Khamis, Februari 22, 2007

Oh belon, oh belon!

Masa ana kecik-kecik dahulu, suka benar ana lagu “Oh bangau, oh bangau”.

Oh bangau, oh bangau!
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, perut aku lapar.


Ditanya pulak perut:

Oh perut, oh perut!
Kenapa engkau lapar?
Macam mana aku tak lapar, nasi mentah.


Begitu pulak jawabnya, dan bersambunglah salah menyalahkan atau alasan demi alasan; dari nasi mentah ke kayu basah, hujan turun, katak panggil dan ular nak makan katak. Akhir sekali bila ditanya ular:

Oh ular, oh ular!
Kenapa engkau nak makan katak.
Memang makanan aku!


Setelah macam-macam sebab, akhir qalam apa boleh buat

Akhir-akhir ini katanya dah ada lagu, "Oh Belon, oh belon!"

Belon? Belon ini?


Atau belon ini?



Ini pun belon.


Tak.

Belon tu panggilan untuk kapalterbang bagi orang Sarawak, Dato Ron cakap.

Oh ... pasal belon yang diketahui ramai pada January 25hb, 2007 di Berita KMU dan gambar yang lebih awal keluar di Malaysia Today. Bila ditanya PM apabila turun dari belon yang kembali dari Davos, gini dan gitu pulak jawabnya. Apa lagi, merebaklah macam api ganas persoalannya sana sini ...

Bila keluar cerita lain, dah mula diam.

Supaya "jangan mudah lupa", ada brader sudah bising semula. Dia kata ini bohong "sunat", bohong haram. Si Tattoo kenit pun dah jerit, "The plane, the plane!". Kuda kepang dah naik sheikh marahkan "kanak-kanak" yang beli belon tapi tak beli buku sekolah. Dah sampai, tak berenti dia merawan "Belon, belon".

Akhir-akhir ini ada keluar juga jawapan secara tak rasmi melalui si Kerinting di Agenda Daily.

Kalau gitu, dah adalah lagu "Oh belon, oh bulan!" Agaknya macam gini kut?

Oh belon, oh belon!
Kenapa kerajaan beli belon?
Macam mana kerajaan beli, itu PMB punya.

Oh PMB, oh PMB!
Kenapa beli belon?
Macam mana tak beli belon, Pengarah suroh beli.

Oh Pengarah, oh Pengarah!
Kenapa suroh beli?
Macam mana tak beli, (katanya) Falcon Focker rosak selalu.

Oh Falcon, oh Fokker!
Kenapa rosak selalu?
Macam kamu tahu rosak, suratkhabar "main" tulis.

Ini baru berapa rangkap, akan bersambung-sambung untuk salah menyalahkan dan alasan demi alasan.

Dengar kata belon awam senang dapat pelepasan diplomatik dari belon TUDM. Belon usang 32 tahun dan 18 tahun. PM tak tahu teknikal? PMB dkuasai MOF teknikal? Jangan heran si Pengedar Belon bawah ni (iklan free) disalah atau diguna jadi alasan...



Ah rasmi di Malaysia .... akan berakhir begini nanti.

Oh Gomen, oh Gomen!
Kenapa mesti perlu beli?
Macam mana aku nak kata, PM nak juga.

2 ulasan:

Amiruddin Azlan berkata...

bulih menang juara lagu nih...tp lg best kalau jd lagu rakyat untuk PRU 12..second me

Juslo berkata...

i LOVE this...

mungkin belon tu untuk honeymoon dgn kak jean...??? ;P