Selasa, Januari 10, 2017

Mengembalikan kegemilangan Melaka

Di atas robohan kota Melaka,
Kita bangunkan jiwa merdeka,
Bersatulah Melayu seluruh baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Berdegar-degar suara Dato Bendahara memetik kata-kata Dr. Burhanuddin Al-Helmy di Kongres PKMM ke dua di Kota Melaka pada tahun 1946.

"Sejarah bangsa kita perlu dibangunkan kembali. Suatu ketika dahulu Empayar Melaka berkuasa selama 110 tahun dan begitu luas hingga ke Sumatera dan lain-lain pulau di Nusantera Melayu sebelum jatuh ke Feringgi (Portugis) padda 1511."

Ujang tertanya-tanya, adakah itu yang mahu diberitahu hingga memanggil ramai rakan-rakan ke Sri Bendahara di Ayer Keroh,

"Feringgi dan Belanda jajah kita selama 313 tahun. Inggeris selama 167 tahun. Manakala, Jepun 3 tahun setengah. Pelabuhan Melaka dahulu hebat dan pusat perdagangan antara Eropah, Timor Tengah dan India ke Timor Asia. Melaka ini sebahagian dari sejarah dunia!"

Naik bulu roma Ujang ...

"Pelabuhan itu sudah tiada. Mendapan pasir berkurun-kurun lama telah menjadikan pelabuhan itu cetek. Sebelum dijadikan Melaka Raya dan dataran untuk pelancong bergambar dan shopping, ia hanya jeti untuk bawa kayu bakau, arang dan barang-barang dari seberang."

Orang Melayu jual cencalok dan poskad sahaja di situ, terlintas di fikiran Ujang.

"Sudah sampai masanya kita bina balik Pelabuhan Melaka dan kembalikan kegemilangan lampau Kerajaan Melayu Melaka. Kita bina balik maruah kita sebagai orang Melaka. Ini juga adalah maruah bangsa kita.

"Hamba sudah rancang dan baru-baru ini, ianya sudah dilancarkan Timbalan Menteri dari Kerajaan Persekutuan untuk bangunkan Kuala Linggi sebagai pelabuhan antarabangsa. Kita panggil Kuala Linggi International Port (KILP). Ia bukan kelip-kelip macam di Kuala Selangor tapi pelabuhan untuk minyak dan gas."

Menegak Ujang yang sedang duduk bersantai mendengar pemberitahuan Tok Bendahara.

Betulkah apa yang dikatakan Tok Bendahara yang dilantik "Sultan" dari Pahang? Bolehkah Melaka yang sama terkenal dengan Pahang untuk menganugerahkan pangkat Datok beratus-ratus setahun lakukan ini semua?

"Kuala Linggi memang pelabuhan yang sudah dibina lama. Dengan pelaburan RM25 billion dari syarikat dari Kerajaan Cina, kita akan besarkan jadi pelabuhan besar dekat muara sungai. Kajian sudah dibuat."


Tidakkah akan menyebabkan banjir di kampong-kampong di tepi sungai di hulu nanti?

Berdekatan itu ada paya. Situ juga kawasan penyu laut dan tuntung. Tambah lagi, nelayan cari mata pencarian dan kerja-kerja penambakan akan membinasakan ikan-ikan di situ.

Ujang rasa nak bersuara tapi nanti marah pulak Tok Bendahara.

"Hamba faham masaalah alam sekitar di kawasan itu. Tidak jauh di belah Negeri Sembilan, memang telah diwartakan sebagai kawasan warisan. Dalam hal ini, hamba jelaskan pada suratkhabar bahawa berapa ribu kali pun dilancar, ia tidak oleh dimulakan selagi dokumentasi dan piawaian tidak dipenuhi."

Tok Bendahara macam tahu apa dalam fikiran aku, Ujang terfikir. Kenapa sudah bermula?

"Namun begitu, sahabat-sahabat sekelian, sampai bila kita nak terus jadi petani dan nelayan? Kenapa sekarang baru nak komplen pasal pencemaran alam sekitar sedangkan penambakan tanah ada diimulakan 44 tahun dahulu?

"Hamba nak lihat Melaka kembali menjadi kuasa maritim dunia! Kita nak saing dengan Singapore. Kerajaan negeri akan bantu Pemaju untuk dapatkan kelulusan EIA yang telah ditolak baru-baru ini. Suatu hari petani kita akan kaya raya sebagaimana petani di Shenzhen yang sudah jadi pelabur hartanah yang kaya!"

Angkuhnya bercakap ... Ujang berkata-kata. Selalu tanah petani yang selalu kena ambilalih. Bila nak jadi kaya?


Sedang Ujang mengelamun, tiba-tiba ada suara bertanya dari belakang.

"Baru-baru ini Pengarah JKR Melaka di dakwa atas kesalahan rasuah dan penggubahan wang haram atau omputih kata, money laundering. Bukan sekali, tetapi dua kali. Ada pegawai kanan pada Dato Bandaraya Melaka disiasat juga. Boleh jelaskan sikit, Tok?"

Tok Bendahara menerangkan dengan tenang, "Dalam hal siasatan rasuah, kita serahkan pada SPRM. Jangan terus hukum mereka yang telah ditahan. Tak baik ..." 

Dia menambah, "Saya pun telah beri arahan kepada pegawai-pegawai kerajaan supaya tiada lagi amalan main golf ketika waktu pejabat. Tidak kira masa bercuti atau tidak.

"Sebenarnya, SPRM patut tebar jala luas sikit untuk ambilkira sekali sukan-sukan mewah yang lain."

Lembut balik suara bila cerita pasal siasatan ...
Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa kami tegakkan
Kalau ceroboh menata Negara
Tunggu saja masa kehancuran
Wow! Hebat pedati Tok Bendahara

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahahahaha........

Tanpa Nama berkata...

Kalau golf dijadikan kpi, tun mamak paling gagal.
Manakala berkat hadhari, tun dollah sedikit berjaya dari sebelumnya.
Paling berjaya tentulan pahlawan bugis.
Saat negara dilanda banjir besar, sang pendekar tetap cekal hati dan istiqomah bercuti luar negara dan bermain golf dgn kuasa asing.
Kuasa asing bakal beralih kepimpinan.
Tp belum pun menjadi pemimpin sepeneluhnya sang pendekar sudah memasyurkan bahawa bakal sang pemimpin adalah "golf buddy" nya.

Pemimpin dari parti agama kurang berjinak dgn golf, maka sukar dinilaikan kpi nya.

Manakala menteri jpm yg memegang portfolio agama bermain golf ke negara kuasa asing.
Golf simulator pula dibeli utk kegunaan para pegawai yg mentadbir urus duit2 derma ini.
Menteri ini juga telah ke london utk minum teh tarik sambil menerangkan ruu355 kepada hadirin disana.

Rakan beliau di jpm juga sibuk menerangkan ruu355 di vegas termasuk ke dlm rumah judi.
Inilah wasatiyah kesinambungan hadhari.
Menteri ini juga merupakan org yg dibenci oleh saudagar unta suatu ketika dulu. Tp hari ini kurang pasti kerana saudagar ini juga sudah wasatiyah