Sabtu, Oktober 05, 2019

Shared Prosperity: Nak nipu, usah ciplak World Bank...


Menghampiri 2020 (yang ternyata wawasan Mahathir yang gagal kerana sikapnya yang tidak bersih, tidak cekap, dan tidak amanah), Atoq terpaksa buat ide baru untuk menutup kegagalan.

Itu yang tiba-tiba keluar filem M for Malaysia untuk sanjungkan nama dia.


Sayang filem itu tak laku hingga terpaksa di arah sambung 14 hari lagi.

Mana tidak orang tak minat, asyik temuramah Mahathir saja.

Rating Mahathir sudah bawah 20% dikalangan orang Melayu, siapa nak tengok.

Ditimbulkan gagasan baru.


Kononnya ia kembali ke zaman kegemilangan.


Bukankah zaman itu Malaysia susah dan sedang berkais-kais untuk bangunkan negara?

Yang gemilang adalah Tun Razak yang bangunkan negara dan bina program dan institusi bantu rakyat yang dihentikan dan diswastakan Mahathir?

Program yang cuba diteruskan Dato Najib pun dibatalkan dan dia difitnah dihina dan dizalimi!


Dulu MCA dan MIC setuju dan sokong Tun Razak, tetapi Lim Guan Eng jelas tak selesa dengan ide ini.

Ingatkan Shared Prosperity ini hebat, tapi rupanya ciplak dari World Bank.



Membantu B40 sudah dijalankan Najib tanpa bising-bising, lancar-lancar dan Kongres Maaruah Mahathir yang diauta sebagai maruah Melayu.

Kalau iye pun, tukarlah jenama lain dan tidak tiru World Bank kerana pastinya tidak diciplak bulat-bulat.

Bila ditanya kenapa Shared Prosperity libatkan Cina, Mahathir kata, "Melayu mana ada duit?"

Kalau begitu, ini hanya program lama Mahathir yang gagal dinamakan Smart Partnership.

Wow! M for Mahathir, Menangis dan Menipu

Tiada ulasan: