Ahad, September 04, 2016

Bang Din mahu berani tetap serba salah


Sebaik Dato Khir Toyo dan bekas pemberita Norashikin Rahman bernikah lagi, gambar di atas turut tersebar.

Pertama gambar ini palsu.

Kedua, Husin susah nak percaya Tan Sri Muhyiddin ada hubungan sulit berdekad lama dengan isteri orang bernama Dato Nika Gee.

Tambah lagi, kisah yang didengar mengenai Nika boleh dipendikkan cerita sebagai "wild".

Tak akanlah anak orang wara cikgu ugama dan orangnya pun membawa politik Melayu dan Islam bertingkah laku demikian.

Semasa pertama kali dengar khabar Abang Din kau ada hubungan sulit ialah semasa dia MB Johor puluhan tahun dahulu.

Husin tak percaya sebab pemberi maklumat tidak berapa betul orangnya.

Tapi bila Bang Din cari pasal, keluarlah dia.

Isu hubungan sulit ini sudah timbul beberapa kali tetapi kali ini bermula dari ucapan Bang Din baru-baru ini di Kelantan.

Bang Din kata dia hampir pengsan bila ditunjuk Tan Sri Gani Patail akan akaun Najub yang ada RM4 billion.

Dato Nazri Aziz pun membalas dengan melawakkan kata-katanya.

Dia bertanya kenapa hampir pengsan. Sepatutnya dia terus pengsan dan bukan lagi hampir-hampir. Kalau dirinya, Nazri kata dia pasti terus mati terkejut.

Secara kebetulan Bahagian-Bahagian UMNO sedang bersidang.

Dato' Zahid Hamidi guna peluang ketika rasmi untuk cabar Muhyiddin tunjuk bukti. Sudah berapa hari masih tak jawab.

Dato Mukhriz pun turut bantu Bang Din tapi bila bayang-bayangnya cabar sumpah junjung Quran, berhari terdiam.

Bercuti lagi ke London kot?

Begitu juga, Dato Tengku Sharifuddin yang mencabar Bang Din tunjukkan bukti. Dia turut berkata ini semua hanya untuk alih pandang dari masaalah Nika Gee.

Maka marahlah Bang Din lalu keluar kata-kata yang jarang kita dengar keluar dari mulutnya.

Turut dikata Dato Tengku hanya "Yes Man" yang sedia diperguna Najib.


Dibalas Dato Tengku, saya memang Yes Man sebab saya bersama Najib 20 tahun dan percaya kepada tujuan dan hasratnya.

Katanya lagi, Bang Din pun Yes Man tapi berusaha di belakang untuk jatuhkan boss dan gagal.

Hal ini sudah reda buat seketika.

Bang Din pun sudah cerita lain dan perhatian ke isu baru. Katanya UMNO akan hilang 45 kerusi dan tidak lagi memerintah. Hishamuddin atau Rahman Dahlan balas balik.

Begitulah sekarang ini pertempuran politik tengah rancak.

Masing- masing sedang menjual masing-masing serta prinsip, kepentingan, bangsa dan ugama demi kuasa dan mempertahan harta karun yang lama tersimpan.

Macam-macam kata, senjata dan cara diguna untuk lemahkan lawan termasuk kehebatan berhujah, mereka-reka fitnah, tuduh menuduh, serangan peribadi, dedah mendedah, dll.

Turut kedengaran kata-kata "Berani kerana benar, Takut kerana salah."

Bang Din pun guna kata-kata sama untuk menguatkan hujah dan pendirian politiknya mempersoalkan kewibawaan Dato Najib dan menuntut letak jawatan.

Bila hal Nika Gee timbul, kata-kata itu mungkin jadi janggal dan tidak hairan sudah berubah.

Perlu faham bahawa bukan musuh politik yang dedah tapi suami Nika Gee menyebut hubungan antara isterinya dengan Bang Din dalam affidavit ke mahkamah.

Husin tak percaya ia berlaku tetapi kalau ikut mahkamah buat sementara ini, ia berlaku.

Fakta tersebut akan diterima pakai sebagai bukti dan fakta oleh mahkamah melainkan ada nafi balas dari si isteri atau permohonan dari Muhyiddin mohon 'strike off' kenyataan itu.

Suami Nika Gee seorang peguam lama dan bekas pendakwa awam.

Bang Din sudah buat kenyataan menafikan. Jika Bang Din lawan untuk cuci namanya, lagilah menjadi si peguam. Maka ia dilihat satu pengakuan dan lagi macam-macam aib terdedah.

Sering kali penyokong Bang Din juga berhujah jika tak saman maka maknanya salah.

Sebenarnya hujah itu tidak adil. Itu yang mampu saman. Yg tak mampu samada kewangan atau sebab lain, tak upaya perolehi keadilan.

"Berani kerana benar, takut kerana salah" itu betul tapi bila menyaman hanya menyusahkan, maknanya baik tak payah. Mahkamah pun tidak menjanjikan keadilan hakiki.

Bang Din mahu berani kerana benar tapi dalam hal ini, jadi serba salah. Maka mana satu yang dikatakan benar? Lojik akal dan rasa atau bukti dan fakta?

Wow! Allah maha mengetahui segala isi hati, menuduh perlu berhati- hati

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Fitnah mengenai perkahwinan itu pada saya hanyalah FITNAH. Secara lojik fitnah itu perlu ditolak sebab:-

1) Mana boleh kahwin isteri orang yang belum diceraikan!
2) Banyak2 tempat kenapa nak buat di Pagoh? Tak logik. Buat dekat kampung sendiri.
3) Tak de tersenarai pun acara tersebut di Jabatan Agama, Muar.

Jadi awaslah terhadap perkara-perkara fitnah yang bertujuan menjatuhkan nama baik seseorang.

Tanpa Nama berkata...

TSMY tak boleh dedah bukti yg ditunjukkan oleh Ghani Patail sbb terikat dgn BAFIA.

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh pasal dia tak ada. TSMY tak pandai temberang. Dia bukan pandai temberang macam mamak.

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh pasal dia tak ada. TSMY tak pandai temberang. Dia bukan pandai temberang macam mamak.