Jumaat, September 14, 2012

PANAS! KUNYIT hangit ... Jam Omega dah jumpa!


Dijumpai sebagai iklan di mukadepan The Star bertarikh Mei 9hb 2011.

Tak percaya? Tengok gambar berikut:

Sabtu, September 08, 2012

Mencari gambar Ammar


Keberanian Ammar menunjukkan punggungnya kepada gambar Najib dan Rosmah begitu dikagumi Anwar Ibrahim.

Malahan dia dikhabarkan tidak takut langsung bila disoalsiasat polis. Dia tidak menunjukkan rasa bersalah langsung. Malahan dia anggap pendedahan punggungnya perkara biasa saja macam di Eropah. Kumpulan Sex Pistol biasa buat demikian di Eropah, tak ada hal.

Memang pun.

Ahad, September 02, 2012

Menolak rukunegara


Dilaporkan di sini, Anwar tidak mahu angkat tangan ketika ikrar dibacakan ketika majlis menyambut kemerdekaan Selangor.

Ikrar mengandungi 5 prinsip rukunegara yang menghendaki semua rakyat Malaysia mesti pegang kepada lima prinsip:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Kalau tidak setuju pada Rukunegara, ia bermakna Anwar mungkin berpegang kepada Rukundurjana mendokong 5 prinsip yang bercanggah dengan rukunegara ia-itu:

Khamis, Ogos 30, 2012

Bila sarkas datang ke pekan


Itulah terjemaahan, "when the circus came to town".

Maka akan dapat dilihat pertunjukkan kata-kata aksi trapeze berbelit-belit di awang-awangan untuk menghasut penuntun dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Selalunya dimulakan atau diakhiri dengan aksi menggerunkan dan mencemaskan dengan harimau berupa pertembungan dengan pihak berkuasa keselamatan.

Semua ini dilakukan dengan selitan jenaka badut untuk mencuit hati penuntun.

Dalam filem P Ramlee dulu-dulu, dia menyindir dengan ejaan "alif mim nun wau ... sarkas!"

Jaman dah berubah. Tak payah ke mesyuarat parti politik untuk lihat pertunjukkan sarkas. Tunggu bas Pee Gay Arr ... datang ke pekan anda.

Wow! Lagi selamat jual unta dari jinakkan rimau

Selasa, Ogos 28, 2012

Janji Atuk pada "cucu" ditepati

Perayaan kemerdekaan tahun ini nampaknya meriah betul. Ada pelbagai macam-macam poster kemerdekaan.


Poster ini menunjukkan kanak-kanak tersenyum yang membawa mesej rakyat suka dan gembira apabila kerajaan telah tepai janji kontrak sosial yang diperlembagaankan 55 tahun dahulu ketika nak merdeka. 

Jumaat, Ogos 24, 2012

Kawalan ketat untuk naik bas kempen Anwar


Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membeli bas kempen untuk kegunaan Penasihat Kewangan Negeri Selangor, Dato Seri Anwar Ibrahim. 

Rabu, Ogos 22, 2012

Petanda mangsa liwat


Kalau ditanya tertuduh, pasti dia akan menafikan dan macam-macam helah akan dilberi. Lagi pula dia kaki kelentong dan penipu besar.

Namun begitu, siapa nak mengaku jika hukuman untuk 366B kanun keseksaan melibatkan penjara beberapa tahun?

Selasa, Ogos 21, 2012

Budak sekarang kenakan YB masa beraya?


Di musin raya ini, budak-budak buat satu geng untuk raya dari rumah ke rumah. Kita tahu budak-budak ini datang hanya untuk duit raya tapi keluarga Husin pastikan kedatangan budak-budak ini diraikan.

Keluarga kami akan pastikan budak-budak ini dihidangkan air Maklumlah haus budak-budak ini berjalan. Sambil tu, container kueh dipastikan berisi. Ada makanan pun dihidangkan. Kita akan bantu mulakan perbualan dan tanya soalan dan adakala berikan nasihat.

Pantang kami untuk kasikan mereka duit sebelum mereka masuk rumah. Kunjungan kanak-kanak ini membawa bersama doa dan rahmat. Satu hari mereka akan membesar dan layanan kita kepada kedatangan mereka akan tertera dalam ingatan.

Sabtu, Ogos 18, 2012

Ampun Maaf dipinta


Sahabat ku ... 

Usahlah mohon MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

Aku sentiasa bersedia memaafkan mu sebelum kamu melakukan apa saja dosa dan sebesar mana pun sekali terhadap ku. 

Harap ucapan sedemikian dirahsiakan dan tidak diketahui sahabat2 kita yang lain dan juga orang ramai. 

Khamis, Ogos 16, 2012

Kalau anak susah bangun sahur ....


....tak bangun juga, tak tahulah.

Sebenarnya mak bapak kena juga bangun sahur. Kejutkan anak tu pelan-pelan dan baik-baik. Makan sama-sama dan latih anak tu ...

Hehehe.... berapa hari aje lagi, nak. Lepas ni raya sakanlah ko.

Rabu, Ogos 15, 2012

Laman Web paling power


Internet sudah jadi begitu powerful dan boleh membawa perubahan sosio-politik. Maka laman-laman web di Internet mula mengadu domba dan tunjuk terer mengaku masing-masing power dan berpengaruh terhadap dunia.

WIKIPEDIA: "Aku tahu semua, beb. Aku pandai!"

FACEBOOK: "Aku pula kenal dengan semua orang. Aku boleh mempengaruhi ramai orang."

FRIENDSTER: "Alah Facebook, semua kenalan kau tu, kau curi dari aku! Aku yang terer sebenarnya."

MYSPACE: "Kami musuh anda wahai Facebook. Kami akan kejar kamu hingga jadi leboh kuat dan berpengaruh!"

Isnin, Ogos 13, 2012

Mahfuz letih puasa



Sepanjang bulan Ramadan, Dato Mahfuz Omar banyak buat tazkirah di masjid dan surau. Pilihanraya nak dekat tapi tak tahu bila.

Ramai orang PAS dan PKR dah letih berkempen. Orang UMNO yang kurang berkempen pun letih dan tak sabar nak "get the election over." Kerja malas, nanti "over" kang?

Orang sekarang tak mai ceramah politik. Ramai yang di masjid dan surau. Kena Mahfuz masuk surau dan masjid dan pakai taktik tazkirah untuk selitkan kempen politik.

Dalam keletihan puasa, Mahfuz tetap ke sana kemari. Ketika perjalanan ke majlis sambil mendengar radio kereta, Mahfuz rasa terlalu lapar. Disuruh makan saja pasal lebih dua marhalah, dia tak mau.

Ahad, Ogos 12, 2012

Akhirnya pingat emas Olimpik untuk Malaysia


Acara: Lompat parti

Hehehe .... sumbangan pingat olimpik dari negeri Sabah pula.

Wow! Lagi untung jual orang dari jual unta

Ahad, Julai 15, 2012

Bekalan air rendah sila jimat air


Hari Khamis lepas Husin pergi ke Forum Air pasal risaukan ternakan unta ana..

Baru Husin faham bahawa bekalan air di Lembah Klang sudah rendah dan kritikal. Loji Sungai Langat 2 perlu dibina sekarang tetapi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu keluarkan development order.

Ianya bukan dibiayai oleh kerajaan negeri dan bukan menelan satu sen pun duit kerajaan negeri. Hanya untuk memastikan bekalan air cukup. Kerajaan negeri pun sudah komplen kata kilang dan pembangunan tidak dapat dijalankan sebab tidak cukup air


Sabtu, Julai 14, 2012

Dulu tilam, kini TALAM


Penasihat Ekonomi pandai elak jawab isu tilam, Menteri Besar lah yang jawab isu Talam.

Menteri Besar pula nak dapat khidmat 5 firma perakaunan.

Puh! Guna big 5 accounting firm baru tahu nak jawab?

Ini buat Husin hairan kenapa tidak boleh jawab. Macam mana pihak jemaah exco kerajaan negeri buat keputusan kalau tidak faham hingga tak terjawab? Takkan main ikut setuju tanpa tahu apa sebenarnya yang dipersetujui?

Isnin, Julai 09, 2012

Petua buat Betty

Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang dsan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka, YB Betty Chiew sedang berhadapan dengan tekanan.

Macam-macam kisah timbul apabila suami kuat bekerja di pejabat menjalankan tanggungjawab.

Itu biasa saja. Tak perlu sampai baling ashtray hinga bertampal kepala suami.

Ingin Husin cadang supaya mencari petua dari yang sudah pernah melalui. 

Ahad, Julai 08, 2012

Perkhidmatan LCC

Menurut penggunaan biasa, LCC dimaksudkan ramai sebagai Low Cost Carrier atau Kapalterbang Kos Rendah.

Entahlah ... betulkah itu naik kapalterbang.


Jumaat, Julai 06, 2012

Aiyeah .. apa ini baling ashtray, nyonya!?


Kena kepala olang, kena tampal plaster di kepala. Wa cuma main lagu pasal itu pelangi atau orang putih kata rainbow.

Munyi manyak sedap. Rainbow manyak cantik ma ...!

Rabu, Julai 04, 2012

Pe.. pe.. perempuan takpe



Ketika sidang akhbar Tan Sri Khalid Ibrahim, dia ditanya wartawan.

Wartawan: Adakah satu polisi kerajaan negeri tidak membenarkan sebarang surat sokongan, Tan Sri?

Khalid:  Ya, memang .. memang ... begitulah. Kita tidak boleh teruskan amalan salah lagi korup yang dibawa oleh UMNO dalam pentadbiran. Sebelum ini parti DAP ada melucutkan jawatan seorang kounselar yang memberi mengeluarkan surat sokongan.

Wartawan: Tapi kenapa pula Exco yang terlibat tidak ambil tanggungjawab meletak jawatan.

Khalid: Ah... itu tak bolehlah. Mana boleh saya pecat Ronnie Liu.

Wartawan: Kenapa tak boleh?

Khalid: Takpa takpa ...lain soalan?

Sabtu, Jun 02, 2012

Nizar pulak gagap?


Di Perhimpunan PAS semalam di Stadium Alor Setar, Nizar kata "Perhimpunan ini petanda kejatuhan PAS disemua peringkat."

Teringat Husin kepada Tan Sri Khalid Ibrahim di PRK Ijok tahun 2007. Dia suruh orang undi BN. akhirnya BN yang menang.

Tidak tahu pula Nizar gagap. Mungkin dia sudah tergelincir lidah, tetapi nampaknya yang jelas adalah ini petanda kejatuhan Nizar di Pasir Panjang dan Bukit Gantang.

Situ kau ... teruskanlah dengan kegilaan dan ketidak maluan kamu.

Nampaknya kemungkinan juga belum masa BN jatuh di pilihanraya yang akan datang. Cuma jangan lupa dan berhati-hati Dato Najib kerana lepas Khalid kalah pada PRK tahun 2007, dia menang pada PRU 2008.

Wow! Biar jual unta, jangan sampai hilang kuasa.