Rabu, Ogos 01, 2018

Pengerusi Khazanah bukan ahli politik


YAB Perdana Menteri melantik ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Khazanah Nasional.

Perlantikan tersebut disokong oleh Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi PPBM.

Bekas Perdana Menteri ke-4 merakamkan setinggi tahniah kepad Tun Dr. Mahathir Mohamad atas perlantikan tersebut.



Oleh itu, tiada isu perlantikan Khazanah melanggar Manifesto.



Tiada isu juga Khazanah dirompak kerana kontrak cuma RM11 juta.

Jumlah tersebut pun tak cukup untuk dituduh mencuri. Merompak dan menyamun mestilah ratusan juta atau billion diambil.


Lagi pun, Atoq nak "selamat...lah Malaysia".

Kontrak itu untuk anak mantan PM ke 4 yang dia pernah kata anaknya tak pernah dapat kontrak kerajaan.

Kalau kontrak itu untuk wakil rakyat Jerlun atau ADUN Jitra atau MB Kedah atau anak PM ke 7, memanglah salah. Ini tak apa.

Walaupun penubuhan asal Khazanah adalah untuk pelaburan strategik negara, percayalah ia sudah lari dari tujuan bantu Bumiputera sebab PM ke 7 yang kata.

PH memang nak memartabatkan Melayu. Jangan ingat semua hak dan kepentingan Melayu telah dimusnahkan oleh kerajaan PH yand didalang DAP.

Itu semua hanya persepsi yang buat untuk dilihat nampak banyak dimansuhkan. Kalau dicari rapi-rapi dengan teliti, pasti jumpa satu dua yang masih kekal untuk buat seketika.

Banyak masa hingga ke PRU15 untuk jumpa.



Janganlah gusar...

Jika muka-muka yang akan gantikan tampuk pengurusan syarikat-syarikat GLC rupa macam Cina dan India kerana memang mereka mungkin Cina dan India.

Yang Melayu nanti adalah siapa di belakang Cina dan India yang akan dapat beli syarikat-syarikat yang akan diswastakan.


Yang dulu pun, nampak saja macam nampak banyak Melayu dan akan banyakkan orang Melayu jadi ahli korporat dan profesyenal yang berjaya.

Yang "uneducated", bukannya faham ... dengar dan percaya saja pada PM ke 7. Dia tak pernah gagal atau projek lingkup rugi billion.

Lagi pun, dia tak pernah amal kronisma dan nepotisma. Tuduhan semua fake news. Anak-anak dan kawan-kawan dia kaya sebab menabung dari dalam perut ibu.

Wow! Senang saudagar politik menjual minyak



9 ulasan:

ABATA Longkang berkata...

Kritikan yg membina.
Bagus..

Tapi mohon pencerahan. Melayu diatas tu sume kaya2 apa masih lg perlu bantuan atas tiket melayu?

Mohon susunkan projek2 gagal pm ke 7 dan bandingkan dgn pm ke 6.
Rugi meniaga dan menipu konon2 berniaga mesti ada perbezaan yg besar.

P/s: pm ke 7 ada duit 2.6,B dlm akaun peribadi?

Tanpa Nama berkata...

Khazanah adalah GLIC bukannya GLC

Tanpa Nama berkata...

Eloklah gunakan buku pakatan harapan itu untuk buat kertas JAMBAN!!!!

ABATA Longkang berkata...

Hadeh.. xtahan nk gelak sin.
Zaman pemimpin pujaan husin, khazanah melabor dlm bisnes coli.
Rugi RM80juta.
Ni yg husin bersungguh2 nk pertahankan hingga sanggup meletakkn islam dan hajinya sebagai taruhan.

P/s: kalau jual coli free size je mcm size ex-flom, mmg xpyh nk laku.

Tanpa Nama berkata...

kata dulang paku yg serpih..
mengata orang dia yang lebih..
kemudian dilondehkan oleh anwar pulak..

Tanpa Nama berkata...

wow usin spin cita dulu dulu najib jadi cita mahadey

terbaik punya spin.. kahkahakhhartuih

bermula dengan kisah najib 1mdb ke cerita kakmah derma.

wow... kahakahartuih..

kahak bnyak pulak sakng!!!

Tanpa Nama berkata...

Yg uneducated lihat sykt buat coli. Yg dia tak nampak, pasaran retail wanita dan online infrastructure.

Untung rugi biasa tapi bottom line kena untung

Tanpa Nama berkata...

Zaman PM ke 4 pon teruk juga...mcm2 melingkup..forex pon melingkup..tapi tak la sebanyak 80juta....ahaks

Nasib baik PM ke 7 ada...kan.😀

Tanpa Nama berkata...

.. Kahak tu byk sbb sebar byk sgt fitnah. Kesian... Chk dada tu kot kena k&£#@=+