Khamis, April 11, 2013

Kisah lambang PAS


Kisah ini diberitahu oleh rakan Husin. Janganlah nak marah atau emo hingga nak hantar kapak siam dan tuju-tuju. Rakan Husin kata ini bukan cerita lawak atau cerita olok-olok main-main tapi cerita benar berlaku.

Asal usul nama PAS ialah Pan Malaya Islamic Party atau PMIP. Pada masa itu mereka menggunakan lambang bulan bintang.

Tidak berapa lama kemudian lambang itu diharamkan kerana mendapat tentangan orang-orang Islam. Mereka diminta menukar lambang lain.

Ketika itu juga mereka akan bertanding dalam satu pilihan raya kecil di Kelantan. Mereka diminta mendaftar lambang baru sebelum jam 10 pagi pada satu tarikh yang ditetapkan. Jika gagal mereka tidak boleh bertanding.

Esoknya adalah tempoh tamat yang diberikan untuk mereka mendaftar lambang. Malam sebelumnya mereka mengadakan satu mesyuarat di rumah salah seorang pemimpin mereka.

Semasa mesyuarat mereka dihidangkan Kopi O dan satu tin besar biskut tawar. Mesyuarat punya mesyuarat sampai ke tengah malam mereka masih gagal menyediakan lambang.

Tiba-tiba seorang ahli mesyuarat bersuara, "Kita mesyuarat selepas isyak, sekarang dah nak subuh. Lambang tak siap-siap lagi. Esok pagi nak daftar".

Seorang ahli mesyuarat yang berada berhampiran dengan tin biskut telah mengambil tudung tin biskut tersebut dan letak atas kertas, lalu membuat bulatan ikut bulatan tudung tin biskut itu. Dia pun bersuara, "Nah ini lambangnya."

Hari sudah menghampiri subuh, tiada pilihan lain lagi. Yang itu kata setuju, yang ini kata setuju, maka semua setuju.


Maka lahirlah lambang Pas dari tudung tin biskut pada malam tersebut dan kekal sehingga kini.

Kawan Husin kata hari ini PAS kelentong orang kononnya lambang mereka bulan mengambang. Padahal lambang dari tudung tin biskut tawar.

Kalau tanya Nik Aziz dia tak akan mengaku punya. Mana dia tahu pun. Dia belum Pas lagi waktu itu.

Wow! Untung jual parti tin biskut

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

patut la mereka sayang kat tin2. Sin, apasal takde lubang atas logo pas tu sin, ke masa tu tak tebuk lubang, main buka terus. Senang syiling masuk.

Tanpa Nama berkata...

Bapak mu Sin...hebat cerita muh..


Sulaiman Oil & Gas Kosim
Kemaman

Tanpa Nama berkata...

Tak berapa tepat.

Yg mencipta bendera PAS ialah almarhum Ust Hasan Shukri. Beliau tak guna penutup tin biskut. Beliau guna dulang. Mengapa pulak nak malu? Ini adalah ingenuity.

Ingenuity is the quality of being clever, original, inventive, often in the process of applying ideas to solve problems or meet challenges.

Bendera PAS boleh dilukis oleh sesiapa pun hatta anak tadika dan boleh digantung oleh sesiapa pun hatta orang buta. Ianya tak akan terbalik.

Tanpa Nama berkata...

kemain gegar cerita pasal bendera dia........relax la bro....

bleh terbalik ke tidak ke.....itu bendera je pun

Tanpa Nama berkata...

nak kecik tin biskut.. nak beso dulang... dr mane datang bulan?

Tanpa Nama berkata...

Laaa ... guna penutup tin je

Patut ler ularmak pas ckp mcm tin kosong je

awangbatuburok berkata...


Aku rasa Pak Husim Lempoyang tak berani siar komen aku ni, takut tak masuuukkk, tak pe lah aku tulis juga.


Lambang guna penutup tin ke, dulang ke, tak jadi masaalah asal jangan ciplak orang lain punya kan, kan.

Yang jadi masaalah sekarang lambang kati dah senget dan timbang menimbang pun dah tak betul dan dah banyak menipu.

Lain kali kalau kati tu dihadkan untuk timbang tak lebih 50kg daging lembu janganlah disalahgunakan untuk timbang lembu sampai rm250juta sekaligus, timbang enjin jet, kapal selam, dll.

hancus!!!

Tanpa Nama berkata...

Pak Husin,
Jangan main-main dgn dia orang tu,tengah tension dan emo,tengah berperang untuk kerusi...

Tanpa Nama berkata...

Sesuai dipanggil tin kosong. Di kelantan, mereka parti pecah tanah.

Lancar dan pecah tanah belaka.

Bab hukum hudud, dema luluskan lagi pada tahun 1984 tapi sampai la ... tak gezetkan undang2.

Tapi ghoyak sokmo umno tokse hukum hudud.

Cuba try hudud... try dulu pada mat sabu dan mustapha ali.

Tanpa Nama berkata...

awangbatuburok ni meroyan apa la pulak..nik ajis gigit batu dia yg dh burok tu kot..bila la pulak kati tu senget..lain kali jgn tgk kati pakai mata lebam..tgk dgn hati yg ikhlas..patut la slama ni org pas ckp mcm tin 0..hari2 ckp nk tubuhkn negara islam..bila dh menang & jadi barua DAP..islam tah kemana..jadi negara kebajikan telor dia..cukup2lah PAS jual agama..

Tanpa Nama berkata...

Bukan kah bendera Pas Ciplak Bendera Bangladesh?

Tanpa Nama berkata...

Kelahhh mung sing....tapi aku tengok bendera pah,serupa macang sluar dalam hok stopa ali pakai....

Tanpa Nama berkata...

Islam maghi sebelum pas lagi. ayoh Nik Aziz tu bukan ahli pas, kapir bokali.

Junoh

warga kota bharu kel berkata...

Slm Tn Hj.. ambo pun raso pelik dgn ore Pas ni.. taksub sangat ke parti ..dia dok ingat agama ISLAM yang dok dale PARTI PAS..
Bakpo gak tak buat TUNTUTAN HABIS HABISAN ( DEMO) DISEGENAP DAERAH .. NEGERI .. TUNTUT HUDUD..
Kerajaan PR di Perak lepas .. jatuh .. DIA ORANG SANGGUP BERGULING GULING DIATAS JALAN RAYA ..INIKAN PULA NAK TUNTUT .. HUKUM HUDUD .. TAK SANGGUP BUAT ..
KALU MATI PUN SYAHID .. SYURGA TERUS .. TAK PAYAH MINTA NGAN N AJIS...