![]() |
| Sampai lewat malam tadi Hasan Malek bekerja keras |
Dalam suatu sidang akhbar lepas Mesyuarat Kainet semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup. Ia bertujuan untuk menangani setiap isu berkaitan kenaikan kos hidup rakyat.
Sidang akhbar yang dihadiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri yang ada, yang sebelum dan suatu masa dulu memberitahu semua menteri akan turun padang untuk melihat secara lebih dekat masaalah kenaikan kos hidup rakyat dari perspektif portfolio. Butiran berita di Utusan Malaysia di sini.
Harap kesemua Menteri-Menteri heret sekali Dato Idris Kangkung, Dato Omar Kangk-Ong, Dato Dr Jamaluddin Kangkung dan Punahsihat-Punahsihat yang telah merangka polisi hingga menjejaskan kehidupan rakyat.
Jangan lupa heret sekali con-kangkung-con-kangkung Konsultan Ethos Con-kangkung, McKangkung & Co., Boston Con-kangkung Group, Booze, Kangkung & Hamilton, Frost & Kangkung, dll yang hanya fikirkan untuk dapat laba yuran con-kangkung.

















