Jumaat, Disember 23, 2011

Fidlot Unta Nasional


Husin dapat tahu sahabat ana Rockybru dapat RM10 juta dari laman-laman blog yang membantu menyebarkan secara halus laporan Keadilandaily ini.

Ana rasa pelik lah. Sejak bila kata-kata dari akhbar Keadilan dipercayai?

Sepatutnya badigol-badigol ini ada tolor untuk bersemuka dan tanya terus pada empunya badan. Mungkin badigol ini belum sampai kematangan sedemikian. Ana pernah talipon satu badigol untuk terangkan sesuatu kesalahanggapan mereka tapi badigol takut nak angkat talipon.

Takpalah ... kalau penakut untuk bersemuka, kita tak boleh jadikan dia berani serta merta.


Kalau benar sahabat ana itu Rockybru dapat RM10 juta, ana mahu tumpang suka dengan kejayaannya dan bukan cemburu. Sahabat ana itu memang layak kerana dia lebih bijak, lebih pandai dan lebih bermaklumat.

Tentu dia lebih pandai memanafaatkan dana sedemikian dari mereka-mereka yang setahun dua baru nak belajar menulis.

Ana teringin juga nak dapat duit macam gitu. Jadi ana mahu ajak itu Rockybru buat biznes sama ana. Kasi labur itu wang.

Husin Lempoyang biznes apa lagi dia tahu kalau bukan biznes unta.... Kita bikin itu Fidlot Unta Nasional (FUN).

Cuma Husin tak akan buat macam ada orang itu ...

Ana tidak akan buat fidlot yang impot binatang dari luar negara, digemukkan di padang lapang yang tanah pun susah mahu dapat dan dagingnya pula terlalu mahal dan kualiti untuk pasaran Malaysia.

Itu bodoh punya kerja. Tak tahu biznes ternak binatang punya orang.


Kalau Husin buat, kita akan belanjakan wang kasi bina makmal dengan alat canggih dan moden, bayar dan ajak professor tempatan yang pandai-pandai buat research, kasi mereka share, cari baka baik dan kacukkan, dan hanya jual air mani dalam tiub ujikaji.

Dari impot dan ekspot binatang dengan modal besar, kita hantar air mani unta saja untuk disuntikkan ke unta betina. Kita cari unta betina di tempat yang ada tanah, dan gembala untuk bela baby unta sampai besar dengan harga murah. Makanan pun kita supply.

Tak perlu belanja besar sampai kena beli kondo untuk binatang di Bangsar dan Singapura. Tak perlu cari tanah beribu ekar. Tak kena labur dalam restaurant. Tak perlu jalan ke luar negara selalu sampai terbeluk dari urusan kerja ke holiday pula. Tak perlu mintak gomen ratus-ratus juta. Tak perlu sampai PM dulu salahguna kuasa.

Itu kerja seorang penyamun bodoh yang terlebih makan budu.


Bila ada untung, kita bayar lembu-lembu tolong pertahankan projek setiap kali Rafizi mahu kacau projek fidlot unta ana...

Lembu-lembu, selidik dan faham lah dulu isu sebelum pertahan. Dah orang lihat kita macam orang tak pirigi sekolah.

Hehehe ... terjual pulak orang.

29 ulasan:

Sulaiman Akhlakan berkata...

hehehe ... sedap kau sindir.

Itulah blogger2 baru2 ni. Cepat besar kepala ingat dah terer. Isu pun banyak tak faham.

jagalah reputasi. Seriuslah dalam buat kerja tu.

Usah mudah dikudakan orang.

Tanpa Nama berkata...

Teguran buat sempadan ye Haji husin lempoyang.

Boleh beli share ke husin?

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Perniagaan air mani lembu atau unta lebih untung dari bela lembu/unta. Kalau tak, takkan lah penyanyi KISS pegi kat satu ranch di amerika dan buat satu realiti show tentang airmani lembu. Bijak kau husin, bukan macam menteri lembu dan lembu lembu NFC tu. Tq

oRang kAmpong berkata...

ana banyak sokong ante la husin.sebab ana pon xperiiigiiii sekolah.he he he.klaaaaaas lee kau husain.

Tanpa Nama berkata...

lembu2 yg pakai baju putih kain merah ke hussin?..yg dok terjerit2 aritu?

Tanpa Nama berkata...

Pak Haji Husin ni sungguh geliga lepas balik dari Mekah. Keberkatan Haji lah tu, Alhamdulillah.

PM patut ambik Pak Husin sebagai Penasihat Negara dan 'sack' punahsihat-punahsihat lain. Punahsihat tu nak sihatkan diri je supaya lebih gemok. Kalau LEMBU boleh dibuat qurban kat Kemboja tapi punahsihat gemok ni nak dibuat ape ek ?

Moga ALLH Melindungi Malaysia dari segala jenis punahsihat.

AMIN.

putrarahman berkata...

Ada orang mengatakan makan budu boleh menjadikan seseorang itu lebih cerdik.

Cucu Tok Selampit berkata...

Salam Tuan Saudagar Unta,

Enta hebatlah Tuan Syeikh! Berguling-guling ana ketawa. LOL. hohoho. Merry Cristmas!

Anjing Godang berkata...

Tuan Haji Saudagar Unta,

Sebagai mewakili binatang yg kuat menyalak, kami ingin menghantar kertas cadangan untuk menyalak bagi tujuan mempertahankan Fidlot Unta Nasional ini.

Banyak unta perlu dipertahankan ni. Walaupun salakan itu sebenar tak berapa effektif. Semangat 'Setia Kawan' la katakan.........

Azmin Ali Kekasih Lama berkata...

Husin

Anwar Ibrahim pun Fidlot juga.

DIa pergi kondo dan suntikkan air mani dalam bontot lelaki atau nonon betina.

Baik kumpulkan air mani anwar cepat2 sebelum dia masuk penjara.

Boleh hantar ke san fransisco dan scandivanian country yang layan gay...

Tanpa Nama berkata...

GAP dan DET lah malu.

Asyik mintak duit untuk blogging issue.

Sekarang dah defend isu yg tak boleh dipertahankan.

Buat apa pertahankan orang salah?

Sendiri malukan akhirnya

CopyPaste-TembakJerr!!! berkata...

tajam tu bro ....

Kueh Kueh berkata...

Blog cybertrooper UMNO patut tukar nama.

Dulu Papagomo skrg Pau Pau Gomo
Dulu Parpukari skrg Paukari
Dulu Gerakan Anti PKR skrg Gerakan Ambil Pau
Dulu Darul Ehsan Today, skrg Pau Ehsan Today
Dulu Medan Permatang Pauh skrg Medan Permatang Pau
Dulu Tun Faisal Ismail skrg Pau Faisal Ismail
Dulu 1Peluru skrg 1Pau
Dulu Double Y skrg Double Pau
Dulu Aku Peduli Apa, skrg Aku Pau Aje

Yang macam Medan Intelek Melayu, skrg layak jadi Contoh Kebodohan Melayu

Aku Peduli Apa @ APA berkata...

Assalam Tuan Haji Hussien.
Sejak ante balik ana tunggu jugak pendirian ante.Sekarang ana dah faham..

Assalam Kueh Kueh..
Bab Aku Peduli Apa tolong keluarkan dari senarai kueh PAU.Sbb gua antara paling lantang attack NFC sampai sekarang dan belum "sendawa pau" lagi.
Tak baca blog gua ke???

Tanpa Nama berkata...

GEMPAR KUNYIT BERCILI

Adik Salleh Budu bribe penyiasat NFC. Baca sini

paneh berkata...

Terima kasih Tuan Haji Husin kerana memperkatakan sesuatu yang kita percaya benar.

Kadang2 lawak juga tengok blogger2 pro gov yang masih muda ni ghairah mempertahankan sesuatu yang mereka sendiri tidak jelas, guna peluru kapur pulak tu.

Tuan Haji, bila mau listkan blog kami dalam blog ante. Sudah 3 tahun tunggu. Unta pun boleh tumbuh janggut ini macam. Hehehe.

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Tentang rancangan Unta Fidlot National tu..usin kena jumpa A.kadir jasin, dia dah buat projek macam tu 15 tahun dulu lagi..

hilbert berkata...

Salam tuan Haji Husin,

itu Ampang Parlimen Ahli, Zuraida YB Kamruddin kasi suntik dengan air mani unta...

Husin Lempoyang berkata...

Paneh

Apa lah sangat link dalam husin Lempoyang. Kami bukan top 20 alexa.

Dah link kan.

Kami hanya link blog yg ada humour.

Kueh-Kueh

Betullah APA kata, dia pun tak setuju dengan NFC

Tanpa Nama 7:06

Bukan adik Salleh Budulah. Kami dengar orang luar nak bantu PR Salleh konon.

Mungkin sorang lagi ahli Pau. :)

Anjing Godam

Terima kasih mahu menawarkan perkhidmatan salak. Tak perlu FUN bayar lembu-lembu :)

Pertubuhan Ahli Unta aka PAU berkata...

Nampaknya blogger blogger pro-UMNO ni semua kaki makan PAU aka pow!

Bagus la tu.

Whistleblower pun cerita org PM, termasuk Awang Adek pun POW org juga.

Tuan Haji Husin patut berhenti berniaga unta aka FUN. Pau aka Pow ja Pemimpin Atasan Umno aka PAU.

Hari tu kecoh merata blog berkenaan Paukari dapat suntikan RM 80k kedlm Maybank akauan dia. Banyak pau boleh beli tu!

Lebat duit. Dengo ceta PauPauGomo pun dah mula mengenakan "Appearance Fee" apabila kehadiran beliau dipinta.

Selebriti tu!

Satira ni amat pedas. Mungkin keselesaan UMNO dlm alam media baru hari ni akan hancus sebelum Pau Raikan UMNO kali ke 13 aka PRU13.

Memang dah jadi rasmi masa pilihanraya, org pau pemimpin UMNO kiri, kanan, atas, bawah sampai licin lecat. Mungkin kaki kaki makan Pau yg disenaraikan Kueh Kueh tu tengah sediakan loyang utk kutip habuan!

Tanpa Nama berkata...

terbaek!! basic nya ialah aku takde pengetahuan/pengalaman ternak unta tapi gomen bagi 150 juta bukak bisnes unta... ini namanya apa ke jadah? orang yang pertahankan orang begini bukan lagi lembu tapi keldai namanya. gomo dan kari dan mim hilanglah kredibiliti kamu sebab sokong sembrono. sokong asal sokong.

Pendita berkata...

Antara Blogger dan Wartawan, peranan hampir serupa dan impak Wartawan lebih terserlah.

Wartawan hanya berperanan di belakang tabir dam melihat event saja

Kenapa Blogger perlu nak ke hadpaan dan jadi celebrity?

Bernas berkata...

Blogger pro UMNO ni banyak perasan ingat depa banyak pembaca dan ranking tinggi.

Persoalannya banyak untuk mereka.

Adakah yang baca itu penyokong atau hanya pihak belah sana dok serang dalam komentator?

Penting sekali adakah blog mereka efektif?

Maksudnya, adakah blog mereka berjaya menjawab serangan iu dari pihak lawan?

Adakah blog mereka berjaya menimbulkan isu yang mengugat sebelah lawan?

Adakah blog mereka membawa impak dalam amar makruf nahi mungkar, pembinaan negara bangsa yang maju lagi dinamik, dan membantu membri timbal balas kepada kerajaan?

Juga penting, adakah blog mereka menarik pngundi ke arah BN dan tidak membuat orang menyampah hingga membenci lalu tidak mengundi BN?

Kalau ranking tinggi tapi merugikan BN kerana imaj negatif yag dibawa dan mesej yang tidak bererti dari tajuk posting.

Ranking tinggi tak susah. Alexa ada cara untuk rig. Isilah dengan porn, melambung ranking!!!

Tanpa Nama berkata...

Top five calon-calon neraka:-

1. Ular dlm semak
2. Pemimpin 'perut buncit'
3. Wartawan al-fasik wal batu api
4. Hakim goes holiday
5. blogger yg goblok lagi porno

Tanpa Nama berkata...

Ya Akhi husain, itu unta banyak2 dekat itu F.U.N. nanti itu IMAM MAHADI ustatt badrul yg tabal boleh pakai pergi cari yahudi mabuk kasih bunuhla.

Nanti itu IMAM MAHADI naik unta tiada pakai seluar baju pasal senang itu torpedo bengkok tembak itu yahudi mabuklah.. :)

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan Hj:Sin

Ana sokong anta ternak unta,sebab ana
boleh bekalkan ruput kering sama dgn
cermim mata hijau pada unta anta.Ana
boleh dapat banyak pulus.

Ana sudah ternak banyak katak.Katak
ana pandai do'a panggil hujan ,sebab itu
Malaysia selalu banjir .Ana mahu export ini katak pada negeri penyamun terbus,bagi itu padang pasir hujan lebat supaya rumput tumbuh subur.40 penyamum tentu suka
hati,,,,.

Ayub Tok akang

Zaidi berkata...

Haju Husin ternak unta
Untung besar buat kenduri
Kepala penin' kena auta
Kalau marah di jual diri

Hawkeye berkata...

NFC ni apasal tak saman nick rafiji,mak lampir dan sai baba nasu tion tu..anyway ana pun ingat nak meniaga hunta jugak ler..atau jadi tokey haiwan kacukan..nak kawinkan ayam dgn hunta..silap2 bole dpt hunta terbang atau ayam ada bonggol..

Budue berkata...

kawe cuma tak suka statement terlebih budu boleh jadi bodoh.... mana fakta n scientific researchnya..