Sabtu, Mei 26, 2007

Satiris Yang Bisa Marah

Husin Lempoyang mungkin hanya blogger satira yang cuba menceritakan kelucuan disebalik peristiwa dan mempamirkan peristiwa disebalik kelucuan. Menulis satira rupanya lebih susah dari menulis esei. Bukan mudah rupanya mengukirkan senyuman untuk menyampaikan pengajaran dan kritikan dengan beradab dan bersopan.
Husin Lempoyang masih belum ahli dan tidak halus dalam berkarya. Husin Lempoyang insan lemah yang adakala tewas dalam menguasai emosi dan adakala terlanjur adab sopannya. Husin Lempoyang tewas dan terlanjur kerana ia masih manusia yang ada perasaan. Husin Lempoyang bisa marah dan melemparkan kata-kata apabila agama, bangsa, dan tanahair di fitnah dan tomah.

Hari ini, volcano Husin Lempoyang meledak dan digegari suratan dan siratan disebalik buku "May 13". Dalam kemarahan, Husin Lempoyang masih tidak meninggalkan adab sopan untuk mengucapkan terima kasih dijemput dan diberi laluan untuk lava nya mengalir lalu.
Kali ini, Husin Lempoyang tidak berjenaka mendagangkan orang tapi marah kepada orang yang berniat mahu mendagangkan orang dengan menjemput penjajah baru. Jemput mampir membaca tulisan Husin Lempoyang bertajuk "Buku "May 13", Singapura dan Neokolonialisma" di blog "13 Mei: Dari Kacamata Melayu."

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Busan akuk lama doh tork gi. Dengau katerk babi pun dah "ramai" carik makank sukek sangat tinguk kayuk jatuh.