Jumaat, Mei 29, 2009

Bekas Menteri cari adik kembar di Hong Kong

KUALA LUMPUR Mei 29 – Bekas Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Tan Sri Rafidah Aziz akan berangkat ke Hong Kong dalam usaha mencari adik kembarnya.

Menurut Rafidah, penyiasatan yang dilakukan telah menemui bukti adik kembarnya kini berada di Hong Kong. Adiknya telah dikesan akhir bekerja dengan sebuah syarikat produksi filem dan televisyen.

Gambar: Rafidah (kiri) semasa Persidangan Agung UMNO 2009. Lydia Shum (kanan) pelawak lawak terkenal Hong Kong

Sumber-sumber menyatakan kemungkinan besar adik kembar Rafidah adalah pelakun lawak terkenal Hong Kong, Lydia Shum.

Semasa ditanya wartawan, Rafidah berkata dia diberitahu tentang kewujudan saudara kembarnya beberapa tahun lepas. Usaha untuk mencari adik kembarnya itu tertunda kerana kesibukan tugas.

“Ini mungkin rahmat disebalik saya tidak terpilih menjadi Menteri dan Ketua Wanita. Kini saya dapat menghabiskan masa dengan keluarga dan membuat perkara-perkara yang tidak sempat lakukan seperti ini,” kata Rafidah.

Rafidah akan berangkat ke Hong Kong dalam beberapa minggu lagi.

Beliau memohon sesiapa yang mempunyai maklumat tentang adik kembarnya untuk menghubungi pejabatnya. – Agensi Husin Lempoyang

24 ulasan:

Lord Garam berkata...

He..He..He

Merbawi berkata...

hahahaha.....! Ada kemungkinan Dato berlakun ke, sebagai memenuhi banyak masa lapang?

zool berkata...

Ha ha .. memang lucu sekali... Jgn kena saman sudahlah husin oit

Burung Jambul berkata...

Husin ,

Chin Peng kominis nak balik ke Perak pasal nak jumpa anak saudara dia Nizar Bintang Tiga kerana dah lama terpisah .

baLdi MeraH berkata...

adik kembar dia dah meninggal da..2 tahun lepas kot

tak paham berkata...

aku tak paham lah posting ni, apa kena mengena dengan perkembangan terbaru

Awanama berkata...

Lidya sum tu dah lama meninggal la

myQza berkata...

yup!! lydia dah meninggal... camne kakak kembar die boleh x tau!!!

atau husin yg ketinggalan zaman??

jawa peranakan berkata...

HAHAHAHAHA!!! AMAT KOMEDI ENTRY NI!!!

APA?! DAH MENINGGAL?!

WAH..SEDIH LA KAK PIDAH BILA DAPAT TAU ADIK YANG DICARI DAH MATI..

Unknown berkata...

Hahahahahah.....bang...sampai menangis di buat nye!

Awanama berkata...

PI dia tak cekap ... cacam BPR siasat kes share Universal Cable

Melayu Tak Lupa

Rafila berkata...

Betul2 2009 annus horribilis.

Hilang jawatan menteri, ketua wanita dan baru tahu adik kembar meninggal.

Jagalah suami yang sakit tu, Pidah. Tak akan out source lagi.

Mohd Sufian berkata...

Dah agak dah. Kahkahkah.

Haji Bakhil berkata...

Kah kah kah ... ha ha ha ha ha ... sakit perut tak tertulis komen.

Aku dah agak, Husin kalau dia slow aja. Adalah benda dia nak keluarkan.

Awanama berkata...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Awanama berkata...

Download Forum Poster V3 3.0 at FileAfro.com

http://www.fileafro.com/view_forum-poster-v3-30.html

Unknown berkata...

adik kembar Rafidah bukan Bujang Senang di Sarawak tu ke?

Syeikh YB berkata...

udah2 la usin ooi.bila ler ko nak gi minta maaf ngan dia?ingat percuma ker kutuk2 org?mesti ada bayaran dan harga perlu dibayar.bertaubatlah kau dan aku.

Awanama berkata...

dari sumber risikan yang dibuat...kedua-duanya membeli cermin mata tu kat e-bay

Awanama berkata...
Ulasan ini telah dialih keluar oleh pentadbir blog.
Awanama berkata...

hello... you may submit this blog to my webBlog Directory, keyworddir.info.. have a nice day!

Keyword Directory

Awanama berkata...

Sibuk jadi Menteri ye ... sampai tak ada masa nak cari adik dan urus keluarga.

Itu yang orang kata pompuan kalau jadi ahli politik, mesti pejenis yang lawan boleh cakap suami.

Abis tu macam nak keluar dan buat kerja politik.

Hidup Kak Min

harmdone7 berkata...

Husin, Lydia Shum dah meninggal agak2 setahun dua lepas...

Awanama berkata...
Ulasan ini telah dialih keluar oleh pentadbir blog.