Jumaat, Oktober 05, 2012

Tok Ali kahwin pasti lagi ramai


Husin dapat jemputan Dato Ali Rustam melalui SMS orang kuatnya tetapi hari itu ada macam-macam hal anak dan mak, maka tidak dapat hadiri majlis perkahwinan tersebut.

Majlis Bar-B-Que kawan pun tak sanggup terima jemputan.

Mula-mula ada rakan yang buat lawak kata ini gimik pilihanraya. Untuk memberi rakyat makan, Dato Ali Rustam sudah suruh anak sulongnya kahwin.

"Pilihanraya nak dekat. Ayah nak panggil orang satu Melaka makan tapi ayah tak ada alasan. Satu alasan yang baik iaitu kau kena kahwin wan..." Tok Ali menyuarakan permintaan pada anaknya.

"Baik ayah, Siapa pasangan saya?" jawab anak yang setia pada ibu bapa.

Sebenarnya tidak.

Anak sulong Tok Ali, Mohd Ridhwan, 26 memang sudah bertemu jodohnya dengan Nor Azieha Mohd Ali, 26 juga.

Tok Ali yang Husin tahu dan sedikit-sedikit kenal adalah seorang yang rajin dalam menjaga kebajikan rakyat. Dia seorang yang sangat mesra dengan orang ramai hingga siapa tidak tahu dia tidak boleh tolak mana-mana jemputan rakyat jelata.

Setahu Husin, senang-senang dia menghadhiri 20 jemputan kahwin setiap minggu selama 20 tahun dia jadi wakil rakyat hingga ke Ketua Menteri. Kalau setahun ada 52 minggu, jangan hairan dia dah pergi lebih 20 ribu jemputan kahwin.

Belum cerita lagi dia lawat mangsa banjir, mangsa rumah terbakar, mangsa bencana angin puting beliung, dan lain-lain. Kalau dia tahu sesiapa yang dia kenal jatuh sakit atau dapat anak, dia mesti pergi ziarah.

Orang Melaka kata Tok Ali akan turun untuk lihat sendiri apa saja masaalah yang berlaku dalam Melaka sampai dia dah ada sebelum masaalah nak jadi. Kalau orang kata Tok Ali dah ada sebelum perempuan lahirkan anak dan dia yang sambut bayi,  Husin tak pelik.

Tidak hairan Tok Ali perlu buat majlis kahwin yang besar untuk anak sulongnya bagi membalas jemputan-jemputan yang dia terima. Ini adat, adab dan sopan santun orang Melayu.

Takkan dia tidak ajak kawan-kawan, kenalan-kenalan, dan paling utama buatnya adalah rakyat Melaka itu sendiri.

Kalau dia tidak memilih untuk terima jemputan dan hajat rakyat, mana dia boleh stop orang ramai nak datang memberi penghormatan dan meraikan perkahwinan anak sulong Ketua Menteri kesayangan ramai.

Maka, Husin tidak terkejut langsung Tok Ali boleh terima kehadhiran sampai 130,000 dan dimasukkan dalam Malaysian Book of Records.

Yang tidak sedap adalah bila ada pihak-pihak mempolitik dan membesar-besarkan hal ini. Antara yang mula jadikan isu adalah The Malaysian Insiders yang taukehnya ada hubungan rahsia dengan risikan Singapura:


Tapi yang dengki sekali adalah Malaysiakini yang mula sekali mengeluarkan pandangan awam yang diatur supaya bisa bunyinya. Mula-mula media penerima duit George Soros dan CIA menuduh majlis tersebut sebagai  "extravangant" dan dikaitkan dengan UMNO pula:


Tok Ali diberi tekanan untuk dedahkan kos majlis. Apabila diberitahu dengan ikhlas belanjanya RM600,000, macam-macam ditambahnya:


Dibuat mulut kata Tok Ali anggap RM600,000 itu tak ada benda. Jahat betul ...

Tok Ali patut tak perlu layan tapi dia minta Pegawai Khasnya, MS Mahadevan jelaskan bagaimana dia biayai perkahwinan itu.

Chua Jui Meng pusingkan cerita di Free Malaysia Today sini dan minta SPRM siasat. Malay Mail ada tulis sini tapi sudah belitkan cerita pula.

Tok Ali kata Lim Kit Siang tidak faham bahawa majlis perkahwinan Melayu boleh dibuat besar-besar kerana kita tidak makan jamuan shark fin soup yang berharga RM100 sekepala. Majlis kahwin Melayu boleh hanya berharga dalam RM10 sekepala.

Kerja kahwin Melayu ada adat rewang-rewang dan pasti ramai sedia jadi sukarelawa. Dah kebiasaan masyarakat Melayu datang bantu membantu, sumbang menyumbang dan gotong royong menjayakan majlis kahwin. Inikan pula Tok Ali yang banyak bantu orang. Takkan orang tak bantu.

Malaysiakini lagi kurang ajar bila mereka tuduh ketelusan Tok Ali sebagai angkuh. Mana rakyat Melaka nak percaya Tok Ali bersikap angkuh?


Takkan begitu biadap sampai kata sanggup jual emak. Hal kurang ajar dengan emak sendiri tu bukan budaya UMNO. Itu budaya Pakatan Rakyat yang mana Wan Azizah faham benar pe'el Timbalannya.

Takpa Tok Ali. Dia nak ungkit, kita pun boleh ungkit balik.

Kita boleh keluarkan cerita ada satu kerajaan negeri paksa guna duit Perbadanan Kemajuan Negeri untuk biayai perkahwinan penuh glamour dan eksklusif berharga RM300,000.

Tujuannya untuk pujuk pengantin lelaki bantu beri nama kepada satu Pusat Aeroangkasa Negeri yang lama jadi angan-angan MB yang mahu dibina. Bila dikesan, cepat semua menafikan. Husin tahu mereka paksa kontraktor bayarkan perkahwinan.

Tak tahu, tanyalah Khalid Gagap kalau dia tak sibuk pasal hal Bas Mewah dari duit Lori Sampah. Kah kah kah .... 

Tak baik betul Malaysiakini tuduh Tok Ali sebagai angkuh.

Dia hanya berseluruh kata, "Dia orang ini memang dengki, tak ada kerja lain, Orang hendak datang rumah saya sampai 130,000 pun, apa saya boleh buat. Nasib baik anak saya kahwin, kalau saya kahwin, lagi ramai orang datang."

Memang pasti ramai tapi mintalah izin dulu dengan Datin. Budaya UMNO bukan bayar Chinadoll dan Siamdoll serta simpan girlfren hisap ice cream.

Kan kita dah cakap kita boleh ungkit.

Wow! Orang rajin kerja untuk rakyat kita tak jual, rugi.

20 ulasan:

manjung (TIBAI) berkata...

kah kah kah bangangnya puak2 haramjadah ni....

Tanpa Nama berkata...

TERBAIIK

Tanpa Nama berkata...

Media George Soros ini dah terlebih spin.

tak menjejaskan Ali Rustam.

Tanpa Nama berkata...

hahaha best laa using

Quantum Metal Consultant berkata...

Kalau tok ali kata dia pinjam along untuk kahwinkan anak pun tetap Kena kutuk

Jadi kit a terlebih faham perangai pembangkang

Yg nyata secara simboliknya, melaka masih selamat dari pembangkang, alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

bang non ngan kak wan bkn ker cm cinta zek dan azura. X tau lh kalo majlis depe hambar sbb sikap abg non yg gelojoh dan skang kemaruk nk jd pm.

Tanpa Nama berkata...

Kenduri rumah tok ali tak sampai juta2 sebab Husin kuih lompang supply daging unta untuk dibuat rendah.... Hahahaha. Husin kuih lompang pun turun rewang buat kuih lompang bagi orang melaka makan.

jebat berkata...

Salam Ya Tuan Haji,


Anjing menyalak bukit.

BIARKAN BIARKAN !!!

Katak bersahut sahutan selepas hujan,

BIARKAN, BIARKAN !!!

Tanpa Nama berkata...

Tuan Haji, biasanya orang kita pergi majlis perkahwinan pasti akan menyumbang atau pun orang panggil salam kaut.......pasti balik modal. kang ada yg spin ckp hulur rasuah....

Tanpa Nama berkata...

Alahai Lim Guan Eng tu lagi bapak rasuah. Apalah sangat majlis kahein bersama rakyat.

Apa Nik Azmi kahwin anak dgn perahsuah Ariffahmi tak keluar belanja beso ke?

man sekinchan berkata...

Datuk Shah Rukh Khan tak dijemput ke majlis ke?

MAEL PENGERANG berkata...

DS NAJIB BEKERJA KERAS UNTUK MENGEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT UNTUK MENGHAPUSKAN PERSEPSI BURUK RAKYAT TERHADAP PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YANG DIPANDANG RAKYAT BOROS,RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNAKUASA,MANAKALA PARA MENTERI PULA MEROSAKKAN USAHA DSN INI ADALAH SALAH SATU CONTOH.

Quantum Metal Consultant berkata...

mael penggerang...logiknya org bergaji 4,5 ribu bila kahwin anak tetap belanja 20, 30 ribu ringgit, mana dia dapat...Jangan tanya, normal untuk si bapa dapat sumbernya....inikan pula seseorang yg bertaraf menteri...

Anwar Ibrahim, nik aziz, lim kit siang...kalau kahwinkan anak, pasti belanja berpuluh malah beratus Kali ganda dari sumber pendapatan, Jan gan Tanya mana mai duit tu, normal sumbernya

A pa yg Ali membanzir kalau jemputan dapat ma kan, pelbagai kaum termasuk budak2 ipta, ipts.

Kalau busuk hati pun penyokong pembangkang, luahkanlah busuk hari di tempat Dan masa yg betul

Tanpa Nama berkata...

Mael Pengerang

Jangan terikut-ikut sangat permainan politik persepsi ala Yahudi dan Syiah.

Kita patut tegur pemimpin tapi kadang2 kita jangan terlalu defensif.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Haji Hussein.., Islam tidak menyuruh kita berboros. Bersederhanalah dalam segala hal. Apatah lagi kita tidak disuruh mencari nama dengan kehebatan kenduri kita sehingga sanggup diiktirafkan dalam Malaysia Book of records. Ini bukan isu 'iri hati' Itu riak dan takabbur namanya. Tuan Haji kata rakyat Melaka ramai untuk dijemput kerana Ali selalu menerima jemputan. Kalau begitu alasannya, mengapa Tok Jib tidak menjemput 1 Malaysia (berjuta juta orang) untuk menghadiri majlis anaknya dulu. Dia lagi banyak menerima jemputan dibanding ngan Ali. Insaflah, Allah swt akan menarik balik nikmat yang dikurniakanNya kalau kita tidak tahu atau mahu bersyukur. MAEL PENGERANG ada pointnya. Wallahhu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju kita jangan boros. Tapi kalau RM10 sekepala, bukan boros namanya. Dia menteri, ramai yang nk merasa jemputannya.

kalau datang 130,000... tapi sebab taknak boros kononnya.. takkan nk jamu rakyat biskut mayat cecah air teh O?

Kita kena layan tetamu seadannya, kerana mereka adalah rahmat kepada tuan rumah.

Ada seorang hamba Allah, dia dipanggil lebai. Kalau ada kematian, dia dipanggil dan dia walau demam tetap hadir. Kalau dipanggil mengaji 40 hari, dia hadir, kenduri kahwin dia hadir, majlis tu ini dia hadir.

bila sampai masa dia, dia nak buat majlis kawin anaknya. Bila dia nk buat kecil2an, adik beradik dia tak setuju.. dia orang dikenali, jadi orang kampung pasti berkecil hati kalau tidak menjadi jemputannya.

Dalam kad, dia tidak tulis Walimatul Urus (di kelantan dipanggil 'ngelang'-tetamu akan bagi lebih kurang RM10-lelaki dan RM5-perempuan), dia juga tidak tulis 'majlis kesyukuran', sebab dia taknak orang kampung bawa gula atau susu sebagai hadiah. Bila ada tetamu hulur duit, dia tolak..kata itu majlis kesyukuran. Tetapi tetamu balik dan datang semula bawa gula sebagai hadiah.

Bila cerita Tok Ali, saya tak hairan. Itu bukan pembaziran. Membazir kalau kos 600,000 tapi khas untuk jemputan datang 1,000 orang.

Jamaluddin
Kadok

Tanpa Nama berkata...

Mahfoz pun turut sebok, dengki pasal tak dapat jemputan ke majlis itu.

Tanpa Nama berkata...

Tengoklah cerita Mr Bean, si bodoh tu tak habis2 cemburu dengan orang lain.

Lepas itu, mesti ada benda kalut yg dibuatnya.

Betul2 badut.

Eh macam Mahfuz pulak. Muahaha . . .

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Apa2 hal pun saya sokong komen Jamaludin Kadok.

Tok Ali orang dikenali. Biar dia la nak buat besar mana. Saya x faham kenapa ada orang sakit hati atas kegembiraan orang lain.

Rasanya Tok Ali tidaklah bodoh sangat nak guna duit orang atau duit rakyat buat kenduri tambah2 di musim Pilihanraya ni.

Sudah2 lah. Rakyat tengah menilai dan memerhati ni.

ROKIAH SIREH

Tanpa Nama berkata...

majlis kahwin pun dipolitikkan...ini org yg busuk hati memang tak senang tengok orang senang la.ini lah mentaliti haramjadah,lowclass