Jumaat, November 23, 2007

Demi Memenuhi Syarat R.A.H.M.A.N.

Politik di Malaysia ini ada satu mitos yang mana nama Perdana Menteri-Perdana Menterinya perlu mengikut satu susunan abjad dalam nama Perdana Menteri yang pertama Tunku Abdul Rahman. Susunan itu adalah R.A.H.M.A.N.

R untuk Rahman atau Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. A untuk Abdul ia-itu Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak. H untuk Hussein, ia-itu Tun Hussein Onn. M untuk Mahathir ia-itu Tun Dr Mahathir Mohamed.

A jelas sekali adalah Perdana Menteri sekarang Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada satu masa dijangkakan M untuk Tun Musa Hitam yang bakal menggantikan Dr Mahathir dan mitos RAHMAN ini dijangkan tidak akan berlaku. Bagai dikehendaki tuhan, Musa telah meletakkan jawatan dan diganti oleh Tun Abdul Ghaffar. Mitos itu dikatakan akan jadi juga. Kemudiannya Tun Abdul Ghaffar bin Baba ditewaskan Anwar sebelum pemilihan UMNO dan Anwar Ibrahim bakal mengisi untuk abjad A. Tetapi tidak menjadi juga ...

Maka N ini membawa pelbagai misteri. Siapakah bakal menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah Ahmad Badawi? Kalau dilihat nama pendik Timbalan Perdana Menteri, tentu sekali Najib atau Dato Mohd Najib yang paling bermungkinan. Ada kata jangan diketepikan Nazri atau Dato Nazri Tun Aziz. Kemungkinan besar masih Najib.

Zaman-zaman lepas gandingan formula PM-TPM yang menjadi dan kekal adalah gandingan seorang agresif dan seorang pelembut. Abdullah orangnya pelembut dan Najib seorang yang agresif. Keadaan kini berlainan sedikit kerana dia telah mengambil seorang muda yang agresif dan bercita-cita tinggi.

Kemungkinan dia boleh menjadi pesaing untuk memenuhi syarat huruf N. Masaalahnya namanya bukan bermula dari N. Sangking (cakap Jawa untuk kesungguhan) hendak sangat jadi PM sebelum 40, katanya dia sanggup tukar dari suku kaum dari Minangkabau ke Jawa untuk membolehkan ia menjadi Perdana Menteri. Nama kawasan tempat asal bapanya pun sudah ditukarkan menjadi Kampung Parit Jawa, Rembau.

Orang muda Jowo itu tidak lain dan tidak bukan adalah Ngairy Jamaluddin.
Ha ha ha ... jual orang lagi untung dari jual unta.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

N for Namewee!

Tanpa Nama berkata...

Ngairy sebenarnya memang Jawa, tetapi moyang2 nya sebenarnya Jawa yang diberi salah map semasa belayar ke Malaya.

Dia sepatutnya pergi ke Johor tetapi pergi ke Johol.

Tanpa Nama berkata...

Pembetulan:

Khairy bukan orang Minangkabau. Suku (waris) Minangkabau turun dari sebelah perempuan (ibu).

Bapa Khairy orang Minang, Ibu orang Perak (kalau tak silap). Jadi Khairy bukan orang Minang.

Orang Jawa??? ...mungkin

Elhakim berkata...

ada yg mengatakan bahawa N itu adalah Nik Aziz. walaubagaimanapun terlalu sukar ia menjadi realiti kerna, orang-kafir sudah tentu tidak suka padanya.

Tanpa Nama berkata...

maybe its Nor M Jacob

you know this man?
2nd $$ M_5I_T3_.

toyolbuster berkata...

Kemungkinan N tu untuk NIAMAH, atau pun Patrick Teoh

Tanpa Nama berkata...

saya Pilih N tu untuk Nazrin lulusan Oxfort dan cambridge anak raja lagi bagus dari anak mamak beruk hitam

Tanpa Nama berkata...

mak kj bukan dari Perak tapi dari Kedah. DKK (darah keturunan keling)

Qhadijah berkata...

Dear all,

post your “yellow activities” here. New casual yellow t-shirts are also available:

http://yellowsunite.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

gua rasa itu Nik Aziz ada can :)

Tanpa Nama berkata...

Perlukah kita memenuhi syarat ini? Buka minda anda, kita sudah 50 tahun merdeka dan kita ada hak memilih sesiapa saja yg layak memerintah negara. Jangan biarkan diri kita dikongkong oleh benda yg kita sendiri tahu adalah satu kebetulan sahaja. Sedarlah...

Long Man berkata...

but don't forget... if we are to spell in arab. the rahman name has 2 harakat on the back... i.e. rahmaan... still got an 'a' to goes before an 'n'...

Tanpa Nama berkata...

Long,

God forbid it is Ali Rastam.


In jawib, the spelling is ro, ha, mim, nun.

Tanpa Nama berkata...

Nurul Isa!