Jumaat, Januari 30, 2009

Orang Minang jual sikat


Susah jadi saudagar unta yang jual orang. Bila ana jual orang, misti ada tak suka. Ada kala kena marah. Tapi ada yang sporting, dia cuma sebut ... celaka kau Husin ... hehehe. Pastinya ada yang ketawa. Sahidul sahabat ana sudah 130. Terima kasih.

Ada satu parti lawan tu tak boleh dijual idola mereka, melenteng macam orang tu maksum seperti Nabi Muhammad yang dilindungi tuhan dari dosa. Tak sporting pun. Padahal najisnya tersebar sekeliling bandar hingga tak boleh tutup.

Kalau jual orang dari kaum Cina dan India, melenting dan macam Jesse James pistol dia pantas dan panggil rasis. Husin sindir Melayu semasa mengucapkan Laya Cina, kena tembak rasis dan tertinggal abad.

Jual Tony, pun ada ingat Husin jual keling. Ana jual Tony nama Portugis, tapi koliang perasan diri orang putih. Pungkoq masih hitam legam.

Boleh kalau mahu debat panjang-panjang, boleh. Tapi Malaysia Today tahan orang Melayu dari komen di portal mereka. Takutlah tu. Mereka ni sebenarnya lagi rasis dan tidak ada tolak ansur. Menyalak, mengaruk dan menyondol saja.

Hari ini ana nak jual orang Minang. Kalau ana kena marah, biar orang Minang saja marah sama ana. Isteri ana pun orang Minang. Kadang-kadang dia senyum dengan cerita ini dan kad-dang kad-dang dia marah. Bila marah, kenalah pujuk.

Orang Minang memang bangsa pedagang dan peniaga. Mereka ni rajin, tak macam orang Ali Rustam yang dondang sayang sebelum padi masak.

Mereka terkenal dengan restoren makanan padang. Selain itu, mereka berniaga menjahit, baiki kasut, gunting rambut, meruncit, perusahan keropok jangit, kueh-kueh, dan lain-lain perniagaan dan kemahiran. Nasib baik, orang Minang tak jual burung dan barang-barang ukiran macma Abdul Wahab dan Abdul Wahub. Kalau tidak, dah lama orang Minang kena jual.

Mereka ni suka tolong menolong sesama kita. Orang Mianang tak henti henti tolong bawak sdara mereka dari Sumatera.

Selalunya orang Minang berjual beli sesama dengan orang Minang dengan harga lebih murah. Bila dia sebut "orang awak", paham-pahamlah harga mesti special. Betul macam orang Cina sesama orang Cina.

Dengan orang lain, tak ada tawar menawar. Sikit saja dikurangkan. Kadang-kadang kena jual ada. Macam sesetengah-setengah peniaga orang Cina.

Ada satu Duta berdagang impot pekpot untuk kerajaan cerita sama Husin mengenai orang Minang. Cerita orang Minang jual sikat di Chow Kit.

Masa itu, fesyen baru sikat adalah sikat plastik yang menyerupai sikat kulit penyu. Peniaga Minang ini pun menjerit, "Mari tuan-tuan dan puan-puan! Sikat! Sikat! Baik punya sikat! Sikat baru! Fesyen baru!

"Ini sikat macam sikat kulit penyu. Warna serupa.

"Sikat ini sangat kuat. Sikat ini mudah dilentuk. Senang untuk mengikuti bentuk kepala.

Sambil melentuk-lentukkan sikat tu, "Lihat sikat dilentuk tak patah kuat. Lentuk kanan tak patah. Lentuk kiri tak patah. Lentuk depan tajk patah. Lentuk belakang ..."

Snap! Bunyi sikat itu patah.

Tanpa ambil napas dan tidak melihat kiri serta kanan, skrip jualannya terus berubah.

"Lihat tuan-tuan dan puan-puan! Mutu barangan ini baik.

"Bagus punya plastik. Luar warna perang. Dalam pun warna perang. Saya sudah patahkan untuk tunjuk. Lihat! Lihat! Lihat! ..."

Itulah nama dia sau-da-garrrr.

Wow! Ana saudagar juga, saudagar jual unta secara halal dan secara sambilan jual orang.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha hang saudagar unta yang jual orang dan kaki temberang... Wa suka sama lu Sin....

Terongpipit berkata...

Teruskan coretan mu, Sin.
Makin pedas makin sedapppppppp..... tapi tak sedap bagi yang kena cubittttt... kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

husin tak sembahyang ke.hahaha

sin, rembau tu minang tak? wa nak jual org rembau la rasanya hahaha.

Cucu Tok Selampit berkata...

Baguih la lu Husin. Dapat bini orang Minang. Dengaq kata lawa-lawa. Betui ka? Macam mana pun, lawak hang ada klass.

chuaw@i berkata...

Ada satu cerita orang Minang nak datang Tanah Melayu, naik tongkang tiba-tiba hujan lebat dan ribut. Mereka bernazar Ya Tuhan kalau reda ribut dan kami selamat smapai kami akan tumbang kerbau se ekor. Tup tup kuasa tuhan hujan ribut pun reda, dan selamat sampai lah mereka. Bila dah sampai mereka cakap Cis mana ada hujan ribut tak berhenti yer tak? Tak jadilah nak korban kerbau.

Betul ke cerita ni abang Husin??

Tanpa Nama berkata...

atuk husin ajukan citer ni pada siapa? tak paham ler.... tq

Tanpa Nama berkata...

Husin, dulu hank kata bini orang johor, kali ni org minang pulak. Hank ada berapa bini sin?

Tanpa Nama berkata...

Sin ...

Sekarang ini sin orang Minang nak jual Labu pulak . Sikat2 tak main ar..lambat kaya .

Pak Mat Tempe berkata...

En.Husin, Orang minang memang bijak dan kreatif. Asal usul minang tu kan minangkabau. (maksudnya menang dalam laga kerbau), Asal cerita nya entah betul entah dongeng , wak nak tambah cerita sikit dimana si A (jawa)punya kerbau jantan yang paling kuat didaerah itu. takde sape yang berani lawan dia . kalau bertaroh confirm kalah. Satu hari jawa ini mencabar siapa berani lawan kerbau dgn dia.Cabaran beliau disambut oleh siminang. Punya tinggi akal si minang itu dia beli anak kerbau sedang menyusu dan asingkan dari ibunya sehingga 24jam tanpa susu ibu. Sampai hari perlawanan dia pasang pisau tajam macam tanduk kat kepala anak kerbau itu (memang dipersetujui dalam perlawanan tu macam wrestling 'no disqualification' sebab si jawa tak takut, very confident menang.
Kerbau jantan yng perkasa dengan body berketul2 tu pun bersedia untuk masuk gelanggang dengan sombong (bukan kerbau tapi tuan dia yang sombong)memandang sinis kat siminang dan anak kerbau tadi. Dalam fikiran jawa tu, biar betul siminang ni pendek akal ke kurang siuman ke ape, laga anak kerbau masih berhingus dan menyusu pulak tu dgn kerbau dia yang gagah perkasa.
Pengadil pun mulakan perlawanan. Bila kedua nya dilepaskan kegelanggang sianak kerbau(yang 24jam tak menyusu )meluru kearah bawah anu kerbau jantan tu sambil menujah2 untuk menyusu . puas kerbau jantan itu mengelak tapi tak berjaya. Pisau dikepala anak kerbau yang diasah tajam oleh si minang tu menembusi perut kerbau jantan termasuk anu nya. Apalagi cedera parah lah kerbau jantan tu. Pengadil terpaksa memberhentikan perlawanan dengan kemenangan diberikan pada anak kerbau dan siminang itu. apamacam sin apa morale of the story(sombong, overconfident,strategi dlm perlawanan)

Tanpa Nama berkata...

Tony Fernandes tu orang minang ke?

Tanpa Nama berkata...

Sin.. apa kata hang masuk pertandingan Raja Lawak Astro.. Wa yakin hang boleh tibai semua dgn lawak hang ni.... Lawak hang ni ada makna yang tersirat untk tatapan umum....Apa kata, hang bukukan dan jual, untung tu boleh kasi sikit kat saudara kita di Gazza tu utk beli senjata menentang Israil dan apabila aman nanti tibai pulok sesama sendiri.. hehehehe

Tanpa Nama berkata...

sin,

gua caya lu..teruskan. gua baca lu selalu dan enjoy!

pahit manis

Tanpa Nama berkata...

Hang ni Pak Husin woi tak pernah kering idea kot noooo....? Apa pun hang boleh jadikan idea untuk menulis.... syabas la nooo..

Tanpa Nama berkata...

Sin,

Anak Kelin perasan Mat Saleh punya projek Labu Peram dah kantoi... Syabas beb...

Tanpa Nama berkata...

Orang Minang memang bijak mengalas maksud. Kalau orang lain terkurung di dalam, orang Minang boleh terkurung di luar. Perbilangan adatnya pun panjang berjela hingga dibukukan. Ramai yang tersalah anggap, bila disebut "biar mati anak, jangan mati adat", bukannya Adat Perpatih yang dimaksudkan adat di situ. Arwah Tan Sri Samad Idris dulu bercerita panjang mengenai hal ini. Tapi kisah Jawa kalah laga kerbau dengan Minang tu sensitif kat pak Usin ni, mencabar ketuanan Jawanya. Yang musykil sikit, pak Usin ni masuk suku juga ke mana masa kawin dengan bini orang Minang ni?

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang tak racist? Bezanya cuma sesetengahnya nyatakan dengan jelas, sesetengah lagi malu atau takut nak luahkan. Dalam hati sebenarnya ada racist. Itu memang sifat semulajadi manusia.

Yang perlu kita lakukan ialah membentuk jatidiri daripada sifat racist ini. Apa nak takut kita racist, bukan berdosa pun selagi kita tidak membawa sifat racist itu ke arah yang negatif seperti Hindraf...!

Teruskan berkarya Sin, jangan takut pada mereka yang hipokrit!

Teringat Sanusi junib....orang minang tu....tapi sikat dia tak patah-patah. hebat memeber tu.

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Jual apa2 pun bagus... janji halal :-)



























Suara generasi Baru
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

IndukYati berkata...

Sanusi Junid tu asalnyer org Aceh..family ramai kat Yan sana,
-Biasolah Uncle Husin,kawan kawan den yang orang Minang,rame yang pandai berniaga,simpan duit cukup pandai..
-agak agak kalau Rosmah Mansur nak bagi hadiah sikek kat Najib,camno romannyer sikek tu yor!!

Tanpa Nama berkata...

Saudagar Husin,

kawan2 kata, org minaang ni mcm org cina dan kelantan jugak. Kuat menipu dan membelit. Di lambong dak pacah, terampeh balum tau..kok di kurung biar kito di luar, dia jo yang nak monang. Dio samo dio kalau jumpo, kita di tinggalkan.Bilo nak tanyo pado kito, pagi lagi dia dah sampai..kalau tidak, hampeh minang ni.

Detguaq berkata...

Salam,

akobLempoyang berkata...

Siapa yang tak racist? Bezanya cuma sesetengahnya nyatakan dengan jelas, sesetengah lagi malu atau takut nak luahkan. Dalam hati sebenarnya ada racist. Itu memang sifat semulajadi manusia.

Yang perlu kita lakukan ialah membentuk jatidiri daripada sifat racist ini. Apa nak takut kita racist, bukan berdosa pun selagi kita tidak membawa sifat racist itu ke arah yang negatif seperti Hindraf...!

Teruskan berkarya Sin, jangan takut pada mereka yang hipokrit!

Teringat Sanusi junib....orang minang tu....tapi sikat dia tak patah-patah. hebat memeber tu.


Kalau Sanusi Junib(Junid)yang berkepala botak yg tuan maksudkan, dia adalah orang ACEH. Banyak suku-sakat dia kat Jerai terutama diYan. Dato' Bad, YB Ku Rahman, Kekanda Ku Razak, Hj Fadillah Ali dan ramai lagi adalah dari kalangan orang ACEH, jgn lupa mereka juga berasal dari MALAY ARCHIPELAGO