Rabu, Jun 12, 2019

Pantun kena kencing dan salahguna alat kencing


Itu hal Mei 9hb.

Jun 11hb bukan lagi pantun kena kencing tapi pasal alat kencing.


Sorong papan tarik papan
Sorong orang atas ranjang
Pandai kata jangan aibkan
Bukti takda, Najib diserang.

Sapa pasangan dah tahu
Bilik tak tahu, tapi hotel Sandakan
Buat tak tahu macam dulu
Akhbar asing pasti laporkan


Dalam gelap kurang jelas
Bahan lucah kena tindakan
Usah sebar nasihat ikhlas
Jgn cepat seronok sakan

Kita tahu sapa memberi
Kewangan, kempen dan undi
Tak "defend" Najib, kecik hati
Balun Tun selalu tak bagi


Potong papan guna gergaji
Ada mesin pantas berseri
Buat kerja kena strategi
Jangan pula ikut emosi

Perlu jaga persepsi elok
Buat memujuk, tarik pengundi
Tindakan tegas berselok belok
Jgn sampai orang benci


Ini gaduh sama sendiri
Tak guna UMNO dipersalah
Kita lihat, hanya perihati
Mereka kekok salah langkah

Kisah seks tarik tumpuan
Testimoni Ismee tiada perhatian
Suami peguam letak jawatan
Guan Eng, DAP patut tumpuan


Memang malu amat sangat
Terdedah luas masih selamba
Usah Atoq cuba mengelak
"Coverline" hanya sementara

Tiada yang kaji bonjol kepala
Bayang jatuh entah ke mana
Selangor Report cerita lama
RBA sebar tapi ini Rafizi punya kerja!


Cepat Hazis ngaku pasangan
Suruh SPRM buat siasatan
Azmin tak sempat beri alasan
Shamsul majikan hanya diam

Awal Mei mereka senggama
Asyik sungguh kolom ciuman
Saiful terhina boleh jadi cerita
Baru sebulan apa alasan?


Dari Kerala asalnya Tipah
Peguam firma Daim Garmany
LGE nak disiasat, Pehin didedah
Azmin dikerjakan, mana nak lari

Pakaian seragam belum tempah
Baru hajat nak benteras rasuah
KP SPRM bukan mudah
Bila ahli politik, keyakinan susah

Kata Atoq, moral tiada
Tak layak Perdana Menteri
Azmin sama, rasuah pun ada
Alasan apa Atoq nak bagi?


Pak Non U turn, Kit Siang pusing
Beri peluang, alih pandang
Jgn ingat Atoq tak bising
Video terdedah Port Dickson birang

Jerlun tak boleh, Rantau diuji
Pekan, Bagan tak boleh lagi
Marang, Gua Musang jauh sekali
Langkawi ker sampai mati?

Wow! Jual pantun ker jual orang?

1 ulasan:

Awanama berkata...

WAHAI MUJAHIT MUJADAH ...

SEJAK BILA HUKUM KAZAF DIGUNA UNTUK KES LIWAT..??

(Menteri Agama Mujahid bersungguh bercakap mengenai Qazaf tetapi tidak langsung menyentuh kemurkaan Allah mengenai seks luar tabie ini)

Sekarang Mujahit kes liwat terkini amat mrmalukan dan mencemar kesucusn Islam sebagai agama rasmi negara.

Yang pelik selama ini Mujahit buat apa bila kesucian Islam dilrcehkan puak PH prngamal pluralist murtaf, liberal dan Syiah... apa yang KAU buat pertahankan Islam wahsi Mujahit...?? Bila KAU dan ketajaan pH dan kalun nak mampos pandai pulak KAU cakap pasal kesucian Islam...
Kes liwat ni onn atau tak onn wahai Mujahit...??

1. Adakah Azmin ini termasuk kategori perempuan baik-baik sebab dia watak pasif dalam video tersebut? ��

2. Sejak bila meliwat ini termasuk dalam kategori zina?

Sumber-Sumber Hukum Mengenai Qazf

Melemparkan tuduhan zina yang tidak berasas adalah diharamkan oleh syarak berasaskan pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Di antaranya :

1. Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : Dan mereka yang melemparkan tuduhan palsu (berzina) ke atas perempuan-perempuan yang suci bersih kemudian tidak membawa empat orang saksi maka deralah mereka (yang menuduh) dengan 80 kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya dan merekalah orang-orang fasiq.

2. Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (berzina) kepada wanita-wanita yang baik dan yang lupa (melakukan perbuatan keji) lagi beriman, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi mereka azab yang pedih.

3. Sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya : Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan, mereka bertanya ya Rasulullah apakah dia itu ? Rasulullah menjawab : “Menyengutui Allah, sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari daripada peperangan di jalan Allah dan menuduh perempuan yang baik lagi beriman berbuat zina.

Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan, iaitu badan tertinggi dalam kehakiman syariah, telah membuat keputusan kes menuduh liwat tidak termasuk dalam jenayah Qazaf.

Jadi Jabatan Agama Wilayah Persekutuan jangan buang masa menyiasat laporan setiausaha politik terbabit.

p/s: Masa hendak buat Hudud kamu bantah, masa tersepit cari hukum Islam.