Selasa, Jun 18, 2019

Bakal billionaire Melayu sudah mula melobi ...


Sejak tragedi Dato Seri Azmin Ali, ada pihak menjangkakan berakhir sebuah impian anak muda.

Ketika belajar di Minnesota, USA pada tahun 1980an, dia mengatur kerjaya politik untuk mengejar cita-cita untuk jadi Perdana Menteri Malaysia.

Ketika itu, Azmin sudah beritahu rakan-rakan sebaya cara jenaka tapi serius, "Aku bakal jadi Perdana Menteri..."

Sejak dijatuhkan seorang rakan hingga letak jawatan sebagai Presiden Persatuan Pelajar Malaysia tempatnya, Azmin asyik ke New York dan Washington tunjuk muka dengan VVIP yang datang.


Kini berakhir sebuah mimpi. Dia hanya terdaya menyelamatkan diri dari menerima nasib seperti Anwar untuk masuk penjara tahun 1998.

Jika dia tak melawan, polis cuma siasat sapa tular video. Susah pun nak kejar sapa pembuat video dan alat perakam video untuk dakwa baik Azmin atau Haziq Aziz.

Dengan tertular video dan pengakuan, Mahathir pun susah untuk lantik Azmin atas alasan moral.

Cerita mahkamah lain, tapi bagi orang ramai, jelas Azmin tidak bermoral. Ini kes lebih jelas dari kes video Chinadoll dan kes Saiful Bahri melibatkan Anwar.

Malu untuk Mahathir melantik Azmin TPM...


Tanpa segan dan silu, Dato Seri Anwar Ibrahim mula lebih terang meluahkan keyakinan masanya sudah sampai untuknya memegang jawatan yang lebih lama diidamkannya dari Azmin.

Bukan itu sahaja, Anwar turut menerima jemputan hari raya dari Majlis Rumah Terbuka dari Malaysian Muslim Chamber of Commerce & Industry atau MIMCOIN.


Mamak Bendahara sudah diketepikan pula.

Masing-masing bukan sahaja mula kira coin tapi bercita-cita bakal menjadi "billionaire" Melayu dan Bumiputera.


Mamak-mamak ini cekap tapi tetap lambat gerak kerja. Brader mamu kita dah buat kerja dari bulan puasa lagi.


Wow! Lagi cekap


Tiada ulasan: