Khamis, Januari 17, 2008

Pendekatan Baru Kepimpinan


Sebagai Perdana Menteri, Dolah mempunyai organisasi, sumber dan kakitangan kerajaan untuk melakukan sesuatu terhadap penculik kepada anak Sharlinie.

Mengapa Dolah merayu kepada penjenayah penculik?

Sebagai seorang Perdana Menteri Imam Hadhari, Dolah tentu ada keistimewaan untuk melembutkan hati seorang penjenayah. Dengan hanya merayu, penjenayah tentu sanggup membebaskan kanak-kanak tersebut. Penjenayah sanggup mengenepikan habuan dari menuntut wang culikkan dari ibu bapa kanak-kanak itu atau menjual kanak-kanak itu atau menjadikan kanak-kanak itu peminta sedekah.

Maka dengan demikian, apa salahnya Dolah merayu kepada pengekspot, pengimpot, pemborong dan peruncit agar tidak menyorok dan menaikkan harga barang-barang runcit?

Bolehkah Dolah merayu kepada spekulator minyak antarabangsa supaya tidak menaikkan harga minyak kerana rakyat tidak berupaya untuk membeli minyak dengan harga lebih mahal?

Dengar hari ini saham Bursa Kuala Lumpur menjunam. Bolehkah Dolah patut merayu agar penjual melabur tidak menjual tetapi mencari dan mengeluarkan tabung buloh dan membeli saham-saham banyak-banyak untuk membolehkan Indeks Saham naik sahaja tidak turun-turun?

Apa salahnya Dolah merayu supaya penjenayah berhenti melakukan jenayah mencuri, merompak, pecah rumah, meragut dan mengugut?

Rakyat pasti akan bersyukur jika Dolah boleh minta orang-orang muda berhenti menjadi Mat Rempit dan melakukan keganasan di sekolah-sekolah dan tempat-tempat awam. Takkan tak dengar cakap Perdana Menteri?

Lebih pasti, rakyat akan suka ke tidak jika Dolah boleh merayu kalangan pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli politik, dan para-para ahli perniagaan supaya tidak ambil rasuah, dan hanya hidup dengan gaji dan perniagaan yang ada?

Apa macam Dolah tentu boleh merayu si anak supaya jangan mintak projek kerajaan, samada betul-betul kerajaan atau Petronas atau entiti untuk pengswastaan pengangkutan?

Tak akan Khairy dan kaum keluarga terdekat tidak dengar rayuan Dolah supaya tidak masuk politik selagi dia Perdana Menteri?

Kalau Pak Lah rayu baik-baik dengan Lee Kuan Yew, pasti tak dia membenarkan jambatan bengkok di bina?

Rayu merayu ... satu pendekatan kepimpinanan baru seorang Perdana Menteri dalam menyelesaikan masaalah rakyat dan negara?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sdr Husin,
Dua persoalan asyik merusuh dalam benak saya, pertama - adakah kerana kesusahan mencari nafkah atau kesempitan hidup menyebabkan penjenayah bermaharajalela? Kedua - Adakah disebabkan anggota keselamatan/penguatkuasa kita yang tidak effisien?
Marilah kita renungi apakah langkah terbaik untuk membendung gejala jenayah. Pasukan polis perlulah memantapkan kepimpinan mereka dan bukan sahaja imej tetapi perlu juga digeruni bukan kerana kejam atau kasar tetapi dari segi kepanatasan serta keberkesanan dalam menyelesaikan kes jenayah. Diharapkan Datuk Pengarah JSJ yang baru dilantik mampu melaksanakan tugas berat ini. Dipercayai dikalangan anggota polis sebagai seorang yang berwibawa maka diharapkan beliau dapat menerapkan moral yang tinggi kepada anggota lain. Contohnya, di Indonesia - anggota polis digeruni kerana ketegasan melaksanakan undang-undang sehinggakan supir pun tidak akan mengerakkan kenderaan selagi penumpang tidak memakai tali pinggang keselamatan.

Pesanan berkata...

Anon 1:28 AM

Saya menentang IPCMC!