Selasa, Julai 03, 2018

Berapa lama ular lidi mampu kenyang makan ular sawa?


Cerita ular lidi mahu telan ular sawa timbul apabila Dato Ahmad Zahid dedahkan permintaan Tun Dr Mahathir untuk ahli, pemimpin dan wakil rakyat UMNO sertai PPBM.

Ketika itu, Zahid tiada mandat untuk buat keputusan. Lagi pun, marahlah rakyat yang tolak UMNO tapi akhirnya dapat UMNO balik dalam berupa PPBM: UMNO 3.0.

Zahid menang, dia tak mahu pula lagi kerjasama. Batal rancangan menelan ker?


Rupanya, ular lidi terus menelan. Padan PAN diam saja. PPBM puashati dari 12 yang menang, 8 jadi Menteri.

PKR tak puashati budak macam Syed Saddiq dapat jadi Menteri. Naib President cuma setakat Timbalsn Menteri.

DAP yang dilihat berkuasa dan mengatur agenda pun tak puashati Nga dan Chong Sarawak tidak dalam kabinet. Dulu Sabah Sarawak banyak Menteri

Wow! Kenyang ular lidi tapi berapa lama?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Husin xnk masuk ular lidi ke?

Dulu ular lidi ni diperlekeh, dipangdang sebelah mata, dihina dilayan mcm penjahat.

Ular sawa pulak dgn begitu angkuh cuba menongkat langit dan menelan apa shj sehingga terlupa pantang larang.

Hari ini ular sawa sudah terlalu besar hingga membelit diri sendiri. Ular lidi yg selama ini dilihat jijik sudah menumbangkan ular sawa dan sedikit demi sedikit mula melapah perut si ular sawa. Yg dikepala dan diekor masih xsedar yg perutnya sedikit demi sedikit sudah dirobek.

Tanpa Nama berkata...

Adalah tidak masuk akal untuk mengiktiraf barisan kabinet yg menang hasil daripada siri2 penipuan kepada rakyat dlm PRU lepas. Menipu bukanlah budaya dan cara hidup dalam Islam.