Khamis, Januari 16, 2014

Alhamdulillah ... Hasan Malek sudah kerja keras turun padang

Sampai lewat malam tadi Hasan Malek bekerja keras

Dalam suatu sidang akhbar lepas Mesyuarat Kainet semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup. Ia bertujuan untuk menangani setiap isu berkaitan kenaikan kos hidup rakyat. 

Sidang akhbar yang dihadiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri yang ada, yang sebelum dan suatu masa dulu memberitahu semua menteri akan turun padang untuk melihat secara lebih dekat masaalah kenaikan kos hidup rakyat dari perspektif portfolio. Butiran berita di  Utusan Malaysia di sini.

Harap kesemua Menteri-Menteri heret sekali Dato Idris Kangkung, Dato Omar Kangk-Ong, Dato Dr Jamaluddin Kangkung dan Punahsihat-Punahsihat yang telah merangka polisi hingga menjejaskan kehidupan rakyat.

Jangan lupa heret sekali con-kangkung-con-kangkung Konsultan Ethos Con-kangkung, McKangkung & Co., Boston Con-kangkung Group, Booze, Kangkung & Hamilton, Frost & Kangkung, dll yang hanya fikirkan untuk dapat laba yuran con-kangkung.

Alhamdulillah, Dato Hasan Malek pun nampaknya sudah pastikan dirinya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan melipatgandakan lagi kerja-kerja penguatkuasaan bagi mengheret para peniaga yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Betul dan ini bukan jual orang ni.

Hasan Malek sudah kerja keras dan turun padang sampai lewat malam hingga tak cukup tidor sampai hingga terkelip-kelip ngantuk ketika sidang akhbar.

Syabas Hasan Malek.

Hebat... dan harap kekal lagi dalam Kabinet. Ura-ura sudah kedengaran akan ada susun semula Kabinet atas sebab antara lain, ada Menteri nak kena cekup SPRM.

Wow! Harap PEMANDU tak terlibat

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menteri..oh..menteri, kalau mesyuarat seharian hingga ke larut malam apa yang dapat diselesaikan masalah rakyat.....? Nak selesai mudah saja...arah mansuh PEMANDU dan pecat semua Penasihat Ekonomi tersebut...gantikan dengan MP yang amat tahu masaalah Rakyat sebab semua MP ada kawasan dan Pengundi, ada rasa kesian kat rakyat....Kenapa harus ada JawatanKuasa kaji kos sara Hidup...? sedangkan sebelum URA-URA TOL dan TNB dinaikan tidak ada masalah...? Masalah ikan,sayur naik fenomena biasa bila bekalan tidak cukup...Tapi KENAPA TOL dan TNB sibuk nak naik tarif....? Soalannya.. Adakah PLUS mengalami KERUGIAN setiap Tahun...? Adakah Kenderaan Bertambah atau Berkurangan...? Penyelesaian oleh kerajaan kalaulah Guna AKAL Rakyat senang saja, Jika PLUS nak Bisnis Panjang dan dapat untung... Sambung saja atau Lanjutkan Konsesi hingga 50 tahun lagi...Kalau JKR ambil alih mungkin Lebuhraya akan jadi sungai pula siapa nak lalu...? Pasal TNB..Kan TNB adalah GLC kerajaan..? Adakah TNB Rugi setiap tahun...? Tidak ka kerajaan yang bagi MODAL TNB dijadikan Syarikat...? Penyelesaian TNB nak untung lebih senang saja.. Pelbagaikan pelaburan serta dapatkan kontrak besar diluar negara, tidaklah bila nak untung Banyak MENINDAS rakyat sendiri.
MAS sudah konfom RUGI setiap tahun TETAPI tidak pula sibuk MENAIKKAN TAMBANG....? BUMIHIGHWAY boleh pula pergi luar negara dapatkan kontrak berbillion bina lebuhraya kenapa tidak PLUS...? Kalau saya jadi PENASIHAT PM itulah yang saya akan Nasihatkan dan maklum tindakan untuk selesaikan masalah rakyat...Tidak Perlu PEMANDU,MAKMAL,PEMIKIR dan JAWATANKUASA KAJI KOS SARA HIDUP. Menteri bermesyuarat 30hari,30malam pun ada gaji... Undilah saya jadi PM...HAHAHA.

Tanpa Nama berkata...

.. hussin, sebenarnya cerita kangkung nie tidak ada kene mengena dengan rakyat jelata... ianya hanyalah hayalan dan mimpi PM disiang hari.. kekadang teringin juga nak makan kangkung.. siang malam, pagi petang asyik makan ikan buntal... tu yang masa dikhalayak ramai pun terkeluar perkataan kankung..

.. malangnya dungu's dungu's dikalangan pakatan rendah ahlak yang memang sudah terkenal dengan kebengapan melampau, seperti biasa bila dengar perkataan kangkung jer terusss kena sawan.. tu yang cerita kangkung jadi viral seantero alam maya...

... seperti biasa juga, penyakit dungu's tertelan undi nie bukan sahaja cuma ada dikalangan penganut pakatan rendah ahlak, dalam barisan nak kuasa pun ramai...

.. tu yang rakyat jelata sekarang ini ramai mengalami penyakit senak perut akibat terlebih gelak selepas makan kangkung...

Tanpa Nama berkata...

Kalau menteri DAH CAKAP NAK TURUN PADANG SATU ATAU DUA JAM SAJA DAN turun padang macam rombongan pengantin, dah di atur siap-siap kemana nak dituju, apa yang nak di tunjuk dan kat mana nak sarapan dan makan tengahari...BAIK TAK PAYAH TURUN PADANG...buang masa orang ramai saja SEBAB MENTERI TAK AKAN DAPAT APA APA MAKLUMAT YANG BERNAS PUN..semua dah di cover up.

Tanpa Nama berkata...

Betul betul betul.....upin & ipin

Tanpa Nama berkata...

Betul betul betul.....upin & ipin

Tanpa Nama berkata...

Betul betul betul.....upin & ipin

Tanpa Nama berkata...

Betul betul betul.....upin & ipin

Tanpa Nama berkata...

Susah punya kerja nie.Enginepun sudah bocor.Lagi,engine sudah start running.Apa mcm mau repair.Engine tak ble stop dulu.Nanti boss marah.Mau adjustpun susah,angin sudah masuk satu badan dlm engine.Nanti jalanpun,sunput2 lagi engine mati di ten ngah jalan.Kasi tonik la ,itu macam.

Tanpa Nama berkata...

menteri kalo turun padang tak payah ada org jabatan eskot. Turun sendiri jgn bagitau jabatan2 kerajaan aku nak turun sana turun sini. buat mcm Tun Mahathir, datang sorang2 je. kalau ada yg eskot, jawapan dah siap tulis dlm poket