Ahad, Oktober 09, 2011

Husin Lempoyang cuti ... naik haji


Maaf Husin lama tidak berblog. Malahan bakal lama juga ana tidak berblog selepas ini kerana sibuk membuat persediaan. Betul kata Anak Merdeka sini, ana akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadat haji.

Pengembaraan ini amat penting, Sebagai orang Islam, mengerjakan haji adalah untuk mencukupkan pengerjaan rukun Islam yang ke 5.

Antara yang penting dalam rukun haji adalah berwukuf di arafah. Initipatinya, berkumpul di padang arafah menyerupai berkumpul di padang mahsyar di hari akhirat menunggu pengadilan tuhan.

Sejuk kaki memikirkan ....

Di Arafah adalah tempat kita bermuahasabah dan menilai diri kita agar diterima Allah sebagai hambanya.

Husin berdoa dan memohon doa anda semua semuga ditunjukkan jalan yang lurus, dimudahkan untuk beribadah, diterima taubah dan lain-lain.

Mohon dijauhi dari keadaan di mana membaling di jamrah menyerupai kawan baling kawan. Nauzubika min zalik.

Insya Allah, Husin akan memohon untuk kesejahteraan anda semua, keamanan dan kesejahteraan negara dan rakyat semua.

Panjang umur kita berjumpa lagi ye ....

Labbaikallahu humma labbaik ....

36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah...mendapat haji mabrur hendaknya...selamat jalan dan selamat menunaikan ibadah..

Tanpa Nama berkata...

Dah berhaji nanti, eloklah hentikan cerita-cerita seks mu.

Jangan bawa cerita blog mu ke Mekah, tau.

Panglima Perang Cyber berkata...

selamat jalan bro Husin...

jangan lupa kurma rotab utk ana.


kalau ada dhob pun elok juga. hehe

Tanpa Nama berkata...

selamat beribadah

jangan lupa bawa air botol bila
keluar dari rumah-mahu minum banyak air bekoz haji tahun ini masih dalam late summer

kalau kat london temperatur masih up 20+ -bahana climate change

selamat beribadat bro..

khong khek khuat

Tanpa Nama berkata...

kasi korban itu unta lah...

Tok Mudim berkata...

Usin

Ente punya pink floyd cuti jugak ka ?

Moga dapat lebih hidayat semasa menunaikan ibadat haji ni kelak.

dan ana doakan ente sehat walafiat dan tak kena batuk macam kelmarin sepanjang berada di sana.

Kalau sempat update la berita ente kat sana guna handphone (bab haji saja bukan politik )

dengar cerita najib pun buat haji musim ni.

Ana doakan ente selamat bro

Tanpa Nama berkata...

Selamat jalan dan selamat beribadah, semoga mendapat haji yang mabrur

Abu Garcia berkata...

Selamat menjalani ibadah haji. Semoga dikurniakan haji mambrur olehNya. Sampaiikan salam buat rasulullah bila berziarah ke Madinah.

Dot berkata...

pak usin,

betulkan nawaitu dari sini lagi, pak!

Insyaallah, semuga mendapat haji yg mabrur...

selamat berangkat & selamat kembali.

salamun'alaik...

Tanpa Nama berkata...

WOW Pak Husin nak pegi Makkah....jangan duit hasil dari jual orang sudah le....

Tanpa Nama berkata...

balik haji masuk pas
trend baru
ada yg tak kena amalan sblm ke makkah tu yg masuk pas
kalau nak masuk pas sblm haji lagi

Tanpa Nama berkata...

Semoga selamat pergi dan pulang kembali. Kami akan kesunyian tanpa gurauan Pak Usin.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, selamat jalan, selamat beribadah dan selamat pulang Tuan!

Konda Kondi berkata...

Salam perjuangan..blog tuan telah sy pautkan di blog sy..minta jasa baik tuan untuk pautkn juga blog sy pada blog tuan..

demi perjuangan alif ba ta..
keris7lok.blogspot.com

azman berkata...

Assalaualaikum sein

Alhamdulillah..semoga dirahmati Allah perjalanan tuan pergi dan balik dan semoga mendapat ganjaran haji mabrur insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg banyak ketawa di dunia, akan banyak menangis di akhirat termasuk agen-agennya.

marilyn berkata...

Semoga mendapat hj yg mabrur Pak Hussin.semoga perjalanan lancar dan dapat beribadat dgn tenang.

Tanpa Nama berkata...

Sojuk hati Den.....Semuga diredhai Allah sepanjang menjadi tetamunya


Salleh Telegu

jebat berkata...

Salam Takzim , Ya Husin,

Selamat menunaikan haji !!
Muga dikurniakan haji Mabrur.

Selamat Haji Husin Al-Lanpuyan !!!

JAIRO berkata...

tahniah.. semoga semuanya berjalan dengan lancar

ismet ulam raja berkata...

selamat sin!~ we love u!

Sarah X berkata...

Pak husin minta doakan bapa saya sihat, dan famili saya bersatu, saya dapat kehidupan yang baik kelak,


..dan saya jadi 'biggest trader in south east asia'..

Ni impian saya saja, belum tentu jadi, tapi kalu pak husin sudi doakan lh.. sebab ayah saya sakit diabetes, saya sekolah lg takbanyak boleh tolong.

Husin di AlHaram Hotel berkata...

Rakan2

hajat tuan2 dan puan2 ana telah lakukan

sara x

Ana akan doakan utk ente waktu zohor nanti, insya allah d masjid nabawi. Mudah2an dgn syufaat boss besar, rasullah, ayah ente bertambah baik.

Dari husin di medinah yg teringin nak makan daging unta. Wow!

Chegu berkata...

Semoga m'dapat haji yg mabrurr tuan

umnongok berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tengokperati. berkata...

Assalamuaalykum . Selamat menjalankan ibadah Haji Sdr Husein . Semuga mendapat kesihatan ngumpul tenaga untuk bertawaf bersa'ei,banyak minum banyak zikir banyak beriishtiqfar .InsyaAllah akan di mudahkaan segala urusan ibadah olih Allah ,semuga mendapat haji yang mabrur.InsyaAllah . Selamat beribadah haji dan selamat kembali kerumah.Wassalam .

Quantum Metal Consultant berkata...

Selamat pergi dan selamat kembali, keberkatan untuk semua yang beriman. Pahala, syurga, dosa dan neraka bergantung kepada amal ibadat masing2 dan tidak bergantung kepada sokong parti mana...

Tanpa Nama berkata...

selamat poie selamat balik...naik Air Asia ke or naik Mas

Tanpa Nama berkata...

Semuga dapat haji mabrur tuan.

Lepas ni taleh panggil Pak Husin dah. Kena panggil Haji Husin.

Assalamualaikum Tuan Haji!

jenab janda berkata...

Doa kan Anuar Ibrahim.
Doakan le apa yg patut.

Tanpa Nama berkata...

semoga selamat pergi dan selamat kembali sin.
isteri pun pergi gak ke sin..
kalu isteri mu pun gi...bagus la sin..seumo hidup satu kali je gi mekah dan bila balik orang akan cakap sin lempoyang kerap benor "NAIK AJI"
jangan marah sin..

SUNFLOWER HOMESTAY berkata...

semuga semuanya selamat dan dterima semua amalan dan mendapat haji mabrur pd musim haji ini....saya doakan...pada semua jemaah haji tahun ini.....

kulatlapok berkata...

alhamdulillah, akhirnya Pak Husin dapat juga pergi ke tanah arab. harap lepas ni Pak Husin moga dapat Haji Mabrur, Pas ni nak kena kurangkan citer2 yg banyak klentong. Nanti hanya dapat Hj Malrboro jee..

Saudara berkata...

HUSIN,APA YANG LEBIH PENTING SETELAH PULANG MENGERJAKAN HAJI NANTI IALAH:

1)PERBUATAN yang lebih baik.
2)PERKATAAN yang lebih baik.
3)PENDENGARAN yang lebih baik.
4)PENGLIHATAN yang lebih baik.

kerana setiap satunya akan ditanya oleh ALLAH di mahsyar nanti. Juga mencerminkan amalan HAJI kita diterima ALLAH. Saya doakan yang terbaik untuk saudaraku Husin. Selamat Segalanya...

Tanpa Nama berkata...

salam tuan hussin
ana doakan anta selamat dan mendapat haji mabrur, amin
washad

choc-mint berkata...

jelesssssnyerrrrrrrr....
semuga seme ibadat n doa di terima Allah....amin....