Selasa, Jun 18, 2013

Kalau ya pun, gosoklah baju tu


Husin membaca tulisan blog ABITW sini, Outsyed the Box sini dan lain-lain blog berkenaan politik terkini. Lalu teringat ada kisah. 

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya.

Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata, “Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!”

“Yg kau telanjang tu nape!!!???” marah si nenek.

“Ini la BAJU CINTA saya,” balas si cucu perempuannya.

“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan.

“Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek,” pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami zaman sekarang.

Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya.

Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang. Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu….

“Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???” marah si atok tadi.

“Ini lah BAJU CINTA saya bang” kata si nenek tadi.

“BAJU CINTA???…… Kok iyea pun….. IRON la dulu baju tuh!! Nampak sangat kedutnyer…..”

Bila masaalah dibiarkan berpanjangan, jadi kusut dan lusut. Perlu di IRON kembali.

Wow! Lagi untung ka jual unta yang bulu dah IRON?

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan, CENSORED la gambar tu dulu tuan

Tanpa Nama berkata...

terbaik ^-^

berasiam berkata...

Seorang janda yang telah berkahwin semula dengan suami baru selama 4 tahun dan kelihatan bahagia,tiba-tiba memfailkan permohonan cerai di mahkamah. Terkejut beruk si suami bila dia mengetahui tindakan wanita idamannya sejak berpuluih tahun tetapi baru berjaya dikahwini 4 tahun yang lalu. Bukan sahaja sang suami, semua jiran dan kenalan mereka pun turut terkejut dengan tindakan mendadak wanita itu.

Pelbagai persoalan berlegar di fikiran sang suami dan para kenalan. Masing-masing membuat spekulasi sendiri tentang punca wanita itu memohon cerai. Sang suami sedar, sepanjang tempoh mereka berkahwin selama 4 tahun itu, dia kurang memberikan perhatian kepada isterinya. Sebagai lelaki, dia masih lagi tidak dapat meninggalkan kenakalannya walaupun telah mendirikan rumah tangga. Dia masih memberikan layanan kepada perempuan lain.

Dengan penuh debaran, sang suami memberanikan diri bertanya kepada isterinya, mengapa dia mengambil langkah sedemikian. Sang isteri cuma tersenyum sebelum memberikan jawapan yang bakal merungkai tanda soal yang besar di fikiran suaminya.

"Saya tak cemburu abang melayan perempuan lain pun sebenarnya. Saya tidak sedih abang kurang menumpukan perhatian kepada saya selama ini. Saya tidak kisah pun abang jarang meluangkan masa bersama-sama saya. Yang saya tidak dapat terima hanya satu sahaja, abang berkawan dan mendapat nasihat daripada kawan-kawan bekas suami saya sebelum ini. Sikap abang saling tidak tumpah dengan sikap bekas suami saya sebelum ini. Saya tidak dapat terima. Itu sahaja sebabnya. Maafkan saya, abang".

Zaidi berkata...

Husin,

Bab kedut ni yang tak tahan. Kami pasangan tua ni terasa sangat. Kedut tak apa. Kalau lembik dan layu - camno? Kayuh sin kayuh.....

penghuni rumah orang tua berkata...

biar kedut dan lanjut, sin. janji masih kereh dan kemut. hehehe

Tanpa Nama berkata...

berasiam

najib kahwin dgn janda pak lah ke? marah kak mah nanti.

hangkedee berkata...

Kenapa pepet cina menjadi kesukaan pembesar? Sebab tak sunat ke.....nak tanya sapa ye?

mankayu berkata...

Kwang,kwang,kwang!!!

Tanpa Nama berkata...

11.25pm tanya la apek mereka lebih tahu. Takan tak da kawan2 cina hahh leh tanya kpd mereka.