Selasa, November 24, 2009

Kenaikan harga minyak belum jejas barangan harian


KUALA LUMPUR Nov 23. – Berikutan kenaikan kembali harga minyak di pasaran antarabangsa, pengguna kini resah dengan prospek kenaikan barangan harian.

Seorang pengguna, Nikmati Segar, 45 berkata, peningkatan harga minyak akan membebankan pengguna kerana kos pengangkutan pasti akan naik.

“Peningkatan itu amat membebankan kami khususnya menjelang akhir tahun semasa cuti sekolah dan anak-anak banyak menghabiskan masa melantak di rumah.

“Saya terpaksa berbelanja lebih dengan kenaikan harga barang tetapi tiada pilihan lain,” katanya ketika ditemui di Pasaraya Semblih semalam.

Bagi Robin Kok, 25, dia berharap agar harga barangan dapat diturunkan segera bagi memastikan hak pengguna terbela dan tiada lagi kenaikan pada barangan yang lain.

Menurutnya, setiap sen kenaikan harga bermaksud kerugian bagi pengguna secara keseluruhan.

Seorang lagi pengguna Edy Karen, 47, pula berkata, walaupun harga barang kawalan masih kekal, dia tidak bersetuju dengan kenaikan harga barangan lain memandangkan kenaikan gaji tidak menunjukan peningkatan kerana keadaan ekonomi yang merudum.

Menurutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mesti tegas dalam penguatkuasaan dan menitikberatkan kepentingan pengguna selari dengan slogan mengutamakan rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meyakinkan para pengguna bahawa kenaikan harga minyak tidak lagi menjejaskan harga barangan harian.

Ismail meminta para pengguna supaya tidak panik dan meyebabkan penjual menaikkan harga. Jika berlaku demikian, beliau pun akan ikut panik kerana sudah ada ura-ura beliau akan digugurkan.

Beliau memberi jaminan pihak kementeriaan akan sentiasa memantau dan memastikan harga barangan kawalan sentiasa ditahap harga yang ditetapkan.

Bagi barangan yang tidak dikawal, sebuah jawatankuasa khas yang terdiri dari pakar-pakar ekonomi dan pegawai-pegawai kementeriaan telah ditubuhkan untuk memantau dan merangka satu mekanisma pengimbang harga.

Khidmat nasihat Ethos Consulting telah diperolehi. Ethos adalah konsultan yang pakar dalam berkonsep dan mencadang nama-nama firma-firma konsultan lain dari kalangan firma-firma antarabangsa.

Atas nasihat Ethos Consulting, McKinsey & Co. telah dilantik untuk tugasan ini. McKinsey adalah sebuah firma konsultan Amerika yang hairan sekali mempunyai bidang kepakaran yang begiotu meluas. Mereka memberi khidmat nasihat kepada kerajaan dalam bidang-bidang dari pendidikan kepada pengstrukturan korporat, pengurusan, dan teknoloji maklumat hingga ke cara-cara menukar mentol terbakar.

Laporan preliminary McKinsey & Co. memberitahu harga ayam bersih di Pasar Chow Kit di sini meningkat sehingga RM6.80 sekilogram semalam berbanding harga runcit mingguan yang dicatatkan sebelum ini iaitu RM6 sekilogram.

Sementara itu, laporan mereka m,enunjukan harga susu segar didapati tetap tergantung. Pasaran pisang ditutup bercampur-campur dengan harga turun naik. Struktur harga telor akan kekal pada paras bawah pisang. Harga kacang akan terus tersepit ditengah-tengah. - Agensi Husin Lempoyang

17 ulasan:

archienos berkata...

part yang last tu yang menarik tu..kahkahkah..haram btul..

pukikmakmu berkata...

Memang kepala lucah la ko ni. Gila seks. Tiap2 post mesti ada unsur lucah... bengo.

jalaklenteng79 berkata...

tuan husin
yg last tu kena baca pelan2 baru paham..hahahampehhhhhhh

Pegawai Khazanah berkata...

"Ethos (Consulting) adalah konsultan yang pakar dalam berkonsep dan mencadang nama-nama firma-firma konsultan lain dari kalangan firma-firma antarabangsa.

"McKinsey (& Co.) adalah sebuah firma konsultan Amerika yang hairan sekali mempunyai bidang kepakaran yang begiotu meluas. Mereka memberi khidmat nasihat kepada kerajaan dalam bidang-bidang dari pendidikan kepada pengstrukturan korporat, pengurusan, dan teknoloji maklumat hingga ke cara-cara menukar mentol terbakar."

Kah kah kah ha ha ha ... how true it is. Itu saja yang azman mokhtar pandai.

Oghang Ghombau berkata...

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meyakinkan para pengguna bahawa kenaikan harga minyak tidak lagi menjejaskan harga barangan harian.

Ismail meminta para pengguna supaya tidak panik dan meyebabkan penjual menaikkan harga. Jika berlaku demikian, beliau pun akan ikut panik kerana sudah ada ura-ura beliau akan digugurkan.

Celako kau ... pandai ajo menyelit.

Kalau dia bukan orang angguk KJ pun, tak boleh harap sangat ismail sabri. Dudok jadi backbencher la...

Den harap razali naik full minister
kj kokal tak ado kojo.
Baru putih mato.
Takpo dio pengangur terkaya.

penyamun tarbus moden berkata...

harga minyak naik, harga barang naik, kerajaan dah tak dapat nak tolong banyak lagi kerana duit banyak habis bayar kat ethos consultant yg kerjanya suruh consultant lain buat kerja.

Kerajaan kena bayar lagi consultant lain yg disuruh oleh ethos itu sebab consultant lain tu kerjanya bagi tahu kerajaan harga-harga terkini ayam, pisang dll yg ada kat pasar awam.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
gotahlantun berkata...

bagi eden pekaro hargo barang ni naik, tak lah teraso bona sobab hargo gotah pun turut melantun naik. ha ha

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Milah Endah berkata...

kalau najib nak kokal, kos kehidupan rakyat perlu diatasi.

harga barangan asas perlu kurang. tol, kereta, public transport, minyak, sekolah anak, makan minum, biasiswa, peluang pelajaran dan pekerjaan, sewa, harga rumah, dll.

orang dah fedup. buek apo majo tapi hidup bertambah susah? copek buek kojo.

Tanpa Nama berkata...

Aduhai

Ini barang dapur ke barang bilik ni?

Sin Sin ...

Tanpa Nama berkata...

Salam Pak Usin..

Setiap kenaikan harga brg di Msia ini akibat dari aliran wang yg aktif dlm rantaian pasaran kita..Aliran wang yg aktif ini kerana rakyat punyai kuasa beli yg tinggi dan mampu berbelanja..Kita di M'sia ini bertuah kerana Punyai Wang utk membeli barang yg mahal..

Didunia yg serba global ini kita hanya punyai 2 pilihan utk hidup:-

-Punyai wang utk membeli brg yg mahal atau
-Tiada wang utk membeli brg yg murah

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Antipemborosan berkata...

Saya rasa tidak adil sebagai rakyat terus marah dan menghentam kerajaan bila berlaku sebarang kenaikan harga
barang.


Punca kenaikan harga barang terutama PETROL dan BAHAN API harus kita fahami sebenar-sebenarnya.


Tidak ada kerajaan yang suka menjadi tidak popular kerana masalah-masalah begini. Masalahnya, boleh atau tidak masalah ini diatasi atau dikengkang
dengan mudah dan baik?


Setakat melalak tanpa fakta tak akan menyelesaikan masalah.


Namun, jika awal-awal lagi Ismail Sabri mengambil pendekatan melantik "Ethos (Consulting)`` bagi mengatasi masalah yang tidak mudah tersebut saya hanya dapat mengelus dada.


Saya tidak nampak kaedah itu dalam menyelesaikan masalah harga barang. Yang saya nampak menteri atau mungkin pegawai-pegawai dia yang akan BERTAMBAH BUNCIT PERUT kerana perlantikan syarikat sedemikian boleh mendatangkan FULUS pada diri mereka tapi KESANNYA GERENTI ELEK...


Bodoh siNajib la...walaupun terpaksa ambil Ismail jadi menteri tapi letaklah di tempat yang menusabah. Peguam mana nak faham harga AYAM...(sebab itu ada orang hantar anak ayam ke pejabatnya....hahahahaha), kerana itu agaknya kena tukar kerusi meja di pejabatnya sampai RM200,000 sedangkan kerusi lama Shahrir Samad yang diwarisi daripada Shafie BEDAL masil elok lagi.
Perangai pegawai-pegawai yang dibawa pun BOLEH TAHAN... makluam tak ada kelulusan tinggi dapat gaji riban...

Dafi...tak naik harga minyak pun, album memang tak laku pun. Hahaha

Tanpa Nama berkata...

Rasanya PM patut ambil Tuan Husin jadi menteri hal ehwal pengguna. Idea bernas macam bertih, pandai selongkar dalam kain orang utk trouble-shooting dan bisa buat 'stim' untuk pasti ekonomi terus memuncak. Pasti rakyat feel good dan PM lena tidur.

Rascal

jumaat berkata...

kacang tu rasa sweet sour la sin. mesti ada apa2 dia taruk.