahrizat dan Samy

Ister tercinta telah pergi
Ku ambil jin sebagai pengganti

Oh sakitnya hati
Apabila hilang 5 negeri

Jumpa lagi 4 tahun lagi
Itu pun kalau tak mati lagi

Ini satu lagi:


Gurindam Pak Lah

Panas ku sangka hingga petang
Rupanya hujan ditengahhari

Kelantanku sangka mudah ditawan,
Rupanya ku hilang 5 negeri.

Sungguh malang nasibku ini,
tiada kampung dan tioada negeri.

Penang negeriku ditawan DAP,
Tak tahu kemana hendak bawa diri

Ada baiknya ku undur diri,
Bagi peluang kepada Khairy

Sambil ku tumpu kepada isteri
Manalah kot kot dapat baby!!

Cemerlang, Gemilang, ... Kecundang

Khairy akan diberi peluang?

Sahlah gurindam ini mungkin berasal dari Khairy untuk psy-op bagi rakyat menerima kedatangannya.

Ingat Dolah betul faham apa dia kata sebagai pengajaran. Bolehkah dia faham suara rakyat jika masih nak putar banyak-banyak. Fahamkah beliau suara rakyat, rupanya dia masih tidak menerima hakikat. Baca berita bawah ini:

PM Ulangi Khairy Tidak Pengaruhi Beliau

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulangi dengan tegas bahawa menantunya Khairy Jamaluddin tidak pernah mempengaruhinya dalam sebarang keputusan yang beliau buat atau lakukan.

"Khairy bukan satu pengaruh dalam apa jua saya lakukan. Beliau adalah Naib Ketua Pemuda Umno, dan beliau mempunyai idea mengenai apa jua.

"Mungkin secara kebetulan beliau bercakap mengenai dasar yang sama dan bukan kerana dasar itu adalah sesuatu yang telah beliau promosikan, ini adalah dasar kerajaan," kata Perdana Menteri kepada wartawan di Ibu Pejabat Umno di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai seorang anggota Umno, adalah menjadi tugas Khairy mengetahui dasar-dasar kerajaan dan bercakap mengenainya.

"Bila kita bercakap mengenai dasar itu tidak bererti itulah dasar yang beliau cadangkan," kata Abdullah mengulas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mendakwa bahawa Khairy bertanggungjawab atas kekalahan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang baru berakhir.

Presiden Umno itu berkata apa yang berlaku kepada Khairy adalah akibat persepsi salah yang berasaskan hakikat bahawa beliau (Khairy) adalah menantu Perdana Menteri.

"Beliau bukan orang yang berkata 'Babah tolong terima ini dan saya (Abdullah) terima, dan ini you (Abdullah) mesti lakukan. Beliau tidak berbuat begitu.

"Ini satu persepsi, saya rasa ini persepsi salah dan saya kesiankan Khairy kerana persepsi sebegitu berlaku terhadap matlamatnya, dan hubungan beliau dengan saya sebagai seorang menantu dengan bapa mertua," kata Abdullah.

Perdana Menteri berkata Khairy adalah orang yang bercakap secara terbuka dan aktif melahirkan pendapatnya sebagaimana ramai orang pernah dengar di perhimpunan agung Umno.

"Siapa saja bebas memberikan pendapat, serta pandangan, dan Khairy, seperti orang lain juga bercakap secara terbuka dan kenyataan disiarkan dalam akhbar," kata Abdullah.

-- BERNAMA


Si menantu pun saja tidak mahu menerima hakikat, tetapi dalam kekalahan masih nak berdendam pulak.

Postal boy lagi spin pulak ....

Selasa, Mac 11, 2008

Berita Esok: Pegawai SPR Rembau DiMasukkan Hospital

Berikut adalah berita yang keluar Isnin esok:

Seremban Ahad Mac 9hb - Hospital Seremban hari ini dikerumuni oleh pegawai SPR yang bertugas di Rembau semalam.

Mereka amnya bengkak tangan dan sakit mata hasil usaha pengiraan undi berulang kali.

Menurut mereka, ada yang bakal cacat kiranya pengiraan undi tidak menghasilkan kemenangan buat Khairy.

Ha ha ha ... sudahlah Khairy!

Satu Malaya tahu SPR dipaksa kira berkali-kali dan Khairy disahkan kalah 83 undi. Khairy hanya menang lebih 5,000 secara tipu menggunakan undi postal.

Pak Lah hanya menang 1,000 di Kepala Batas dan menggunakan hampir 10,000 postal vote untuk tidak hilang kemaluan.

Hampir semua postal vote satu Malaysia digunakan untuk Khairy dan Pak Lah.

Katanya, khabar mengatakan Tan Sri Koh Tsu Koon sedang kalah dan postal vote mahu dibantu. Akhirnya Koh Tsu Koon tidak dapat ditolong dan kalah. Begitu banyak postal vote digunakan oleh Pak Lah dan Khairy hingga Samy Velu, Shahrizat, Kaveas dan lain-lain tidak dapat diselamatkan.

Dengan ini, Husin Lempoyang menobatkan Khairy sebagai "Postal Boy" dan Pak Lah sebagai "Postal Father In Law".

Pak Lah Pak Lah ... ingat rakyat menerimanya. Masih tak sedar diri kenal jual...

Isnin, Mac 10, 2008

Esok Paginya ...

SMS ini datang kepada Husin ...


Pagi Isnin ini, Samy Velu masuk estet motong gotah. Koh Tsu Koon jadi tokey along. Shahrizat bukak tadika. Zainuddin bawak teksi. Awang Adek jadi bomoh dan hanya mampu hisip curut keling. Aziz Shamsuddin pencen bukak kodai kopi. Khir Toyo jadi tukang sapu di shopping kompleks. Wan Hashim bukak bengkel di Pulau Duyong. Tajol Rosli buat bengkel di Pengkalan Hulu, yang lain-lain biasa je, joint bangla kerja kat kilang getah ....
Sementara itu, ....


Surau di Kampung Melayu Kepala Batas ada kekosongan untuk jawatan tok imam, calun yang layak mesti lah dari anak tempatan yang tugasnya agak berat tiada ada had dan hari.

Masih menuggu untuk diisi ...


Di Zoo Negara, jawatan penjaga berok dan monyek sentiasa bersedia untuk seorang yang menyerupai dan boleh mehami bahasa monyet dan berok. Haarap dapat dipenuhi tidak lama lagi ...


Hahaha ... Husin ketawa sekejap.

Ada antara mereka adalah kawan2 Husin. Ada yang mereka yang Husin hargai dan hormati.

Ada orang-orang yang dapat kekal baik, walaupun berkuasa. Ada yang tidak berapa baik. Mereka masih penuh dengan curiga, hasad dengki dan cantas mencantas sesama rakan seperjuangan.

Ini adalah kenyataan hidup politik. Kuasa itu bukan kita yang punya tetapi tuhan. Tuhan berupaya mengambilnya kembali.

Muhasabahlah. Bagi yang sudah berumor, baikilah sisa hidup. Bagi yang muda, ada masa untuk membaiki diri dan mungkin ada peluang untuk kembali semula.

Jawatan politik adalah untuk menjaga dan berkhidmat rakyat. Ada yang lupa perkara ini.

Bagi yang dahulu pembangkang dan kini kerajaan, jangan asyik dengan kegembiraan kemenangan. Kitaran hidup sentiasa berulang. Sampai masa, kamu pun boleh menjadi seperti mereka. Ingat buku Animal Farm?

Bagi yang kini menjadi pembangkang, inilah akibatnya apabila terlalu suka "saya sokong" dan tidak boleh ditegur. Tuhan mahu anda belajar membangkang perkara-perkara yang tidak betul. Apabila sudah tahu berani membangkang perkara yang tidak betul, barulah menjadi pemerintah yang baik.

Tuhan maha adil.