Ahad, Oktober 01, 2017

Sepatutnya buat Nothing To Hide versi Johor


Pada petang Jumaat, Pakatan Harapan Johor mengadakan pelancaran di Tampoi.

Tetamu Istimewa yang hadhir adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Hj. Salahuddin Ayub dan Lim Kit Siang

Sayang ianya hanya ceramah biasa. Mahathir temberang pasal DAP bukan rasis. Itu kerja dia masa dalam UMNO. Melainkan pentaksub dan penyokong pembangkang yang sedia lakukan apa saja untuk dapat kuasa, entah siapa yang nak percaya Mahathir lagi?

Patutnya buatlah Nothing To Hide versi Johor untuk mantan MB merangkap Pengerusi.PH Johor. Bukan sebab bakal ada tarikan baling kerusi dan bakar flare oleh anak Johor, Syed Saddiq sendiri untuk elak dari jawab salahlaku lepas.

Ia untuk untuk menyatakan kebenaran. Selalunya hanya orang lain yang salah dan bukan si tertuduh.

Yang serahkan tanah seluas lebih 53,000 ekar tanah Johor pada Singapura untuk bina empangan Sungai Lingui, mesti bukan Mahathir dan Muhyiddin tetapi dosa besor Ghani Othman dan Khaled Nordin.

Yang banyak jual tanah dan bolehkan rumah di Johor dibeli Singaporean bukan Bang Din tapi Tan Sri Shahrir Samad punya kerja. Tengoklah kes jual tanah Stamford seluas 2,600 ekar yang dimanpulasi untuk naikkan nilai, itu kerja Tan Sri Syed Mokhtar dan Dato Yahya Talib.

Pertukaran mlik saham Mulpha dari Syed Mokhtar kepada Fikhri anak Midin tidak buktikan ada hubungan proksi Midin dan Syed Mokhtar. Dua-dua - Syed Mokhtar dan Yahya - tu proksi dan kroni Shahrir sebenarnya.

Kemayan City di Johor Baru yang terbengkalai adalah kerana Melayu kuat hasad dengki. Keadaan sekarang jadi gitu kerana hantu. Jangan pula kata Ricky Tan itu perantara Muhyiddin dan pembeli sebenar Singapura. Tak baik ....

Cerucuk yang bertaburan keluar dari laut Selat Tebrau depan Pos Office Johor Baru tu adalah salah bekas Ketua Bahagian Pagoh, Dato Othman Saat dan bekas Ketua Bahagian Mersing Dato Ajib Mohideen.

Pilecon pun tidak bersalah. Bang Din langsung takde kena mengena.

Tanah-tanah di Kluang yang banyak terjual ke BCB itu kerja Jepun masa taklok Malaya. Pura-pura zalim dan sembelah orang cina. Sebenarnya ada business dengan cina.

Tanah rancangan Felda yang terjual pun dah lama berlaku. Ia berlaku zaman Menteri Besar Dato Jaafar iaitu  bapa kepada Dato Onn Jaafar, atok Tun Hussein dan moyang Hishamuddin.

Felda belum wujud masa dijual. Entah macam mana boleh jadi rancangan di situ.

Nothing To Hide versi Johor boleh bersihkan Pengerusi PH Johor dari fitnah yang lama tersebar.

Maka boleh kritik penjualan tanah dan hartanah Forest City kepada pembeli dari China. Helah saja tanah tidak wujud sebelum ini. Lim Guan Eng buat reclamation pun jual tanah freehold. Peduli undang-undang tanah persekutuan..

Manakala tanah pantai Lido dan kampong orang asli Seletar yang ghaib kepada orang dari China itu dari zaman Maharaja Abu Bakar lagi.

Wow! Luaskan kuasa mu.

3 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Setuju sin..kena buat rci versi johore.

Cuma nak tanyA, ada masuk akaun peribadi sesiapa tak?

Tanpa Nama berkata...

AHL sudah kurang perisa macam dulu...

Banyaknya dosa Muhyiddin yang berpuluh-puluh tahun di tapau oleh Ameno. Memetik kata (semalam, siapa? lupa dah) when you with me u r angel, if not with me ur evil. HUsin! anda melawan arus...

Tanpa Nama berkata...

Tepat tulisan sen,Meidin dan Madey ,orang baik baik mana boleh salahkan mereka.Mereka anak beranak kaya raya itu semua harta pusaka nenek moyang mereka,bukan songlap rakyat punya.