Jumaat, Mac 28, 2008

Khalid Ibrahim Digalakkan Menyanyi

Masih ingatkah anda syarahan berikut di Ijok?



Itulah syarahan di mana sebagai calun PKR, Khalid menyokong BN. Memang melucukan. Namun, mungkin tidak adil apabila kita menggunakan kelemahan seseorang dan kesilapan tersasul ke atas seseorang itu, terutama untuk merendah-rendahkan seseorang.

Kalau ditanya-tanya mereka-mereka yang bekerja di Permodalan Nasional Berhad (PNB) sezaman dengan Khalid Ibrahim, mereka akan mengatakan, "Apabila Khalid Ibrahim bercakap, akan sampai tahap di akhir-akhir dimana ayatnya tergantung tak habis. Kita orang staf kena pandai mengagak apa yang dimaksudkan. Kalau tidak faham, dia mengaruk. Dia kalau mengaruk ...."

Selebihnya itu, Husin tidak mahu sebut. Itu adalah kelemahan orang yang semua dari kita ada. Biarlah itu menjadi rahsia pada Husin.

Senang cakap, Khalid memang gagap.

Sebelum para pembaca menghentam Husin dengan pelbagai kritikan dan tomahan, biar dikatakan Husin suka cakap sebenar dan tidak perlu berselindung. Gagap itu memang kekurangan tetapi ianya bukan semestinya buruk. Sebenarnya ada banyak kelebihan pada orang gagap. Bila dia bercakap, dia akan lakukan dengan perlahan dan jelas. Sifat gagap menjadikan mereka ini sangat ekonomi dan efisyen dalam apa yang ingin disebut.

Kita yang mengetahui kelemahan mereka, jangan suka menyentap orang gagap yang sedang bercakap. Kasi mereka peluang menghabiskan apa yang ingin diluahkan.

Disebalik kekurangan orang gagap, tuhan memberi mereka kelebihan berfikir yang tersusun. Mengikut orang-orang PNB, Khalid ini bijak orangnya. Mereka sering berkata, "Khalid berfikir lebih cepat dari dia bercakap. Ini menjadikan ayatnya tergantung kerana apa yang difikirkan untuk bercakap dah jauh ke hadapan meninggalkan apa yang disebutnya."

Sekali lagi, Husin tidak memperolok-olokkan kelemahan orang. Selama ini, janganlah salah sangka. Sepupu best friend Husin pun gagap. Ada kenalan Husin di kedai teh tarik di kawasan perumahan itu bukan gagap, tetapi sengau. Kena banyak sabar dengan orang sengau kerana kena buat-buat faham apa disebutnya

Sejak semalam, Husin terpinga-pinga memikirkan apa yang "tidak habis" disebut oleh Khalid semasa mengatakan ada sebahagian dari ahli exco yang tidak mahu membuat deklarasi harta kerana atas sebab-sebab keluarga'. Orang di Malaysiakini.com dah mula mengaruk ini

Seingat Husin, pada tahun 2004, Dolah Badawi suruh semua ahli Kabinet mengisytiharkan harta tetapi dia enggan mengisytiharkan harta keluarganya. Susulan dari itu, ahli-ahli pembangkang terus menembak. Malah, Husin yang menyebelah parti pencadang ..... eh macam debat sekolah pulak ... parti pemerintah pun menegur dengan cara halus masing-masing.

Maka Husin terfikir, apa yang di dalam fikiran Khalid Ibrahim semasa menyatakan itu. Pastilah dia sudah jauh memikirkan perkara ini yang berlaku pada tahun 2004.

Khalid pun pasti tidak setuju cara orang "parking" harta masing-masing di dalam entiti yang mana menggunakan nama keluarga di hadapan. Dia pasti mengutuk perbuatan tidak gentlemen untuk meletak harta di dalam nama keluarga untuk menyelamatkan apabila bankrup. Pasti dia juga menentang jika ada exconya yang memperolehi harta dengan cara kegiatan haram.

Adakah ini kesilapan dari sifat gagap atau ada sesuatu yang cuba di surok? Kalau ini masaalah dari gagap, Husin mencadangkan Khalid baiki masaalah ini dengan menyanyi. Ini ada disebut sebagai terapi untuk kanak-kanak yang menghadapi masaalah gagap. Untuk mendapat maklumat lanjut, baca artikel "Menyanyi kurangkan gagap" di Utusan Malaysia semalam.

Disebalinya menyanyi boleh mempunyai maksud yang lain. Kalau kita biasa menonton filem gangster, sering ada kata frasa yang disebut oleh polis atau gangster kepada penjahat yang ditangkap atau mangsa, "Start singing". Ia bermaksud cepat mengaku. Faham-faham lah tu ....

Wow! Menjual orang gagap pun lagi untung dari jual unta.

9 ulasan:

Money4Free berkata...

gagap, buta,kudung,pekak,bisu atau apa saja kecacatan bukan sebagai penanda aras tahap keintelektualan seseorang.

Tanpa Nama berkata...

HUSIN...
hang jangan juai unta gagap dah laa..

Tanpa Nama berkata...

MB Selangor ini macam melepaskan geram kat rang ladangnya nampak. Ini dicadangkan pulak kena bayar RM9.00 sebulan untuk seorang pekerja asing. Dah miskin sangatkah Selangor sekarang atau tengah collect duit untuk tunai manifesto kempen.Balik-balik businessman yang kena padan muka marin pergi fund kempen dia orang sekarang sendiri kena bedah.
Kerajaan Selangor mesti ingat kita sebenarnya kekurangan tenaga kerja dan orang tempatan tidak berminat dalam sesetengah bidang oleh itu pekerja asing digunakan untuk mengurangkan kos menstabilkan kos pengeluaran juga, Jadi jangan pulak majikan dijadikan mangsa. Banyak cara kerajaan boleh mengutip hasil. RM9.00 sebulan diibaratkan dengan 3 bungkus nasi lemak (BODOH punya MB) sahaja. Kalau majikan ada 200 pekerja itu dah RM1,800 sebulan bang oi boleh dah buat belanja dapur. Kan nak bagi 20 meter padu air percuma RM11.10 (lebih kurang sebulan ) suruhlah semua keluarga tampung itu kan kurang dari 4 bungkus nasi lemak.

Kelakar sungguh bila dapat pemimpin BENGAP tahap satu ini.

Tanpa Nama berkata...

Aku tengok gaya MB selangor cam Gus Dur la plak...

Tanpa Nama berkata...

HUSIN,
Tun kata carilah calon yang bersih dan bukan TUNGGUL KAYU...mungkin ini juga satu DOA..
MAKA...samada yang menang dari apa parti sekalipun...harap2 mereka bukan TUNGGUL KAYU...
at least Khalid dah mula mengorak langkah ..ada idea lah tuu..macam Tun baru jadi PM dulu...ramai yang komplain...tapi tahap orang yang bijak dan cepat fikir ni lain sikit..DAN...dah nampak ada ciri2 pemimpin berkarisma seperti Khalid (PKR) dan Muhyidin (UMNO)...pemimpin masa depan...MEREKA BERDUA BUKAN TUNGGUL KAYU...

Tanpa Nama berkata...

HUSIN,
Tun kata carilah calon yang bersih dan bukan TUNGGUL KAYU...mungkin ini juga satu DOA..
MAKA...samada yang menang dari apa parti sekalipun...harap2 mereka bukan TUNGGUL KAYU...
at least Khalid dah mula mengorak langkah ..ada idea lah tuu..macam Tun baru jadi PM dulu...ramai yang komplain...tapi tahap orang yang bijak dan cepat fikir ni lain sikit..DAN...dah nampak ada ciri2 pemimpin berkarisma seperti Khalid (PKR) dan Muhyidin (UMNO)...pemimpin masa depan...MEREKA BERDUA BUKAN TUNGGUL KAYU...

Tanpa Nama berkata...

Penyanyi rocky din seorang yang gagap apabila nyanyi lancar saja sebab menyanyi memang terapi yang baik untuk si gagap namun si gagap dengan si sengau adalah berguna lagi dari si sengau.org sengau selalu mengambil kesempatan ke atas kesengauannya itu.

si anon yg mengomen tentang sikap si gagap yang dikatakan bengap itu sebab mengenakan levi rm9 ke atas pekerja asing tanggapan si anon memang salah bukan lagi salah malahan si anon ini adalah cyber trooper umno bangang.sy bukan penyokong mana2 parti saya melihat di atas keuntungan rakyat.nah sekarang syed hamid dr umno dah mula gelabah mengenai permohonan pekerja asing yg meminta taraf PR.mungkin si anon yg komen sikap si gagap yg bengap kenakan levi itu adalah pekerja asing atau bini dia merupakan indon takpun bangla.
saudara anon mengomen pakai kepala lutut dengan tidak membuat sebarang penyelidikan tentang minat warga tempatan dalam sektor buruh binaan.kalau saya nak huraikan di sini terlalu panjang.biarlah saya pun jadi mcm si gagap dengan meninggalkan ayat ini `SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL`KURSUS UKUR BATA BINAAN`.

si gagap ini dulu pun orang umno tapi sy lihat buat permulaan langkah2 yg dia nak buat memberangsangkan.perkara2 yg memberangsangkan elok juga kita sokong.perkara yang mendatangkan bangang kita tentang.
tak gitu sinn....sinnn jangan tulis benda yang menyebabkan sinn menjadi bangang iyer...
JANGAN JUAL UNTA SENGAU.

Tanpa Nama berkata...

Melayu haprak memang camtu... peleceh, perlekeh kekurangan orang. Itulah satu-satunya bab yang orang Melayu haprak amat terlalu maju.Takde bangsa lain dalam dunia sehebat Melayu haprak.Kalau kalah accept defeat graciouslylah.That makes one more respectable. Biar gagap, biar buta asal tak buat apa yang pemimpin yang sempurna yang tak gagap amat cekap lakukan iaitu songlap duit rakyat atas nama memajukan negeri...aku meluat baca komen bloggers yang jumud...kurang intelek!

orangkampung berkata...

Sdr Husin Melompang,

Gagap ni mungkin banyak sebab.

Ada gagap bila nak berucap.

Ada gagap bila nak bercakap.

Ada gagap depan mak we.

Ada gagap depan pak mertua. Ini kerbau jadian kot.

Ada gagap sengap.

Ada gagap bengap.

Tapi ok la dari orang tidor lena memanjang.

Gagap kampungan.