Isnin, September 15, 2008

Besok Sept 16: Macam nak mula lompat tapi ...

Besok September 16 Anwar mesti PM

... Kalau tidak, dia janji resign lusa.

Dah mula dah! Dah mula!

Tak boleh buat apa-apa

Satu Menteri letak jawatan dah.

Betul letak jawatan. Bukan kerana nak ditukarkan menjadi Menteri Hal Ehwal Agama. Betul-betul letak jawatan.

Khabar angin dia akan lompat parti ke Pakatan Rakyat. Pemikiran pun seiring dengan agenda parti tertentu dalam Pakatan Rakyat.

Lepas ini bermulalah yang lain akan lompat. Besok Anwar jadi Perdana Menteri lah! Malam ini ada perhimpunan di Shah Alam. Anwar akan datang dan berucap. Mesti dia umumkan kerajaan baru.

Dolah pun dah goyang, tunggu masa nak turun. Selama ini, orang kata dia bersekongkol dengan Anwar, berlakun baik punya. Penghantar paspot pun dah tolong kasi orang menyampah kepada dia supaya memastikan Anwar menang di Permatang Pauh. Mesti dia kasi pada Anwar.

Tapi Dolah relaks saja. "Tidak ... tidak ... tak ada lompat."

Dolah ni jangan relaks saja. Siul buat muka sardin dia.

Dia hanya berkata, "Tak ... tak perlu saya terbang ke negeri Menteri ini. Tak perlu saya kasi projek RM1 billion. Tak perlu nak nafi berkali-kali kepada suratakhbar."

Woi!

Dolah ni Kau ni gila ke buat tak tahu aja. Nanti yang lain ikut. Eh siapa Menteri tu?

"Pak Lah tak kisah. Zaid Ibrahim nak lompat ke DAP tapi mereka pun tak mahu ambik. Dia tak ada kerusi ...."

Malu ... sori Dolah.

Khairy jadi Menteri ke? Dia kata perubahan ini lebih penting. Perubahan pucuk kepimpinan tak selesai masaalah. Ye ke, Keri? :)

Tak boleh tegur keputusan Kabinet. Ye ke, Keri? :)

Kasilah can dia merasa jadi Menteri. Buah nangka nak tunggu jatuh dalam beberapa hari lagi. Dapat jadi Menteri untuk beberapa hari. Dapat tambahkan resume yang pendek untuk cuba cari kerja.

Wow! Baguslah cool. Asal kemudian tidak flip flop. Menunggu alasan Anwar ...

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hehehe ... DAP pun tak mahu pasal tak ada kerusi.

Thats a good one, Husin.

Berakhirlah Zaid Ibrahim, kawan baik kamu.

Lepas ni tak ada lagi Menteri Hal Ehwak Ex Gratia!

Sekejap lagi, Khairy punya turn letak jawatan.

Mukhriz naik Naib sementara.

Dolah balik ngajar ngaji di Kepala Batas.

ALI MAIDIN berkata...

Lempoyang, pas pun ada 2 geng la ni. Geng beriman 16 september dan geng tak mau 16 september berjaya. Hang ada teropong ajaib, tolong tengok sikit. apa ceritanya.

Tanpa Nama berkata...

Takpe Sin, kalau tak 16 September tahun ni, tahun depan kalau tak lagi tahun satu lagi. Kan tiap-tiap tahun ada 16 September. Kawan paling pandai dapat jadi Hero Hindraf bila bayar ex-gratia dan sekarang jadi Hero DAP pulak sebab bantah ISA. Bestnya tak payah nak jelas berapa banyak bayar untuk ex-garatia sebab duit tax payer ma.
Uncle Samdol tak risau sebab dah banyak koridor dibuka jadi tak jadi masalah nak lompat. Kan macam rumah banyak tingkap senang nak lari.

Tanpa Nama berkata...

zaid brahe letak jawatan? bagus lah he is so insignificant dalam dunia politik tanahair. ibarat macam tungau dalam guni beras, ada pun tak menambah, tak ada pun orang tak kesah....good riddance.

john labu

Gelombang Rakyat berkata...

Macam mana tak relaks. Dia dah merasa duduk di situ.

Orang lain yang belum merasa kerusi empok tu lah yang menggelabah.

Sutera Timur berkata...

Pak Husin,

Panas ke kerusi dia tu?Sampai nak letak jawatan.Baru Syed Hamid gertak sikit dah merajuk ke?Susah juga tua-tua merajuk.... Itulah lain kali duduk diam-diam jaga hal rumah kita sudah la ...rumah orang buat apa nak ambil tahu.....macam kita bagus sangat la tu......

sila lawati sutera_timur @yahoo.com

untuk bertukar-tukar info.....

Tanpa Nama berkata...

Tak payah tunggu lagi dah. Banyak sangat dah alasan, mula2 dok tunda, bagi alasan..Lepas tu sekarang ni nak tangguh pulak, bagi alasan lagi..Semua dah kena main dengan si Anwar ni. Yang berharap dan masih menunggu dengan penuh setia dan kepercayaan hanyalah pencacai2 dia yang dah termakan nasi kangkang dia je.

Tanpa Nama berkata...

Biasalah Nuar. Politik kacau..

Trik dia.

1. Buat huru hara macam besok nak kiamat.

2. Bila orang dah kacau, dia yang 'caring' kununnya pembela nasib petani, nelayan, orang iban, bajau dsb.

Negara dah maju, poltik kacau hanya diterima sebilangan orang kacau.

Esok masih ada lagi, bukannya kiamat macam digambarkan Nuar kpd orang yang tak sedar 'dimacainya'.

"golongan petani, pekerja kilang, pemandu lori" helah si kitol.

Tanpa Nama berkata...

memang patut zaid tu berenti, buat kecoh je. Lepas tu tak reti nak settle