Selasa, Oktober 29, 2013

Kastam perlu diberi lebih latihan


Dalam bajet terbaru yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, ada peningkatan dalam perbelanjaan.

Husin agak setuju dengan beberapa langkah yang akan dilakukan kerajaan untuk naikkan RPGT dan tarik subsidi gula. Sebab ana memang banyak dah kurang gula. Nasiblah hangpa yang kuat makan gula.

Dalam peningkatan perbelanjaan untuk menampung program-program untuk rakyat, kerajaan perlu  menitikberatkan keberkesanan kutipan cukai.

Dengarnya, Peguam Negara begitu sibuk dengan usaha untuk meningkatkan pungutan cukai. Kejar yang kaya tapi asyik mengelak cukai.

Sesuai dengan usaha untuk meningkatkan pungutan cukai, pihak kastam perlu dilatih dan diberi pengalaman supaya tak mudah ditipu pihak-pihak macam penyeludup.

Adalah kisah di sebuah pejabat kastam di sempadan Siam-Kelantan. Sesiapa yang biasa ke situ tahu keluar masuk Siam tu hal harian. Biasanya orang kita seludup beras dari Siam ke Malaysia. Orang kita ke sana kerana ...

Ada satu pakcik ni pergi kerja dia keluar masuk Siam. Bila dia balik semula ke Kelantan, dia akan bawa  sebuah guni besar belakang moto.

Mula-mula pihak kastam akan tanya saja, bawak apa. Pakcik tu jawab bawa pasir masuk Kelantan. Demikianlah dia buat sekali seminggu selama sebulan.

Akhirnya seorang ketua pegawai kastam situ menyedari akan Pakcik ini. Bila dia nak masuk Kelantan, pegawai tersebut mengarahkan dibuka guninya.

Habis di cek, betul dalamnya pasir. Takde dadah, atau beras atau batu permata.

Minggu depan pegawai kastam tersebut tak puashati, disuruh cek barangan muatan belakang motornya dan di cek badan pakcik tu.

Tak ada apa-apa juga.

Pak Cik tu di cam oleh semua pegawai kastam lain dan selama beberapa lama dia di cek dan 'strip search' sampai pejabat kastam sempadan give up dan terus beri laluan.

Dah dia hanya bawak pasir ... nak buat macam mana.

Lama-lama ketua pegawai itu pencen dan terus menginap di kawasan sempadan.

Satu hari sedang dia minum teh di pekan, ternampak Pak Cik tu dan dia pun tegur bekas pegawai tersebut. Diajak minum bersama.

Lepas beberapa minit bersembang, pegawai itu beritahu bahawa dia sudah pencen dan dia ada hajat nak tahu tapi tak akan beritahu sesiapa.

"Sesiapa ke Siam balik hari selalunya melancong atau menyeludup. Kadang-kadang ada yang ziarah keluarga. Selama ni, apa yang Pak Cik seludup?"

Dengan bibir yang tersenyum sedikit, Pak Cik memberitahu mantan pegawai kastam tersebut.

"Ambo seludup motosika."

Tepuk dahi pegawai itu diakal Pak Cik tua ni bertahun-tahun. Kenapa aku tak terfikir seama ini?

Harap Timbalan Menteri Penerangan merangkap Ketua Penerangan UMNO, Dato Ahmad Maslan terbaca tulisan ini dan keluarkan lebih peruntukan untuk lebihkan latihan untuk pegawai-pegawai kastam.

Harap jangan tak bayar cukai. Ianya serupa curi bahagian untuk rakyat 

Wow! Kerja kuat pagi petang siang malam subuh senja

5 ulasan:

Awanama berkata...

Hehehehe.....bodo piangggg ! kastam pencen dgn imigresen pencen ramai yg jadi pembangkang bila dah pencen....agak2 pasai apa ?..aku rasa depa dok cari islam kot ! masa keja dulu tak sempat....angpa pikiaq la sendri !

Awanama berkata...

Sebelom ni tak sempat nak cari Islam, banyak dok sondol duit bawah meja gamaknya.. bila dah kumpul banyak2, di alam pencen, masuk Isle PAS lah, duit bawah meja dulu2 boleh buat belanja..sedekah kepada pas sikit2..

jebat berkata...

Salam takzim Ji,

Lantaklah apa pun hang nak kata.

Sebenarnya depa masok pas sesudah pencen kera depa fikir lebeh selamat.

Kalau belum pencen mereka takut kena masek peti sejok - TAK NAIK PANGKAT (kena freez).

Miss suru'lah.

he he he he

Awanama berkata...

Sebenarnya...apa nak takut..Allah swt yang beri rezeki...pokoknya IMAN diri sendiri....kalau kurang IMAN...apa pun boleh buat....

jebat berkata...


Salam Tuan Haji.

Saudara Tanpa Nama 11:38 PG,

Betul pokok nya pada IMAN dan ketaqwaan kita kepada Allah. Kalau semua berpegang kepada IMAN tentu tak perlu Berjta Ringgit unuk tubuhkan SPRM.

Kerana IMAN yang tak kuatlah kita perlu SPRM. Malahan SPRM sendiri mungkin perlukan satu institusi lain saperti nya.

Tapi sikap MANUSIA,maka kita perlukan semua itu. Sikap AHLI KABINET sendir mendorong perlunya SPRM yang berkesan.

Di Malaysia seseorang bebas memegang jawatan walau pun suami nya atau isteri nya terlibat dengan kes kejujuran nya di ragui.

Mana moral islam nya?

Wallahu alam.