Rabu, Februari 27, 2013
Penyelesaian pencerobohan Lahad Datu
Pencerobohan sekumpulan yang mengaku sebagai tentera diraja Sulu ke Lahad Datu membawa satu masaalah kepada pihak kerajaan. Malaysia.
Dipercayai sebahagian dari mereka adalah tentera pembebasan bangsa Moro bawah MNLF yang dipimpin oleh Nur Misuari.
Sultan Jamalul Kiram III yang kononya adalah waris Sultan Kesultanan Sulu tampil ke hadapan dan mengaku mereka adalah pengikutnya.
Bila diminta pulang dengan aman, dia enggan berbuat demikian atas alasan ...
Ini meletakkan Malaysia dalam keadaan serba salah untuk melakukan tindakan ketenteraaan terhadap sesama ummat dan ketika kerajaan sedang berhadapan dengan pilihanraya umum..
Kematian tentera Sulu itu pasti akan sedikit sebanyak membawa impak politik kepada Barisan Nasional. Mereka akan dituduh alpa dalam menjaga keselamatan sempadan dan ada kaum kerabat tentera Sulu ini mungkin adalah pengundi di Sabah.
Pasti pihak pembangkang akan menyalahkan keputusan kerajaan memberi kewarganegaraan kepada pendatang dari Selatan Filipina yang akan dikatakan masih menuntut Sabah. RCI berkenaan hal ini sedang berjalan di Kota Kinabalu.
Sebenarnya puak-puak ini sudah bermastautin bergenerasi lamanya dan memberi mereka hak Jus Sanguine yang lebih tinggi dari Jus Soli. Mereka tidak mahu lagi pulang ke Selatan Filipina dan sudah sehati sejiwa sebagai rakyat Malaysia. .
Sebenarnya ada banyak dalang disebalik pencerobohan ini.
Nur Misuai diketahui pernah bertemu Sultan Kiram III ini dan menyerang Kumpulan Abu Sayap. Nur Misuari juga menuntut Sabah seperti juga Sultan Kiram ini.
Pencerobohan ini dipercayai oleh pihak dalaman tentera Malaysia dan Filipina adalah rancangan bersama Anwar Ibrahim dan Nur Misuari. Bukti perjumpaan dan motif kuat menunjukkan ke arah itu.
Ada pihak merasakan kerajaan Filipia pun ada terlibat juga kerana mereka pun turut sama nak menuntut Sabah menggunakan legitimasi kesultanan Sulu.
Maka pada pandangan Bukit Aman dan Mindef, cara penyelesaian yang baik tanpa mengorbankan nyawa adalah melalui meja rundingan.
Maka Wisma Putera yang diketuai oleh Dato Anifah Aman, seorang Menteri dari Sabah dipertugaskan untuk berunding dengan pihak Sultan Sulu.
Sebenarnya Kesultanan Sulu ini tidak wujud lagi. Kalau mahu dihujahkan kenapa mereka yang menuntut, kenapa tidak Kesultanan Brunei?
Oleh itu apa sebenarnya yang semua mereka yang terlibat ini mahu untuk menyelesaikan kemelut ini?
Turun ke bawah ....
Turun lagi ...
Turun lagi kalau nak tahu jawapannya ....
Sikit lagi turun ....
Wow! Balik-balik, akhirnya cerita wang juga
U/P Sila baca blog ABITW di sini, mengenai kemungkinan ini semua berkaitan dengan minyak Sabah dan kepentingan amerika.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Hj Husin;
Depa mai kat Sabah tu untuk menagih janji,nak tau cerita tanya Tian Chua dan Rear Admiral.
benarkan orang Sabah memiliki senjatapi untuk mempertahankan diri > http://arimisidek.blogspot.com/2013/02/ketegangan-di-lahad-datu-4-benarkan.html
Link Exchange jika berkenaan, kerana "meniaga orang lebih untung dari meniaga Onta"~ hasan Lempoyang ori
Catat Ulasan