Jumaat, September 07, 2007

Bila Pak Lah Bentang Bujet


Hari ini Pak Lah akan membentangkan bujet.

Sejak Tun Dr Mahathir terpaksa sendiri memegang jawatan Menteri Kewangan selepas pemecatan Anwar Ibrahim, sudah menjadi satu precedent untuk Perdana Menteri memegang jawatan tersebut.

Maka seorang yang sudah ditolak dari memasuki jurusan ekonomi di Universiti kerana fail statistik, pun dapat menjadi Menteri Kewangan. Siapa yang bercita-cita nak jadi Menteri Kewangan, belajar Islamic Studies dan Malay Studies? Tak merasa Tok Pa. Orang lain yang dilatih dan berupaya, orang lain yang menduduki jawatan.

Sebagai seorang Menteri Kewangan zaman era Islam Hadhari, tugasnya hanya bagai pelakun yang hanya membaca skrip membentangkan bujet.

Penyediaan bujet sudah dibuat oleh pegawai-pegawai Kementeriaan dengan pengawasan dari dua bekas Pegawai Bank Negara Malaysia yang sudah jadi Menteri - Tan Sri Nor Mohammed Yakcop dan Timbalan Menteri Dato Dr Awang Adek. Samada rapi atau tidak, tidak dijamin lagi.

Ada satu tahun, bujet untuk landasan keretapi berkembar dan jambatan masih ada di bentangkan padahal sudah di batalkan Perdana Menteri. Mungkinkah impian Husin menjadi kenyataan, pentadbiran era Islam Hadhari bertambah baik bertambah hari?

Bagi mempertahankan bujet apabila disoal oleh pembangkang di Parlimen, dia sudah ada Menteri khusus untuk memporak perandakan Parlimen dan cekap memanggil ... ahli-ahli Parlimen lain ... Bodoh! Bodoh ! Bodoh! Selalunya bila berlaku kekecohan, di hujung sudut akan ada suara perempuan yang perlahan tapi nyaring dari MP-MP DAP menjerit ... Yang Di Pertua, Yang Di Pertua, Yang Di Pertua ... Ini salah mengikut tataara Parlimen ... Pengerusi Dewan Negara zaman era Islam Hadhari ni hanya ... Yang Berhormat, Yang Berhormat, Sabar sabar .... Kalau time Tun Dr Mahathir, selalu cerita buang dan gantung MP.

Bagi untuk membagi-bagikan kepada orang-orang tertentu, sudah ada orang-orangnya dalam pelbagai jawatan Setiausaha dan Penasihat.

Maka, kerja Menteri Kewangan dalam era Islam Hadhari sebenarnya senang. Mungkin juga kerjanya hanya bagai burung parrot membaca apa yang diajar.

Apabila teringat cerita parrot, Husin diberitahu oleh seorang peniaga bagaimana Pak Lah - Perdana Menteri pernah beri tandatangan sokongan projek untuk seorang hamba Allah kepada Kementeriaan Kewangan. Apabila sampai ke Kementeriaan Kewangan, pegawai mendapati tiga orang dapat surat sokongan untuk projek yang sama dari Pak Lah. Pening nak jawab ... ceritanya, jawapan yang diberi adalah itu rekomen Perdana Menteri bukan Menteri Kewangan. Entah siapa Menteri Kewangan yang sebenar bertugas dan bekerja? Cerita cerita.

Selalunya pembentangan bujet dibuat, selepas sembahyang Jumaat. Husin harap Pak Lah dapat dudok bersandar tiang semasa khutbah Jumaat untuk lelap agar segar semasa membentangkan bujet. Husin pun macam gitu.

Pak Lah kalau berucap, sering kali akan menjajar kerana hilang dari barisan bacaan dan tersasar kesana kemari hingga tidak difaham apa yang disebut. Apabila menyedari, dia akan ulang balik. Seperti biasa, suara seraknya menjadikan susah untuk didengari suaranya. Dalam serak-serak suaranya, Pak Lah sering kalau bersyarah di public rally mahu berteriak menjerit melaungkan slogan.

Husin dah lama berhenti mendengar dia berucap. Tak menarik. Tak ada isi. Tak membuka minda kepada perkara baru langsung. Tak menaikkan semangat.

Apahal pun bersedialah kita petang ini dengan slogan-slogan seperti mesra rakyat, bujet berhemat, dan lain-lain klise-klise. Pasti tidak ketinggalan Pak Lah tidak ketinggalan menyebut slogan-slogan dah basi seperti "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang". Akan ada kemungkinan slogan "Jangan Berkerja Untuk Saya Tetapi Bekerja Bersama Saya" akan ada. Hari ini kita fahamlah slogan ini untuk dia tak payah kerja tetapi orang lain yang kerja. "Islam Hadhari" pasti tidak berhenti-henti di sebut. Kali ini akan kedengaranlah, "Misi Nasional" tambahan 50 tahun visi Pak Lah untuk melangkaui kehebatan Tun Dr Mahathir yang hanya dapat lihat sampai Wawsan 2020. Entah dia faham ke yang tersurat dan tersirat disebalik perfect vision 2020.

Bila sudah habis, para-para MP dan Menteri akan ditanya media. Mereka pasti dan tidak pernah tidak sebut bujet ini "good budget", menarik, adil dan saksama, kerajan menjalankan tanggungjawab, melipui semua kaum dan lingkungan masyarakat, dan bermacam-macam kata-kata yang sudah jadi klise.

Walaupun ada kebenaran, masaalahnya zaman pentadbiran era Islam Hadhari ni susah nak percaya dan tidak yakin langsung dengan kata-kata PM.

Zaman PM ada had dan ada hari yang banyak pengampu hingga dia sendiri percaya bahawa diri nya hebat, Husin jangka banyaklah komen dan putarbelit suratkhabar yang akan memuji kehebatan, kebijaksanaan dan kejauh pandangan Pak Lah. Jauh pandang kerana matlamat yang dekat dah hancus.

Fokusnya bukan ekonomi dan masa depan ekonomi, tetapi Pak Lah. Usaha untuk menggunakan kemerdekaan sudah back fire kerana yang nampak adalah kasih sayang rakyat yang begitu jelas kepada Tun Dr Mahathir. Bagi yang mendengar dia berucap, mereka bertanya-tanya: Apa benda dia merepek?

Oh ... jangan lupa akan ada penafian ini bukan bujet pilihanraya.

1 ulasan:

Hamizi berkata...

hahaha... tepat sekali... no doubt about it...

sekarang dalam kerajaan, orang pandai dibodoh-bodohkan oleh orang yang BODOH...

orang berkelayakan dalam bidangnya seperti dato' mustapha mohamad (kalau tak silap fist class degree in economics dr. oversea university) dok tengok je badut sarkis bentang budget...

yang bestnya badut tu pun tak tahu apa yang dia sendiri merepek...