Terbaca berita Bernama
sini yang melaporkan wakil-wakil rakyat PAS kena buat ikrar lafaz taklik sebelum bertanding untuk menahan mereka lompat parti. Ana terbayang babak-babak sebelum calun-calun PAS bertanding pilihanraya Mac 2008.
-----------------------------------
Babak 1Hasan Ali: Tok Guru ... percayalah Tok Guru. Saya bukan lagi orang UMNO. Berilah saya peluang bertanding lagi.
Nik Aziz: Banyok orhe kecek pasa mu, Hase.
Hasan Ali: Apa lagi yang Tok Guru nak persoalkan? Memang betul saya pernah sebahagian dari BTN, pelatih Intan, dan penceramah TV. Bukan saya seorang penceramah TV yang masuk PAS dan bertanding. Dr Harun Din dan Dato Ismail Kamus pun dulu cermah di TV.
Nik Aziz: Orhe goyak mu ejen UMNO. Mu dulu sebahagie jentera propaganda UMNO.
Hasan Ali: Macam mana boleh terus tuduh ejen UMNO. Sudah satu penggal saya jadi wakil rakyat PAS. Penggal ini saya ketua pembangkang di Selangor. Adakah taat setia saya pada perjuangan Islam masih dipersoalkan Tok Guru?
Nik Aziz: Huse dan Khalid Samak ghoyak kat sayo. Dulu Nakhie lagi lama dale PAS. Ginilah Hase, ambo nok kepastia mu tok lompak balik ke UMNO.
Hasan Ali: Macam mana caranya Tok Guru?
Nik Aziz: Mu kena buak ikrar lafaz taklik depe sayo dan pemimpin-pemimpin utama yang dipersetujui dan ditandatangani dalam surak taklik oleh isteri mu. Kalu mu lompak, mu dianggap telah menceraikan isteri denge talok tiga.
Hasan Ali: Itu berat Tok Guru. Saya setuju dan rela lakukan demi parti tapi kena berbincang dulu dengan orang rumah.
Nik Aziz: Mu bince baik-baik. Benda ni usoh cerito-certo. Kalu cerito, kami
kata talak satu saja.
-----------------------------------
Babak 2Sabariah: Bang ... bang ... Kenapa abang sanggup pertaruhkan perkahwinan kita? Semua ini demi politik, jawatan dan pangkat?
Hasan Ali: Sabar sayang, sabar. Banyak bersabar. Abang akan terangkan.
Sabariah: Perkara macam ini bukan boleh buat main-main bang. Itulah abang. Mulut macam murai. Membebel tak berenti-berenti. Cakap main suka hati. Selalu terlepas.
Hasan Ali: Cuba Sabariah faham. Inilah peluang baik untuk abang naik jadi Menteri Besar.
Sabariah: Abang ni orang politik. Cakap manis. Sudah tidak boleh dipercaya kata-kata abang lagi. Perkahwinan kita pun abang tidak sanjungi lagi.
Hasan Ali: Jangan macam gitu Sabariah. Nama awakkan Sabariah ... orang yang sabar. Itu pasal saya kahwin awak.
Sabariah: Ah ... (muka masam fed-up)
Hasan Ali: Abang lihat rakyat tengah marah pada Pak Lah dan Khairy. Kita pasti menang besar pada PRU12. Kalau UMNO yang kalah teruk, PAS akan diberi kerusi MB. Abang sudah Ketua Pembangkang dan Pesuruhjaya PAS Negeri. Mesti abanglah jadi MB.
Sabariah: Tak habis-habis berangan ...
Hasan Ali: Betul Yang. Sabariah akan jadi
first lady of Selangor.
Sabariah: Ye ke ni bang?
Hasan Ali: Insya Allah.
You will be the most beautiful first lady Selangor have ever had.Sabariah: Lagi cantik dari Ku Yah?
Hasan Ali: Ku Yah bini nombor dua. Dia Tuan Puteri, bukan
first lady.
Sabariah: Abang ni memang pandai pujuk. Kalau tidak dapat jadi MB, macam mana pula bang?
Hasan Ali: Kalau tidak jadi MB, tak susah. Abang akan lompat parti saja.
Sabariah: Giler ke awak ni. Tercerailah saya. Ini mesti ada rancangan nak kahwin lagi.
Hasan Ali: Takkk ... tengok orang pompuan ni. Nafsu enam akal satu. Balik balik ke situ. Sabariah ... dengar dulu rancangan abang.
Sabariah: Saya dan anak-anak hendak ke mana kalau abang ceraikan kami. Dahlah dulu abang suruh saya berenti kerja. Dulu dah belajar tinggi-tinggi sampai Amerika dan dapat kerja baik-baik, abang berenti buat kem motivasi pula.
Hasan Ali: Dengar dulu rancangan abang ... Abang akan kasi kecoh sampai dia orang tendang abang keluar parti. Kalau dia turunkan abang saja, nanti persepsi PAS buruk dan dianggap sudah tidak memperjuangkan suara Islam dan Melayu dalam Pakatan Rakyat. Dikekalkan abang dalam parti, abang buat bising.
Sabariah: Apa jadi pasal perjuangan untuk Islam atas bendera PAS?
Hasan Ali: Itu masa nak naik. Dah naik cerita jawatan. Biasalah politik. Awak ingat kalau saya masuk UMNO dulu, senang nak dapat tanding wakil rakyat? Dalam pembangkang lagi senang pasal dia orang tak ada orang. Dah dapat baru balik ke UMNO.
Sabariah: Bolehlah abang besarkan kem motivasi nanti ye ...
Hasan Ali: Boleh juga. Masa Dr Mahathir dulu pun abang dapat juga.
Sabariah: Pandai abang ...
Ramailah nanti yang akan cari pasal untuk ditendang parti nanti. Siapa tak sayang bini ...
hehehe