Selasa, November 17, 2009

Hilang Sadiq Sigaraga, Timbul Sadiq Sepakraga

Ya Umar! Ya alim!

Tak sangka, tak sangka.

Ana ingat Sadiq Sigaraga sudah tak ada lagi.

Rupa-rupanya masih ada. Cuma kali ini Sadiq Sepakraga pula.


Menantu boleh kata tak ada masaalah untuk bapa mertua terima pembiayaan orang untuk pergi haji. Dia pun sama diikut dibiaya oleh orang yang dapat projek dari bapa mertua. Tak salah?

Nampak gaya macam menantu dulu yang jual pak mertua sampai pencen. Menunggu masa marah ...

Dunia, dunia, lagi untung jual orang dari jual unta. Wow!

Isnin, November 16, 2009

Beza confident dan confidential


Atan ikut ayahnya, Noh pergi jalan-jalan ke bandar.

Dalam kereta, dua beranak ini berborak sesama dia. Macam-macam Noh bapak moden ini bercerita dengan Atan. Kalau bapak dulu, tak borak-borak dengan anak. Sayangnya dengan cara garang dan strict. Bapak moden berkawan dengan anak.

Atan beritahu pada ayahnya dia sekarang nak perbaiki English dengan membanyakkan membaca buku-buku English.

"Baguslah itu, Atan," Noh jawab.

"Rajin-rajin cakap dengan ayah. Supaya sebutan itu betul. Ayah kan belajar undang-undang di England."

"Atan nak mintak ayah tolong. Ada perkataan Atan tak faham," kata Atan.

"Boleh. Boleh. Ayah boleh tolong," Noh jawab. Gembira anak menunjukkan sikap suka bertanya yang baik.

Tiba-tiba selepas melalui bus stop di seberang jalan, dia memperlahankan kereta dan berhenti ke tepi jalan. Dia menoleh ke arah bus stop seolah-olah melihat sesuatu.

"Apa dia perkataan Atan tak faham?"

"Atan tak faham perkataan confident dan confidential. Kenapa eja macam sama tapi maksud lain-lain yah?" Atan bertanya.

"Ohhh ... Atan tahukan confident tu maknanya yakin kan?" Noh tanya.

Atan angguk dan menerangkan, "Confidential apa pulak?"

"Ginilah Atan. Pakai misalan lagi senang. Ayah confident Atan anak ayah...

"Budak baju biru tu pun anak ayah tapi dia confidential. Mak kau tak boleh tahu," kata Noh sambil menunjuk ke arah bus stop.

Terpinga-pinga Atan cuba nak faham. Noh tekan minyak dan memandu kereta semula.

-------------------------------

Dengar banyaklah cerita macam budak menunggu di bus stop akan terburai. Fail-fail lama di deklasifikasikan. Pasal nak tutup kelemahan sekarang.

Ada orang sudah isytihar perang dan dilantik penasihat dengan gaji seringgit. Taktik peperangan adalah kau keluar, aku keluar ... Siapa yang banyak keluar dan pandai auta akan menang. Lepas menang tak ada
apa yang tinggal.

Yang bangang adalah yang memandai isytihar siang-siang. Satu kumpulan lagi pun ikut nak kejar kredit.

Haiya ... apa la lu olang buat kirija manyak bising. Manyak boloh laaa ...

Sabtu, November 14, 2009

Memahami maksud orang pompuan


Perbezaan orang lelaki dan perempuan macam dua makhluk dari planet Mars dan Venus. Lain dari orang lelaki yang lebih lasak dan tahan, orang perempuan lebih emosi dan sensitif. Jadi kita orang lelaki kena cuba memahami maksud tersebunyi disebalik kata-kata dan pertanyaan mereka.

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi: Tolong picitkan kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla ... Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat ... Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Kalau perempuan kata: Bang fikir baik-baik. Nak bertanding untuk mana-mana parti mesti setia. Kalau dah pilih UMNO, abang jangan sekali-kali lompat masuk PAS. Makna tersembunyi: Awak jangan sekali-kali cuba kahwin orang lain!

!!!!####****?????? ....

---------------------------

Ehhh ... macam mana begitu, Ahlil Nujum Negara?

Ampun Tuanku

Itu senang saja. Kalau wakil rakyat PAS lompat UMNO, bini tercerai talak tiga. Jika wakil rakyat UMNO masuk PAS, dia mungkin ada rancangan nak lompat balik macam Nasruddin ADUN Perak. Ini semua trick untuk mahu kahwin lain.

Itu jawapannya Tuanku.

Betul ...

Kita beroleh kemenangan yang pertama!

Jumaat, November 13, 2009

Barang baik e-Bay.com.my


Ada barang baik di e-bay.

Harga agak mahal dan memecahkan harga antik Malaysia. Kalah songkok RM2 juta yang dijual Mona Fendi kepada mangsa.

Walaupun mahal, banyak khasiatnya. Untuk budak-budak yang nak pergi periksa, masukkan barang ini dalam air sebaldi dan selawat. Bagikan satu darjah minum. Tak belajar, Insya Allah fail.

Orang sakit gout boleh buat pelali. Ambil barang ini dan tepuk ke bahagian kaki yang tengah bengkak sakit. Pasti jadi pelali. Kaki bertambah sakit, Insya Allah bahagian lain badan lali dari merasa sakit.

Orang berniaga boleh guna buat pelaris. Untung-untung kenal menantu. Insya Allah, dapat projek buat papan iklan satu Kelantan. Syaratnya belanja tuan punya asal barang ini sekeluarga dengan pekej Haji RM65,000 seorang.

Selipar Berkat Nik Aziz ... murah saja RM15 juta. Pemilik pasti akan pergi ke syurga.

Khamis, November 12, 2009

Buat ujian di klinik


Alkisahnya Khalid Samad dan Hassan Ali pergi klinik. Pergi lain-lain. Di sana mereka duduk atas bangku luar bilik doktor. Hassan Ali kelihatan sedang menangis dengan kuat sekali.

Khalid Samad menegur, "Kenapa menangis terus sangat? Sakit apa"

Hassan Ali menjawab, "Tak tahu sakit apa. Kena buat ujian darah dahulu."

Khalid Samad bertanya lagi, "Habis tu? Kenapa kamu menangis? Takut?"

Hassan Ali menjawab, "Bukan pasal takut. Masa buat ujian darah, doktor tidak cucuk ambil darah tapi terpotong jari saya."

Tiba-tiba Khalid Samad terus menangis pula. Hassan Ali hairan lalu bertanya, "Kenapa kamu pula menangis? Takut juga?"

"Tidak ...," jawab Khalid Samad.

"Saya pun tidak tahu sakit apa. Tapi ... nurse beritahu doktor akan ambilkan sendiri sampel untuk ujian air kencing."

Apa teruk sangat doktor klinik tu?

Macam mana tidak, doktor klinik tu Hadi Awang. Memang ramai pesakit sedang komplen. Doktor gopoh buat kerja.

Adakah Khalid Samad bakal terpotong oleh doktor nanti?

Jika apa-apa berlaku masa ujian kencing tu, tak ada erti hidup buat Khalid Samad. Lompat parti pun tak mengapa.

Wow! Lompat parti lagi bahaya dari kena jual.

Isnin, November 09, 2009

Suami Ning Baizura akan jadi calun PAS?


Polis pertaruhkan nyawa menjaga keselamatan. Bomba pertaruhkan nyawa untuk memadamkan api dari merebak dan memusnahkan harta benda awam. Askar pertaruhkan nyawa untuk mempertahankan negara dari ancaman.

Khalid Samad kata kami pertaruhkan isteri-isteri kami (We put our wives on the line). Ini bermakna suami-suami PAS meletak isteri-isteri sebagai perisai hadapan mereka demi kepentingan kerjaya dan perjuangan politik mereka.

Itu yang ana ingin tahu kenapa Ning Baizura jalan hadapan mendahului suami. Adakah suami Ning akan bertanding atas tiket PAS?

Wow! Murah, murah, ... bola tanggung tak untung. Clearance sale. Mahu habiskan stok saja.

Ahad, November 08, 2009

Salah faham bola lagi


Malam tadi selepas perlawanan akhir bola sepak, seorang penyokong Kelantan terlanggar penyokong Negeri Sembilan.

Penyokong Kelantan minta maaf dengan berkata, "Sori bro."

Penyokong Negeri Sembilan yang kurang faham pelat Kelantan sudah tersalah faham. Lalu dia membelas, "Bodoh! Mana pulak sori?!

"Kito monang 3-1 lah! Buto ko mato kau tu?!"

BN 3 PAS 1


KUALA LUMPUR: Pasukan Negeri Sembilan mengalahkan pasukan Kelantan 3-1 untuk memenangi Piala Malaysia bagi musim 2009.

Dengan kelihatan bendera PAS berkibar diantara penyokong Kelantan, perlawanan ini boleh dianggap sebagai pertandingan antara BN menentang PAS.

Kemenangan ini tidak menurunkan defisit 8-2 kekalahan BN kepada pembangkang dalam siri beberapa pilihanraya kecil. Namun begitu, ia merupakan kemenangan kedua BN terhadap PAS dalam tiga bulan terdekat ini selepas kemenangan Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang.

Malangnya perlawanan semalam tercemar dengan sedikit kejadian rusuhan oleh penyokong-penyokong Kelantan yang dipercayai terbawa-bawa budaya merusuh pada hari pembuangan undi.

Menurut seorang pegawai pasukan Kelantan yang tidak mahu nama disiarkan, penyokong-penyokong tidak tujukan kepada mana-mana pihak dan memahami kalah menang adalah adat pertandingan.

Katanya, penyokong dikuasai emosi mengenangkan nasib yang bakal ditimpa pemain-pemain dalam pasukan. Pemain-pemain yang bukan ahli PAS telah dijanjikan syurga, jika berjaya memenangi piala Malaysia tahun ini.

Dengan kekalahan malam tadi, kesemua pemain-pemain pasukan Kelantan akan dihantar ke neraka.

Difahami bahawa pihak KAFA sedang berusaha menghubungi Menteri Besar Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat untuk mengeluarkan fatwa baru membatalkan perintah tersebut. Namun, pihak keluarga tidak membenarkan sesiapa bertemu dengannya.

Dato Husam Musa pula tidak dapat dihubungi kerana sedang sibuk dalam mesyuarat untuk merancang menjatuhkan Haji Hadi.

Nik Aziz telah masuk IJN pada malam Jummat kerana sakit-sakit. Dia keluar pada hari Sabtu untuk menghadhiri sebentar Seminar PAS. Keadaannya masih dibawah pemerhatian doktor. - Agensi Husin Lempoyang

NOTA: Husin mengucapkan selamat sembuh kepada Dato Nik Aziz Nik Mat. Muga dikembalikan kesihatan ke sediakala.

Sabtu, November 07, 2009

Babak-babak masa nak jadi wakil rakyat

Terbaca berita Bernama sini yang melaporkan wakil-wakil rakyat PAS kena buat ikrar lafaz taklik sebelum bertanding untuk menahan mereka lompat parti. Ana terbayang babak-babak sebelum calun-calun PAS bertanding pilihanraya Mac 2008.

-----------------------------------

Babak 1

Hasan Ali: Tok Guru ... percayalah Tok Guru. Saya bukan lagi orang UMNO. Berilah saya peluang bertanding lagi.

Nik Aziz: Banyok orhe kecek pasa mu, Hase.

Hasan Ali: Apa lagi yang Tok Guru nak persoalkan? Memang betul saya pernah sebahagian dari BTN, pelatih Intan, dan penceramah TV. Bukan saya seorang penceramah TV yang masuk PAS dan bertanding. Dr Harun Din dan Dato Ismail Kamus pun dulu cermah di TV.

Nik Aziz: Orhe goyak mu ejen UMNO. Mu dulu sebahagie jentera propaganda UMNO.

Hasan Ali: Macam mana boleh terus tuduh ejen UMNO. Sudah satu penggal saya jadi wakil rakyat PAS. Penggal ini saya ketua pembangkang di Selangor. Adakah taat setia saya pada perjuangan Islam masih dipersoalkan Tok Guru?

Nik Aziz: Huse dan Khalid Samak ghoyak kat sayo. Dulu Nakhie lagi lama dale PAS. Ginilah Hase, ambo nok kepastia mu tok lompak balik ke UMNO.

Hasan Ali: Macam mana caranya Tok Guru?

Nik Aziz: Mu kena buak ikrar lafaz taklik depe sayo dan pemimpin-pemimpin utama yang dipersetujui dan ditandatangani dalam surak taklik oleh isteri mu. Kalu mu lompak, mu dianggap telah menceraikan isteri denge talok tiga.

Hasan Ali: Itu berat Tok Guru. Saya setuju dan rela lakukan demi parti tapi kena berbincang dulu dengan orang rumah.

Nik Aziz: Mu bince baik-baik. Benda ni usoh cerito-certo. Kalu cerito, kami kata talak satu saja.

-----------------------------------

Babak 2

Sabariah: Bang ... bang ... Kenapa abang sanggup pertaruhkan perkahwinan kita? Semua ini demi politik, jawatan dan pangkat?

Hasan Ali: Sabar sayang, sabar. Banyak bersabar. Abang akan terangkan.

Sabariah: Perkara macam ini bukan boleh buat main-main bang. Itulah abang. Mulut macam murai. Membebel tak berenti-berenti. Cakap main suka hati. Selalu terlepas.

Hasan Ali: Cuba Sabariah faham. Inilah peluang baik untuk abang naik jadi Menteri Besar.

Sabariah: Abang ni orang politik. Cakap manis. Sudah tidak boleh dipercaya kata-kata abang lagi. Perkahwinan kita pun abang tidak sanjungi lagi.

Hasan Ali: Jangan macam gitu Sabariah. Nama awakkan Sabariah ... orang yang sabar. Itu pasal saya kahwin awak.

Sabariah: Ah ... (muka masam fed-up)

Hasan Ali: Abang lihat rakyat tengah marah pada Pak Lah dan Khairy. Kita pasti menang besar pada PRU12. Kalau UMNO yang kalah teruk, PAS akan diberi kerusi MB. Abang sudah Ketua Pembangkang dan Pesuruhjaya PAS Negeri. Mesti abanglah jadi MB.

Sabariah: Tak habis-habis berangan ...

Hasan Ali: Betul Yang. Sabariah akan jadi first lady of Selangor.

Sabariah: Ye ke ni bang?

Hasan Ali: Insya Allah. You will be the most beautiful first lady Selangor have ever had.

Sabariah: Lagi cantik dari Ku Yah?

Hasan Ali: Ku Yah bini nombor dua. Dia Tuan Puteri, bukan first lady.

Sabariah: Abang ni memang pandai pujuk. Kalau tidak dapat jadi MB, macam mana pula bang?

Hasan Ali: Kalau tidak jadi MB, tak susah. Abang akan lompat parti saja.

Sabariah: Giler ke awak ni. Tercerailah saya. Ini mesti ada rancangan nak kahwin lagi.

Hasan Ali: Takkk ... tengok orang pompuan ni. Nafsu enam akal satu. Balik balik ke situ. Sabariah ... dengar dulu rancangan abang.

Sabariah: Saya dan anak-anak hendak ke mana kalau abang ceraikan kami. Dahlah dulu abang suruh saya berenti kerja. Dulu dah belajar tinggi-tinggi sampai Amerika dan dapat kerja baik-baik, abang berenti buat kem motivasi pula.

Hasan Ali: Dengar dulu rancangan abang ... Abang akan kasi kecoh sampai dia orang tendang abang keluar parti. Kalau dia turunkan abang saja, nanti persepsi PAS buruk dan dianggap sudah tidak memperjuangkan suara Islam dan Melayu dalam Pakatan Rakyat. Dikekalkan abang dalam parti, abang buat bising.

Sabariah: Apa jadi pasal perjuangan untuk Islam atas bendera PAS?

Hasan Ali: Itu masa nak naik. Dah naik cerita jawatan. Biasalah politik. Awak ingat kalau saya masuk UMNO dulu, senang nak dapat tanding wakil rakyat? Dalam pembangkang lagi senang pasal dia orang tak ada orang. Dah dapat baru balik ke UMNO.

Sabariah: Bolehlah abang besarkan kem motivasi nanti ye ...

Hasan Ali: Boleh juga. Masa Dr Mahathir dulu pun abang dapat juga.

Sabariah: Pandai abang ...

Ramailah nanti yang akan cari pasal untuk ditendang parti nanti. Siapa tak sayang bini ... hehehe

Khamis, November 05, 2009

Repot Kad Menteri


Hari ini akan ada mesyuarat khas dengan Menteri-Menteri berkenaan KPI.

Kalau setakap hari ini, Cikgu Najib sudah ada tersedia repot kad. Semua, selain Rais yang anak Yatim, dipinta datang dengan ibu bapa bertemu Cikgu Najib untuk mengambil kad repot.

Berikut adalah komen-komen dalam kad repot masing-masing:

Khalid Nordin: Baik dan tertib dalam kelas. Tumpukan kepada tugas dalam pengajian tinggi dan bukan jadi kontraktor membina pengajian dalam negeri. Rekomen tukar kelas.

Hishamuddin: Murid yang berhati-hati dalam kerja. Sebagai Pengawas, kurangkan beri amaran dan lebihkan bertindak.

Zahid Hamidi: Baiki bahasa Inggeris. Suka main-main. Kurangkan mengampu Cikgu.

Ong Tee Keat: Baik dalam pelajaran. Masaalah pergaulan. Kurangkan kelahi sesama sendiri.

Liow Tong Lai: Jauhkan diri dari bergaul dengan kumpulan yang masaalah bergaul. Sudah menunjukkan kecenderongan untuk kelahi.

Shahrizat Jalil: Tumpukan kerja dan kurangkan menarik perhatian. Isteri Dato Sahak lagi cantik.

Noh Omar: Baiki sebutan bahasa Inggeris. Sebut profesional bukan fofesyenal.

Nazri Aziz: Kurangkan bercakap-cakap dalam kelas. Rekomen tukar kelas.

Ismail Sabri: Terlalu pendiam. Penglibatan dalam darjah kurang menonjol. Rekomen tukar kelas.

Rais Yatim: Sangat baik dalam mata pelajaran bahsa dan sastera. Perlu perbaiki matapelajaran sains.

S Subramaniam: Baik dalam pelajaran dan pengetahuan. Tingkatkan ko korrikulum dan jawatan dalam persatuan. Sedang dipertimbangkan tukar kelas.

Shabery Cheek: Prestasi baik tetapi sedang dipertimbangkan untuk tukar kelas untuk beri laluan Menteri muda.

Koh Tsu Koon: Tingkatkan prestasi. Tidak cukup dengan markah kasihan sahaja.

Nor Mohamad Yakcop: Ulangan peringatan supaya hentikan pembaziran dan berblanja sesuka hati. Sepatutnya ditukar kelas.

Rabu, November 04, 2009

Apa akan jadi pada Mat Sabu?


Dengan peraturan tauliah untuk bercakap di masjid, surau dan kawasan private, apa akan jadi pada Mat Sabu?

Mat Sabu bergantung pada ceramah sebagai salah satu sumber mata pencarian. Ana dengar beribu-ribu sebulan. Tanpa Mat Sabu, hilang tarikan ceramah PAS.

Kenalah Mat Sabu ambil lesen berceramah dari JAIS.

Tanpa lesen dari JAIS, ceramah Mat Sabu tidak boleh sebut bab-bab ugama dan ayat-ayat Al Quran dan Hadis. Tinggal maki hamun dan lawak jenaka saja. Kenalah Mat buang kopiah.

Layakkah Mat Sabu diberi lesen berceramah? Khalid Samad pun telah ditolak permohonan. Bekas Mufti Dr Asri tidak layak pula.

Peliknya Xavier boleh dan lagi layak berceramah di Masjid dan Surau.

Peraturan bukan untuk digunakan tapi untuk ditangkap. BUkan baru dan di Selangor saja ada peraturan tauliah.

Macam ada benda tak kena.

Selasa, November 03, 2009

Tenang saja Khalid


Baca berita ini di sini.

Dengan semua orang melenting pasal penangkapan Dr Asri, Khalid boleh begitu tenang. Betulkah dia cakap dengan begitu tenang?

Macam mana Khalid boleh tenang menyokong tangkapan dengan hampir semua pihak - BN, PR dan NGO - menentang tangkapan itu?

Isnin, November 02, 2009

Tidak macam adegan Hang Tuah dan Hang Jebat


Khalid Ibrahim perintah ADUN Port Kelang, Badrul Hisham letak jawatan sebagai wakil rakyat. Langsung Badrul berhenti dari menjadi ahli PKR, jadi ADUN bebas dan sokong Barisan Nasional.

Khalid desak Badrul supaya letak jawatan. Najib jawab tiada sesiapa ada hak untuk suruh sesiap letak jawatan. Langsung dia cabar Najib supaya Badrul letak jawatan dan hadapi pilihanraya. Kali ini, Najib tidak layan dan tidak letak jawatan macam Badrul.

Cuma bayangkan Khalid sebagai Hang Tuah mencabar Najib yang kononnya Hang Jebat yang sedang bermaharajalela dalam istana dalam epik pertarungan yang penuh bersejarah dan bermakna dalam psiki orang Melayu.

Hoi Najib! Turunlah ka ka ka kalau kau be be be berani. Ka ka kamu ini tidak mengamalkan demokrasi yang adil.

Alah ... dahlah gagap. Bunyi sikit punya skima.

Kalau kau a a a a anak jan jan jan jantan dan telor ti ti ti ... whats dat ... Rosmah. Kamu mesti telus, profesyenal dan menjalankan good governance.

Ya Allah ... skima lagi. Lupa apa nak cakap pulak.

Kamu Hang Najib mesti tahu bahawa hanya PKR saja yang ... ah ah ah ... ah ....

Macam mana pendekar cakap tak habis ayat. Dah terlupa apa nak cakap. Anggap orang faham apa dia nak cakap.

Turun kamu Najib dan undilah Barisan Nasional!

Hehehe ... tersasul macam di Ijok.

Memang tak layak dan segak Khalid nak jadi hero. Mana dia akan pergi kalau bateri AAA habis power?

Sabtu, Oktober 31, 2009

Perbualan minum teh di War Crime Tribunal Hearing


Kuala Lumpur War Crime Hearing berjalan semalam di Putra World Trade Center Kuala Lumpur. Semalam enam orang rakyat biasa yang disalah tangkap dan menjadi kekejaman torture tentera Amerika di penjara Guantanamo Bay membentang afidavit mereka. Semasa waktu rehat minum teh, terdengar perbualan ini:

Wanita: Apa khabar Datin?

Datin: Hey ... apa khabar. Lama tidak jumpa.

Wanita: Berapa hari you datang ke persidangan ini?

Datin: I datang masa ucapan Dr Mahathir saja hari pertama. Hari ini dan besuk memang I nak dengar War Crime Tribunal. You?

Wanita: I datang hari-hari. Kami dah pencen, tak tahu nak buat apa di rumah.

Datin: Oh ya ... best nya. I masih kerja.

Wanita: This American memang war monger. They are ruthless, inhumane and racist. Zalim sungguh.

Datin: Ya ... bagus bekas banduan pertama itu ... Moazzam Begg. Dia boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan eloquent dalam memberi keterangan. Dengan aksi yang ditunjuk tadi, kita faham macam mana treatment kezaliman yang diberikan kepada penghuni penjara Guantanamo Bay. This American main tangkap suka hati saja. Lepas dapat keterangan ini, apa mereka akan buat besok?

Wanita: Oh ... Sabtu last day tu, mereka akan serahkan kenyataan dan bukti ke War Crimes Commission Tribunak dan mereka akan tentukan samada ada kes atau tidak.

Datin: Mestilah ada kes ...

Wanita: Itu tengoklah. Hakim yang datang besok. Mestilah professional atau nanti diperolokkan oleh media luar negara.

Datin: Lepas itu?

Wanita: Bila ada kes, baru dipanggil ke mahkamah penjenayah perang seperti Goerge W Bush, Tony Blair, dan lain-lain.

Datin: Kalau mereka tidak datang?

Wanita: Mahkamah akan jalankan juga in their absence seperti dibuat di Brussels. I rasa kita patut dapatkan seorang peguam mewakili mereka.

Datin: Oh ...

Wanita: Husband I dia bekas loyar. I suruh dia jadi peguam untuk Bush.

Datin: Banyak kerja tu ... Kena turun naik Washington dan Texas untuk prepare case. Kata husband you dah pencen?

Wanita: Tak tak ... Kerja senang.

Datin: Senang?

Wanita: I suruh husband I mengaku salah saja ...

Jumaat, Oktober 30, 2009

1Malaysia: ...


Bukan flip. Bukan flop. Bukan blip. Bukan blop. Bukan Malaysian Malaysia. Bukan Ketuanan Melayu. Bukan ketepikan Bumiputera. Bukan sama rata. Bukan liberal demokrasi. Bukan theokrasi. Bukan langgar perlembagaan. Bukan musafal. Bukan rjhafda. Bukan &%*($#@&. Bukan bukan bukan ...

Teh Bohnya berbunyi ...

"1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan."
Rakyat didahulukan sudah faham. Pencapaian diutamakan pun paham sikit-skit. Benda alah KPI tak faham-faham.Apa pula 1Malaysia? Apa kaitan dengan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan?

Tanya orang, ada kata rakyat Malaysia yang bersatu padu. Dulu pun bersatu. Semalam bersatu. Insya Allah, akan datang bersatu. Sebutlah bersatu.

Ada orang kata untuk merapatkan jurang perbezaan antara pelbagai lapis masyarakat, kaum, geografi, sosio-ekonomi, dan lain-lain. Sebutlah rapatkan jurang perbezaan

Apa dia 1Malaysia?

Budak muda suka slogan 1Malaysia. Kata mereka cool. Tapi orang tua tak paham. Kenapa tidak tulis Satu Malaysia atau 1 Malaysia.

Dr Mahathir tak faham. Ku Li cuba nak faham. Pak Lah memang susah nak kasi faham kerana hanya faham Islam Hadhari.

Bijak pandai susah nak cepat faham - nak kena buat research, tulis journal, siapkan thesis & dissertation, dan bentangkan seminar paper dulu.

Pemimpin pembangkang tak akan mahu faham. Pemimpin buat-buat faham. Rakyat biasa main cakap tak kuasa nak faham.

Nampaknya ...

"1Malaysia: 1Malaysia tidak faham."

Khamis, Oktober 29, 2009

Kisah katak dan lalat hijau bermata biru


Ibrahim Ali menjawab sindiran Anwar Ibrahim di Parlimen semalam.

"Saya nak sebut bab katak ini ... katak lompat, katak di bawah tempurung kononnya otak tidak berkembang, beku. Itu kata Ahli Parlimen Permatang Pauh (semalam). Katak bawah tempurung hanya lompat dari bendang ke bendang, dia tak lompat sampai ke Amerika, tak jauh lompatannya ... dekat je.

"Saya hendak ingatkan, katak puru atau katak lompat tidak bawa penyakit. Yang bawa penyakit ialah lalat hijau. Lalat hijau nampak cantik, mata biru ... cantik dan ada bunyi apabila berjalan tapi apabila hinggap di mana-mana dia bawa penyakit sama ada denggi, taun dan sebagainya.

"Ini lalat hijau, jangan jadi lalat hijau. Sekarang ini kita ada masalah dengan lalat hijau. Apa pun, katak akan awasi lalat hijau dan katak juga boleh makan lalat hijau."

Rabu, Oktober 28, 2009

Nyawa Sivakumar terancam


IPOH - Sivakumar, bekas Speaker Dewan Undangan Perak memberitahu sidang Dewan Undangan Perak bahawa nyawanya terancam dan hampir terkorban semasa songkok dan jubah rasminya dirampas.

Bekas Speaker yang masih mengaku dirinya sebagai Speaker yang sah menghadhiri sidang dengan memakai songkok dan jubah rasmi Speaker.

Polis telah meminta ia membuka dan memulangkan pakaian rasmi Speaker di pintu dewan tetapi Sivakumar enggan memberi. Terpaksa polis merampas songkok dan jubah tersebut.

Sivakumar yang marah dengan tindakan polis mengatakan ini menyusahkan beliau untuk ikut bekas Menteri Besar, Nizar sembahyang di surau dan masjid.

Bagi memprotes tindakan polis, Sivakumar akan kembali sembahyang di kuil Hindu. - Agensi Husin Lempoyang

Selasa, Oktober 27, 2009

Cerita main Korea

Siapa yang masih ingat bolasepak Malaysia zaman kegemilangan dengan striker seperti Syed Ahmad, Shahruddin Abdullah, dan kemudian Mokhtar Dahari?

Masa itu, Malaysia kira setanding dengan Korea Selatan. Semasa Malaysia pergi ke Olimpik pada tahun awal 70an, kita bolehkah kalahkan Amerika Syarikat 3-0. Jepun pun selalu kita titing. Ada qualifying round World Cup kita boleh kalahkan Saudi 3-0 di Riyadh. England B draw 1-1 dengan kita.

Tidak tahu apa sudah jadi sampai jauh sekali ketinggalan bolasepak Malaysia? Salah pemain atau pengurusan atau keadaan?

Ana masih ingat setiap kali kita lawan Korea Selatan. Masa itu kita selalu kalahkan mereka.

Cuma masa itu jangan sekali-kali kasi mereka leading. Mulalah mereka pelecehkan permainan dan main bertahan. Dalam diam-diam, mereka buat counter attack. Itu yang selalu juga mereka menang 2-0 dengan kita.

Cara mereka melecehkan permainan adalah untuk melambat-lambatkan permainan. Bila mereka pegang bola, kita sentuh sedikit saja mereka akan berlakun jatuh dan konon tercedera.

Sekarang adalah satu kesalahan untuk play acting. Masa itu pasukan bolasepak Korea Selatan paling suka play acting. Orang Malaysia akan ajuk mereka dan sesiapa yang play acting sebagai main Korea.


Besok DUN Perak bersidang. Belum sidang sudah ada macam-macam main Korea. Nizar kata ada samseng dibayar untuk pukul mereka. Dia pun main Korea konon tidak mahu datang.

Entah dia datang atau tidak besok. Kalau berlaku macam sidang DUN 7 Mei lepas, pasti masing-masing akan main Korea. Dua-dua pihak mahu kelihatan mangsa di mata rakyat.

Masaalahnya Nizar dan geng sudah banyak sangat play acting dan drama. Rakyat pun sudah meluat.

Teruskanlah dengan kehidupan dan tunaikan tanggungjawab yang ada. Pilihanraya hadapan kita ke ketemu lagi.

Ahad, Oktober 25, 2009

Lipstick tak boleh


Tengok muka depan gambar perempuan. Belakang ada pemuda 'cantik' pulak.

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak: Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama: Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.

Anak: Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama: Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.

Anak: Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama: Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak: Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama: Tak boleh!

Anak: Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama: Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak: Alaaaa ....boleh la mama........., please.....

Mama: Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

Pasti mama pun pening melihat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO memakai baju perempuan dan bergaya dalam majalah fesyen perempuan Harper's Bazaar.

Adakah ini satu strategi menjenama semula imej Pemuda UMNO?

Nasib baik tak pakai lipstick. Kalau tidak, layaklah ditukar nama kepada Pergerakan Pemudi UMNO. ... aw!

Akhir zaman ...


* Jenaka dipetik dari Ceita Lucu

Rabu, Oktober 21, 2009

Dah sama-sama tua


Kisahnya disebuah perkampungan, ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorang diri dirumahnya. Anak-anak sudah besar dan semua bekerja di bandar. Berdekatan rumahnya pula ada seorang janda yang agak berumur dan juga tinggal seorang. Bertahun-tahun mereka berjiran dan sering bersembang ketika kesunyian.

Suatu hari pada waktu petang, siduda duduk di bawah pokok rambai merenung ke arah rumah sijanda. Sijanda perasan dan datang menegur siduda.

"Pak Uda oi. Apa yang dimenungkannye itu?"

Siduda menunduk seketika lalu menjawab, "Saya ada perkara nak bagi tahu awak ni, Mak Jan."

Berkerut dahi sijanda kerana kelihatan serius pulak siduda tua itu, "Apanya? Serius aje bunyinya"

Siduda merenung sijanda. Lalu dengan kekuatan yang pada dirinya, dia berkata, "Saya ini teringin nak beristerikan awak. Sudi tak?"

Sijanda tersenyum dan diam seketika. Lalu dia jawab dengan suara perlahan malu-malu, "Hmmm ... sudi ..."

Setelah berborak seketika, sijanda dan siduda pulang ke rumah masing-masing kerana hari sudah menjelang senja.

Pada waktu malam, siduda rasa gelisah. Dia tidak ingat jawapan yang diberi oleh sijanda petang tadi. Adakah dia sudi atau tak? Memori pendik. Nak buat macam mana?

Setelah berfikir sejenak, siduda tidak juga mendapat jawapan. Terpaksalah dia bertanya sekali lagi kepada sijanda. Siduda talipon sijanda itu. Nak datang rumah tidak molek pulak. Sudah malam macam ini.

"Helo Mak Jan. Pak Uda di sini.

"Saya ingin bertanya. Almaklum sudah tua mudah lupa.

"Petang tadi saya tanya awak. Sudikah awak kahwin dengan saya. Apa yang awak jawab?"

Mendengar suara siduda, sijanda pun berkata, "Saya jawab sudi. Ikhlas dari hati. Nasib awak talipon saya, Pak Uda ..."

Siduda pelik dengan ayat terakhir sijanda. Lalu dia bertanya, "Kenapa ..."

"Saya pun lupa siapa yang ajak saya kahwin petang tadi ..."

Memang layak secucuk mereka berdua. Sama-sama pelupa. Asal yang muda tidak lupa asal usul.