Selasa, Januari 22, 2013

Wawa, Rara, Nina, ... Wow!


Husin membaca kisah ahli ekonomi yang cuba membuat ramalan politik dan akhirnya majikannya hilang sabar dan samannya kerana membocorkan rahsia Bank kepada orang luar.

Ahli ekonomi ini bernama Azrul Azwar Ahmad Tajuddin tapi Rocky Bru asyik panggilnya Wawa. Eksyen nak saman blogger. Ahirnya bakal disamn bawah BAFIA.

Baca kisah Wawa di sini, sini, sini dan sini.

Selasa, Januari 15, 2013

Gegaran gempabumi dirasai penduduk Hulu Klang


KUALA LUMPUR: Penduduk pangsapuri Hulu Klang, Kuala Lumpur memberitahu merasai satu gegaran gempabumi pada malam tadi ketika sedang tidor.

Namun pihak Jabatan Metoroloji menafikan ada gegaran sedemikian dikesan di seluroh Kuala Lumpur.

Agensi Husin Lempoyang menerima banyak panggilan dari penduduk-penduduk dari kawasan Hulu Klang, Kuala Lumpur berhubung kejadian ini.

Gegaran tersebut dikatakan berlaku pada lebih kurang pukul 1:00 pagi malam tadi dan berlangsung selama 20 saat. Perabut-perabut rumah saja yang bergegar-gegar.

Paling banyak yang melaporkan kejadian tersebut adalah dari penduduk pangsapuri-pangsapuri di AU3 dan Kem Wardieburn serta kondo-kondo baru di Taman Melawati.

Tiada sebarang kemalangan dilaporkan.

Sabtu, Januari 05, 2013

PAPA umum 'duit hangus' ambil amah


PAPA, persatuan yang mewakili agensi-agensi pengambilan amah asing telah mengumum menenetapkan harga RM6,700 bagi menggaji amah asing.

Oh ... barulah Husin faham pengambilam amah untuk membantu suri rumah berkait rapat dengan Papa.

Nampaknya RM6,700 baru duit hangus. Belum lagi mas kahwin, hantaran dan lain-lain .... eh eh kelain pulak.

Rabu, Januari 02, 2013

If NOT happy ...



Tidak terlambat nak ucapkan

Happy New Year

If not happy, wait another year.


Husin Lempoyang