Khamis, Mac 28, 2013

Selamat hari jadi Cikgu Man Pen



Hari ini adalah hari jadi ke 70 untuk seorang peminat Husin yang bernama Ismail Yaacob.

Bagi Husin mengatakan dia seorang peminat, itu hanya merendahkan martabatnya kerana dia lagi hebat ... jauh lagi hebat dari Husin yang tak semana ini.

Beberapa tahun lepas, dia cari handphone Husin dari seorang rakan blogger dan talipon sendiri. Husin begitu besar hati hingga akan luang masa untuk bertemu atau ziarah orang tua ni setiap kali ada masa lama di Langkawi.

Di Langkawi, orang panggil dia Cikgu Man Pen. Nak tahu kenapa dia ada Pen di hujung nama samarannya, ikuti cerita berikut dari Cikgu Man :
Ada kawan beritahu Cikgu Man mengenai seorang yang duduk di Apartmen di tingkat 35. Cikgu Man duduk di kondo tapi tingkat 1.

Orang ni ada satu perkara pelik bila dia nak balik ke rumahnya. Kalau dia naik lif dengan orang, dia berenti di Tingkat 35.

Tapi bila dia naik seorang, dia akan berenti di tingkat 30 dan jalan kaki naik ke 5 tingkat

Cikgu Man tanya kawan dia kenapa macam tu.

Sebabnya, dia hanya boleh tekan 30, tak dapat capai  nak tekan nombor 35. "Orang tu macam hang la Man! Pendek ..."

Tu dia kawan Cikgu Man kenakan dia. 

Kami malu nak ketawa pada jenaka tu sebab segan pulak nak ketawakan orang tua yang kekurangan ketinggian.

Tapi itulah nama manja dia di Langkawi. Lama-lama Pen dah hilang dan jadi Cikgu Man saja.

Cikgu Man merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Kedah ketika Tan Sri Sanusi Junid adalah ahli Parlimen Jerlun-Langkawi. Dia pun ada cerita mengenai seorang wakil rakyat. Cerita ni isteri dia juga suruh ceritakan.
Ada satu wakil rakyat nak pergi ke ceramah. Dia mintak isteri dia tolong strikarkan baju.

Bini tak dapat bantu kerana strikar rosak. Lalu dia pun pergi ke kedai untuk baiki strikar. Sambil dia nak tunggu strikar di repair, dia tengok-tengok strikar-strikar baru yang dijual.

Ada yang harga RM100, ada RM200 dan ada satu tu sampai RM300. Lalu ditanya pekedai kenapa yang tu mahal betul.

"Oh ... yang ini manyak berat, itu pasal harga banyak berat."

Wakil rakyat tu cakap, "Ah apa mahal sangat. Tak beratlah. Aku punya anu boleh angkat."

Cina tu langsung cabar dia. "Kalau lu  punya anu boleh angkat, wa kasi lu free."

Dia bawak masuk bilik dan pendik cerita, dia dapat strikar mahal itu percuma. Baliklah dia dengan dua strikar, satu yang baru dan satu yang dibaiki.

Balik rumah, dia jelaskan pada isterinya kenapa dia bawak balik dua strikar.

Dapatlah dia pergi ceramah dengan baju yang kemas berstrikar. Balik malam, isteri YB terjaga dari tidor dan sedar YB tiada disebalh. Dia keluar cari YB dan lihat dapur terang benderang.

Dia jengok dan lihjat YB tengah cuba angkat peti ais. Rupanya peti ais dia rosak dan perlu diganti...

Ketawa kami terbahak-bahak. Tak tau wakil rakyat mana dia maksudkan. Tapi dalam lawak-lawak, Cikgu Man adalah orang perjuangan yang berani.

Dengan cara lawaknya, dia berani tegur.




Inilah cara orang lama menegur. Takde terus menerus direct gitu tapi halusss....

Permintaan Cikgu Man supaya Husin siarkan:
TERIMA KASIH BARISAN NASIONAL

Janji Mu telah ditepati
Budi Mu terpahat di hati
Insya Allah, akan kami bukti
Dalam petak kertas undi 

Insya Allah, Husin undi BN.

Selamat hari jadi Cikgu. Husin doakan panjang umur dalam kesihatan dan waras akal.

Jangan lupa makan ubat. Husin pun akan ingat makan ubat .... hingga kuat dapat peti ais free. Hantaq ke Cikgu di Langkawi.     

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nasihat baik dari orang lama-lama

Tanpa Nama berkata...

Tan Sri Sanusi akan berucap di PWTC pada sabtu pukul 9 pagi

Tanpa Nama berkata...

Microwave oven saya dah rosak huhuhu ....

Tanpa Nama berkata...

Saya jumpa Lai Beng kawan baik Chegu Man Di Langkawi semalam.. Katanya kawan kita tak berapa sihat akhir akhir ni... Moga beliau diberikan kesihatan yang baik !

cgm berkata...

Terima kasth, wahai sahabat,
Kerana sudi, datang melawat,
La ni berada, di Pdg. Matsirat
Dok tengok pesawat, tengah bersilat.

Bersyukur saya, pada Allah
Dah 70 tahun, cuma lelah.
Tu pun kerana, pilih yang salah.
Hisap rokok, yang tak berfaedah.

Tanpa Nama berkata...

Saya pun kenal Cikgu Man melalui seorang sahabat. Cikgu Man ni cukup patriotik dan sangat bencikan penjajah. Kalau ada kesempatan, cuba Husin tanyakan pada Cikgu Man apa yang dia buat dengan orang putih...

imlan adabi berkata...

kereta kancil saya juga rosak. agaknya boleh angkat juga!

imlan adabi berkata...

orang lama banyak cerita yang luar biasa!