PM nafi beli pesawat VIP untuk diri sendiriTam taram tam tam tam tam taram .... berbunyi lagu Mozart di talipon bimbit saya menandakan panggilan masuk. Melihat nombornya kepunyaan sepupu saya Faizi, saya menerima panggilan itu.
MStar Online, 29hb Januari, 2007 20:40:42.0
SEPANG: Kerajaan menyewa sebuah pesawat Airbus milik Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) untuk kegunaan pemimpin negara dan orang kenamaan kerana langkah ini lebih murah daripada membeli.
Sambil menafikan laporan bahawa pesawat mewah itu untuk kegunaan peribadinya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ia juga boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong.
"Kami tidak membeli, kami menyewa. Kenapa perlu kita membeli kapal terbang sedangkan ia akan menambahkan kos, jadi lebih baik kerajaan menyewanya dan kita tidak perlu memikirkan soal penyenggaraan.
"Pesawat itu kepunyaan PMB, itu wang mereka. Kerajaan hanya menyewanya macam juga MAS menyewa pesawat-pesawat daripada PMB," kata beliau sewaktu tiba di sini sewaktu pulang dari London dan Davos hari ini.
Beberapa laman web melaporkan jet korporat A319 yang bernilai US$50 juta dipesan pada pertengahan 2005 dan bahagian dalamnya sekarang sedang dihias di Switzerland.
PMB sebuah anak syarikat penuh Khazanah Nasional Bhd, cabang pelaburan
kerajaan, dan juga syarikat induk MAS.
Faizi: Assalamualaikum
Husin: Mualaikumsalam
Faizi: Abang Husin, apa ni Pak Lah beli jet baru? Kata dulu, tak mahu hidup bermewah-mewah. Tak mahu menara bergemerlapan. Apa cerita?
Husin: Ehhh.. tak pa lah dia nak beli jet. Anak dia kaya.
Faizi: Tak bang. Dia beli corporate jet kerajaan baru. Lepas tu, dia kata kerajaan tak beli tapi sewa.
Husin: Macam gitu ke?
Faizi: Bila saya cek di website-website dan blog-blog, rupanya dia sewa dari Penerbangan Malaysia Berhad, yang merupakan syarikat sepenuh kerajaan. Tak kan dia tak tahu?
Husin: Dia tak tahu, gut?
Faizi: Dia ni bodoh ke? Dia Menteri Kewangan dan PMB kepunyaan 100% Kementerian Kewangan. Mana boleh tak tahu? Heeeh ... bodohnya!!!
Husin: Kalau dia bodoh, janganlah marah dia. Dia memang bodoh
Faizi: Kalau dah bodoh, janganlah jadi Menteri Kewangan! Janganlah jadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri! Di JPM saja, dah banyak Jabatan dan Agensi! Biarlah orang lain yang tahu kerja, pegang jawatan! Ikut kan, PM pun tak layak!!!
Husin: Itu yang aku cakap. Orang bodoh memang tak tahu dirinya bodoh. Jangan marah dia.
Faizi: (Terpinga-pinga dan tak puas hati kerana geramnya tak habis lepas)
1 ulasan:
Tuan Husin Lempoyang
Izinkan hamba yang kurang mengerti ini bertanya; benarkah si bendahara di negeri antah berantah itu IQ ZERO adanya? Maksudnya bo tambah do, bodo!
Catat Ulasan