Selasa, September 03, 2013

Akibat dimanjakan dengan subsidi


Sedutan dari filem Anakku Sazali

Sazali: Jam sudah pukul 1. Bapak belum tido lagi?

Bapak: Aku baru pulang dari isi minyak Sazali... tahukah engkau harga minyak naik?


Sazali: Apa Sazali peduli Bapak... 20 sen sahaja! Sekali Sazali petik berliter-liter minyak 95 Sazali dapat Bapak tau!

Bapak: (Pang bunyi penampar) Kurang ajar. Anak tak kenang budi. Patutlah kamu tak hairan dengan kenaikan harga minyak. Anak tak tahu malu!

Sazali: Bapak yang bersalah dalam soal ini. Bapak membesarkan Sazali dengan duit BR1M yang diberi kerajaan sewenang-wenangnya.

Bapak: Sudahlah Sazali! Aku nak tido. Mulai hari ini, jangan kau pinjam kereta Bapak kerna minyaknya sudah penuh ku isi.

Wow! Subsidi jadikan anak rosak

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sazali : kalau macam tu sazali jalan tunggang unta husin sahaja...

Penarek kereta berkata...


Sazali : Tapi tiap tiap bulan duit kereta Sazali yang bayar...

Tanpa Nama berkata...

Emak : Lain kali beli kereta lembu. Tak payah bising harga minyak naik. Tak payah bising harga minyak naik, tol naik, harga kereta turun, speed trap lagi. Lepas 2 tahun jual lembu. Ini je kereta yang tak rugi atau makan di zaman

kluangman berkata...

Petrol naik tak apa, jangan pelicirnya pak..

Tanpa Nama berkata...

kalau tak mampu jalan kakai saja. Jangan meronggot

Tanpa Nama berkata...

Ini semua salah Bapak,,bapak la ajar jadi boros,bapak la ajar jadi tamak haloba,bapak la ajar kroni2 naik toncang,,,

Tanpa Nama berkata...

Ini semua salah Bapak , kerana bapak dari dulu bagi subsidi , kalau dulu bapak ajar Sazali berusaha sendiri , tanpa perlu pertolongan subsidi , tak kan bagini nasib bapak . Padanlah muka bapak yang sekarang ...