Rabu, September 28, 2016

Manis sudah terasa tetapi masih tidak dapat telan


Sejarah politik Muhyiddin banyak peristiwa-peristiwa di mana sesuatu yang mahu dikecapi hampir dapat tetapi akhirnya tidak dapat.

Ketika Anwar Ibrahim mengejar jawatan Timbalan Presiden UMNO untuk jatuhkan Ghaffar Baba pada tahun 1993, dia mulakan Team Wawasan untuk kuasai jawatan-jawatan Naib Presiden. Maka menanglah Muhyiddin, Najib dan Mat Taib.

Ketika itu Muhyiddin pegang jawatan Naib Presiden UMNO nombor 1 dengan undi terbanyak. Kalau tak salah, Najib nombor 3. Sudah mula jadi sebutan bahawa dialah bakal Timbalan Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim kelak.

Sebaik sahaja pemilihan 1996, UMNO mahu naikkan balik Pak Lah sebagai Naib Presiden. Ketika itu, Mahathir sudah mula mengatur untuk kerjakan Anwar. Muhyiddin tercampak kalah tanpa jawatan dalam UMNO pusat. Najib yang menang jawatan nombor 1 itu.


Pada tahun 1999-2000, operasi menanam Anwar bermula dan Pak Lah naik sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan PM. Pada pemilihan 2000, Muhyiddin kembali balik sebagai Naib Presiden UMNO.

Ketika itu, disebut-sebut lagi bahawa pilihan Pak Lah untuk jawatan Timbalan adalah Muhyiddin. Mahathir paksa Pak Lah untuk letak Najib sebagai Timbalan. Melepas lagi Muhyiddin.

Kemudian itu, Pak Lah naik PM pada tahun 2003. Najib naik Timbalan.

Masuk 2005, Mahathir pun balik perangai lama nak jatuhkan orang. Mangsa yang disasarkan Pak Lah hingga UMNO terjejas dan Pak Lah letak jawatan pada 2009.

Najib naik dan dia yang capaikan hasrat terpendam lama Muhyiddin untuk jadi Timbalan PM. Lalu dia berkata sana sini bahawa dia tidak sangka dapat capai hingga Timbalan PM seumur hidup. Dia bersyukur apa yang ada dan tidak dia mahu berfikir mahu jadi PM.

Itu dia kata tetapi ramai kata nawaitu dalam hati lain. Wallahualam kerana bab hati adalah urusan Allah.


Ketika Muhyiddin menyerang Najib dan dikatakan dilakukan bagi pihak Mahathir, ada dia kata dia macam tunggul ketika Persidangan UMNO 2015. Pada tahun itu, Ketua-Ketua Sayap dan Naib presiden tidak berucap di majlis penggulongan. Perasmian sayap dilakukan oleh Ketua-Ketua Sayap sendiri.

Jika benar Muhyiddin ada hati nak jadi PM, pengumuman Mahathir di London bahawa Muhyiddin adalah bakal PM untuk menggantikan Najib pastinya sesuatu yang lama-lama diidamkan. Dia jatuhkan Pak Lah untuk Najib naik tetapi Najib yang naik dan akhirnya Najib yang jatuhkannya dalam UMNO.

Namun begitu, Salleh Keruak kata Mahathir tetap berkuasa kerana dia Pengerusi dan dia tetap berkuasa. Mungkin betul juga sebab pengaruh dia yang upaya mendapatkan kerjasama DAP dan PKR serta Amanah.

Nampaknya masin mulut Muhyiddin kerana jika ditakdir dapat jadi PM pun, dia hanya PM tunggul.

Tambah lagi, Mukhriz kata PM tidak boleh lebih dua penggal. Maknanya Muhyiddin jadi tunggul pun tidak boleh lama. Kata-kata itu diucapkan seiring dengan kenyataan ayahnya menuntut PM tidak harus pegang jawatan Menteri Kewangan.

Ada pihak bakal anggap secara beralas, Mukhriz kata dia tidak mahu tunggu umur 60 baru naik PM. Tidak menolak kemungkinan dia mahu lebih segera sebab rakyat yang 65% berumur bawah 40 mahu PM yang muda, tidak jauh umur dari mereka.

Kini Muhyiddin sudah 68, 69, lebih dari 65. Kesian Muhyiddin, dulu hampir dibibir, kini dapat rasa manisnya, tetapi mungkin tidak dapat telan.

Wow! Anwar yang mamak pun tak percaya mamak 

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mcm mn haji husin boleh lupa yg dia turut sama anti pak lah dan anti tingkat 4.

Haji husin juga tidak lupa tentang cita2 org yg nk jadik pm sebelum umor 40 tp lani dh btukar tuan plk.

Tuan lama tingkt 4 ada kes 100juta hilang tp haji husin senyap je. Mungkin sebab tingkat 4 sudi jadi macai dan balaci kpd tuan presiden maka haji husin senyap membisu..

Haji husin mungkin juga lupa ciri2 haji mabrur dan haji mlebur

Tanpa Nama berkata...

Pak Husin..

Apa guna bergelar PM kalau sejarah akan merekodkannya sebagai penyamun penyangak yang telah merompak wang rakyat untuk kemewahan diri dan kekal berkuasa.

Nanti akan dimaki hamun oleh rakyat lain.

Biarlah tak jadi PM pun, asalkan orang tak boleh kaitkan dengan penyonglapan macam Pak Ajib tu.

Tanpa Nama berkata...

Wowww...yg lain bila tak jd pm dikira tak penyangak tak penyamun wowww...patutla guan eng kata mana ada tipu...wowww

Wowww dulu dulu kila lugi maa wowww..

octave berkata...

Hj husin sahabat lama saya... kita bersama sama berjuang di parlimen mukriz..semoga kita setia atas nama kawan

Tanpa Nama berkata...

Takat tuduhan penyamun insyaallah yg benar akan timbul juga akhirnya. Tapi Mahyuddin akan kekal diingati sbg EX TPM yg ada sekandal dengan isteri org sehingga pasangan tersebut bercerai

Tanpa Nama berkata...


jangan lupa teori Rahman dan mungkin bersambung dengan nama Allah yang seterusnya, atau tidak...

tan sri mahyuddin tahu role yang dimainkan dalam kepimpinan...

bukan untuk merosakkan negara dengan cara yang melampau...

john doe berkata...

Setuju dengan pendapat saudara Tanpa Nama 5:59.

Apalah sangat jadi PM tapi dikenang sebagai penyamun terhebat sepanjang zaman dan disumpah oleh anak cucu bangsa sendiri.

Kalau di akhirat nanti lebih-lebih lagilah.

Jangan ukur segalanya hanya dengan pangkat dan harta semata-mata.

Mak Aji Hasnah berkata...

Pak Husin 559. Hang bukti mai Najib songlap duit. Berapa banyak duit hang yang dia songlap. Jika berani buat kenyataan beranilah tunjuk bukti. Jika tidak lebih molek cabut bulu kote bagi come'-come'.