Isnin, September 02, 2013

Kelas pemulihan patriotisma



Sudah masa kerajaan pulihkan patriotisma di kalangan rakyat yang bertambah hari bertambah tiris. Ini mesti disebabkan pemahaman sejarah yang tipus dan usaha pihak tertentu nak ubah sejarah.

Satu cara adalah mengadakan kelas pemulihan patriotisma macam kelas dewasa dulu-dulu. Salah satu mata pelajaran adalah sejarah.

Oleh kerana ceteknya pemahaman sejarah di kalangan kita, Husin boleh bayangkan kertas ujian kelas  sejarah untuk kelas pulihkan patriostisma terpaksa dimudahkan.

Bayangkan soalan sejarah seperti begini:

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot
2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh
3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke
4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light
5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung
6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit
7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers
8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder
9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab
10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja
11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala ***** Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing
12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak
13. Siapakah Ketua Komunis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau
Wow! Pasti teransang baca buku sejarah Mahmud June

10 ulasan:

Fikir Tajam berkata...

Lagi satu Husin lupa..

Buku Sejarah kena tulis dalam Mandarin kalau tak nanti BABI tak faham.

kulup selan berkata...

Pulau Pinang dibawah pemerintahan Kedah .... yeop oooi.. bukannya buka oleh Torch Light, Traffic Light, Francisca Peters, Light and Easy atau Francis Light.

Tanpa Nama berkata...

#7, sebenarnya Datuk Maharajalela TIDAK bunuh JWW Birch, hanya org suruhan dia yg lakukan tapi dia dituduh dan disabitkan kesalahan.

kluangman berkata...

Kalau belajar tawarikh di sekolah jenis kebangsaan tamil ladang mengkibol kluang..

Yang membuka Melaka tentulah Param.

Tanpa Nama berkata...

Sapa yang jadi penganjur sambutan hari kemerdekaan...
A. Rais Yatim
B. Shabery Chik

hangkedee berkata...

Siapa kah kencing bendera Umno:

A.Ah jib gor
B.Krismudin
C.kitol kj
D.Namawee Nazri
E.Lim kongkek siang
F.Semua diatas

Tanpa Nama berkata...

hapuskan sekolah vernakular atau jangan iktiraf sijil sekolah tersebut,,, lepasan sekolah tersebut hanya boleh sambung belajar di taiwan atau tamil nadu yang tidak di iktiraf juga....atau kita tidur je....

longjack2006 berkata...

Husin,
Soalan ko ni memang soalan minda kelas pertama....terbaikkkkk

longjack2006 berkata...

Husin,
Soalan ko ni memang soalan minda kelas pertama....terbaikkkkk

Tanpa Nama berkata...

Disebabkan lupa sejarah atau tidak pernah belajar sejarah..seorang pemuda melayu telah menukar nama melayunya kepada nama cina. Apakan nama cinanya sekarang?
A. AH!!! aku pun tak tahu
B. WaJIB GoReng
C. Ikan GOReng
D. Semua di atas / Tidak ada satu pun di atas