Isnin, Julai 18, 2016

Luaskan kuasa ... makan mi dengan tangan


Negeri lain hanya gelar rakyatnya sebagai orang Perak, orang Kelantan, orang Kedah dan orang Selangor tapi Johor gelar dirinya sebagai Bangsa Johor. Begitulah bangganya orang Johor hari ini dengan identitinya sejak wujudnya pasukan bolasepak JDT.

JDT adalah untuk jati diri Bangsa Johor. Jauh sekali ingat ia hanya platform untuk popularkan sesiapa. Bangsa Johor bukan setakat bermakna mana-mana kaum atau penduduk tetapi lebih luas hingga membawa maksud Negara Johor.

Hanya Johor satu-satu negeri dalam Malaysia yang ada askar sendiri yang dipanggil Timbalan Setia. Kini ada ura-ura mahukan "polis" sendiri untuk jaga keselamatan Iskandar Malaysia.

Cita-cita mahu jadikan Johor Baru sebuah Metropolis untuk menyaingi Singapore jika tidak upaya kalahkan buat masa terdekat. Rancangan untuk adakan #BankJohor boleh satu hari jadikan Jay Bee pusat kewangan.

Jangan pula salah anggap Johor mahu tinggalkan Malaysia. Kerajaan Johor hebat di masa sejarah silam.

Ini semua untuk merealisasikan kebanggaan Bangsa Johor kepada sejarah, kebudayaan, dan keMelayuan orang Johor sebagai identiti ke arah yang positif.


Luaskan Kuasa! hanya slogan.

Mana mampu nak bina tentera dengan senjata dan aset mahal-mahal. Sudahlah duit Singapura sudah beli harta-harta di Johor, tak lama lagi tentera Singapura pun masuk jajah.

JDT itu adalah kisah Tepok dan Dengkis


Sejarah Johor tidak pernah dijajah mana-mana penjajah.

Suatu masa Johor perangi penjajah Belanda dari Melaka. Jika tidak pasal Aceh tikam belakang untuk bersekongkol dengan penjajah, sudah lama orang Eropah balik negera mereka.

Itu sebab Johor sentiasa dihormati.

Ketika tentera Jepun masuk Johor selepas British ca alif bot masa Perang Dunia ke 2, mereka terus tabik pada Sultan Johor ketika itu. Tidak jadi nak jajah.

Dr Mahathir sering perkecilkan kewujudan Penasihat British sebagai satu cara penjajahan. Bagi orang Johor, itu strategi untuk meyelamatkan diri dari tipu muslihat dan mengelakkan dari dijajah British.

Jangan lupa UMNO bermula dari UMO di Batu Pahat dan dinobatkan di Istana Johor.

Sebelum ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu, Kerajaan Johor sudah ada kedutaan-kedutaan di luar negara terutama di Eropah.

Bangsa Johor sudah lama global. Itu pasal Sultan Johor tidak pakai tanjak. Istana dan bangunan-bangunan bukan rumah kayu macam-macam Istana Raja-Raja Melayu yang lain tapi rumah batu ikut arkitektur Eropah.


Maka itu juga sebab Laksa Johor bukan macam-macam laksa-laksa Melayu dari kawasan-kawasan lain. Laksa Johor bukan mi macam laksa lain tetapi lebih macam pasta salad. Guna pun Italian spaghetti.

Cuma satu saja masaalah dengan Bangsa Johor dan Laksa Johor. Ada ke makan Laksa dengan tangan?

Wow! Bila orang Johor akan main dalam JDT? 

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan Hussin Lempoyang.... terimakasih..... JDT Dan JDT II adalah dua lambang kesungguhan Johor melihat Bolasepak sebagai salah satu kaedah memertabatkan keunggulan bangsa Dan negara. Saya melihat keunggulan JDT sebenarnya adalah bukti bahawa bolasepak negara sebenarnya hebat sebagai yang di impikan sebahagian besar rakyat malaysia . Tolak ketepi pemain import Dari luar negara (boleh di anggap atas sbg tujuan komersial Dan pemangkin keterujaan Dan pendorong), ya memang JDT tiada pemain Johor itu kenyataanya..... tapi bila dilihat matlamatnya di JDT lah berkampungnya jaguh2 yang paling berpotensi mengembling tenaga sebagai pasukan MALAYSIA kerΓ na di dalamnya dibarisi pemaian sebahagian besar negeri yang ada di Malaysia. Nah disitulah maksudnya... di JDT pembangunan yang comprehensive berjaya menggilap bintang2 ini..... persoalan tiada pemain Johor di dalam JDT bukan isu kerΓ na Johor memiliki JDT II. kedua2 nya akan menjadi perbandingan nyata.... maksudnya pemilik JDT tidak pilih bulu untuk sebuah pasukan bintang yang mencermikan sebuah pasukan NEGARA.... iaitu Harimau Malaysia ... namun hasrat sebenarnya jika di takdirkan JDT Dan JDT II sama kental Dan menyinar..... maka terlaksanaah sebuah perancangan yang tuntas Dan harus di jadikan sebagai benchmark..... ketika itu... bila bila pun keluar masuk pemain tidak lagi berdasarkan negeri... tetapi berdasarkan bakat yg sebelumnya tidak dieksploit sebaiknya oleh FAM.

Ted Manoff berkata...

Bezanya ada ilmu dan tiada ilmu...contohnya bangsa Arab di nisbah kepada jati diri bangsa itu bukan pada tempat...orang Jordan tidak memanggil diri mereka bangsa Jordan tetapi bangsa Arab..kita boleh nampak kecherdikan orang Arab dalam menggelar diri mereka dan bukan seperti Melayu yg tidak berilmu dalam meletakkan taraf bangsanya sendiri. Sewajarnya Melayu bangga dengan bangsa Melayunya..kaum jawa dan bugis bangga dengan Jawa dan Bugisnya.. Jangan berlebihan dalam memaksa jati diri..Nnt jatuh masok gaung

Tanpa Nama berkata...

Tuan Hussin Lempoyang.... terimakasih..... JDT Dan JDT II adalah dua lambang kesungguhan Johor melihat Bolasepak sebagai salah satu kaedah memertabatkan keunggulan bangsa Dan negara. Saya melihat keunggulan JDT sebenarnya adalah bukti bahawa bolasepak negara sebenarnya hebat sebagai yang di impikan sebahagian besar rakyat malaysia . Tolak ketepi pemain import Dari luar negara (boleh di anggap atas sbg tujuan komersial Dan pemangkin keterujaan Dan pendorong), ya memang JDT tiada pemain Johor itu kenyataanya..... tapi bila dilihat matlamatnya di JDT lah berkampungnya jaguh2 yang paling berpotensi mengembling tenaga sebagai pasukan MALAYSIA kerΓ na di dalamnya dibarisi pemaian sebahagian besar negeri yang ada di Malaysia. Nah disitulah maksudnya... di JDT pembangunan yang comprehensive berjaya menggilap bintang2 ini..... persoalan tiada pemain Johor di dalam JDT bukan isu kerΓ na Johor memiliki JDT II. kedua2 nya akan menjadi perbandingan nyata.... maksudnya pemilik JDT tidak pilih bulu untuk sebuah pasukan bintang yang mencermikan sebuah pasukan NEGARA.... iaitu Harimau Malaysia ... namun hasrat sebenarnya jika di takdirkan JDT Dan JDT II sama kental Dan menyinar..... maka terlaksanaah sebuah perancangan yang tuntas Dan harus di jadikan sebagai benchmark..... ketika itu... bila bila pun keluar masuk pemain tidak lagi berdasarkan negeri... tetapi berdasarkan bakat yg sebelumnya tidak dieksploit sebaiknya oleh FAM.

Tanpa Nama berkata...

salam sin.
tak taulah sin, kalau dah makan mee rebus lepas tu nak makan laksa Johor, aku mesti letak sudu & garpu, aku makan laksa Johor mesti guna tanga. dia punye sun lain lah sin...lagi satu sin... bukan mi lah sin tapi spaghetti..kalau mee rebus, mee sup, mee hoon sop, mesti guna sudu & garpu...
selamat hari raya sin..

Tanpa Nama berkata...

Baik sultan johor xpakat jual nama bugis.

Malu ada pahlawan langkah mcm puteri jelitawan.
Layar di labuh, dibongkarnya sauh.
Ada pun penasihat, di nasihati si pengkhianat.
bila laporan polis dibuat, si pelapor yg kena sumbat.
Bila jabatan audit buat kira2, laporannya pulak membahayakan negara.
Ada menteri dh cabot lari, pi jordan konon xmendalam kalau belajar dgn hj hadi.
Ada org bila susah ingt tuhan, ade jgk bila berwang maruah dan akal jdk taruhan.
Depan warga demi agama bangsa dan negara, depan kawan2 juta2 kita kira.

Anon berkata...

Wtf...mmg org johor makan laksa dgn tangan....hehehhehehe

Sunnah nabi

Tanpa Nama berkata...

Orang negeri lain makan laksa dengan kaki ke?

Tanpa Nama berkata...

Maka bermulalah kempen untuk memburukkan Johor. Maka benarlah melayu dan dengki tak dapat dipisahkan...kalau dah negeri sendiri takda apa yg nak dibanggakan jgn la dengki dengan bangsa johor yang bangga dengan negerinya...

Tanpa Nama berkata...

tuan husin seingat saya ada satu ketika org kel pon mengaku diri mereka bangsa kel. saya rasa sick la tuan husin dgn org2 gini. perasan dan kes syiok sendiri. nak muntah ler..

Tanpa Nama berkata...

Ingatkan masalah 1MDB dah cukup besar. Rupanya masalah bangsa johor makan laksa dgn tangan lebih memeningkan kepala tuan.

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan masalah makan laksa johor kan..tp lebih kepada tak puas hati dgn TMJ kan..hmmmmm

Tanpa Nama berkata...

Bangsa Johor atau Jawa.