Sabtu, November 19, 2016

40,000 pengundi Bangla dijumpai


Rupanya puak-puak Mahathir. Kah kah kah .... kenapa tidak terfikir.

Wow! Soroskini yang jumpa


5 ulasan:

Rabbit berkata...

Hahaha
Torbaikkkk

Cik Minah berkata...

Penting sangatkah jumlah orang yang
menghadiri perhimpunan BERSIH.......???
Saya tak pernah sekali pun ikut
perhimpunan BERSIH, termasuk kebanyakan
Melayu di Shah Alam, Selangor dan
pengundi-pengundi PRU13.
Menangkah UMNO di Selangor....????
Pakcik Hussin, ercayalah kepada
perancangan ALLAH.
Setiap hari 5 kali kami berdoa,
mohon dilindungi.
Allah maha mengetahui.
Ramai KLEPT yang dilindungi dengan
kekuasaan tentera dan wang ringgit
tidak dapat menentang perancangan
Allah bila tiba waktunya.
Tunggu dan lihat sahajalah


DOWN TO KLEPTKORASI

Cik Minah berkata...

TADI selepas subuh seorang ibu berkata:
“Hatiku gusar
Badanku menggeletar
Anak-anak kesayanganku ditangkap, digari
Dibawa pergi.”

Aku pun berkata:
“Usah ibu duka lara
Anak-anakmu yang ditangkap itu
Bukan perompak dan pencuri
Bukan juga pengkhianat dan penipu
Mereka adalah pejuang-pejuang muda
Pengarak panji-panji negara
Yang panas darahnya
Dan kental jiwanya.

“Mereka tidak mahu menyendiri
Berpeluk tubuh bersenang hati
Sedangkan negara mereka dinodai
Amanah rakyat dikhianati
Rezeki mereka dibawa lari
Masa depan mereka diperjudi.

“Anak-anakmu itu
Adalah para pejuang muda
Yang jiwanya suci
Mereka tidak mahu melihat
Negara dinodai
Langsung mereka bangun
Dengan panji-panji ibunda.

“Usah ibu gundah gulana
Dulu pun begitu juga
Anak-anak muda
Bangun menentang angkara durjana
Menyelamatkan negara dari penjajahan
Mereka berjuang menuntut kemerdekaan.

“Kini mereka sudah tua
Walaupun semangat tetap ada
Tetapi tenaga sudah dimakan usia
Semakin hari semakin tidak berdaya.

“Maka wajarlah
Anak-anak dan cucu kita
Mengambil alih panji-panji dan bendera
Memijak lumat pengkhianat bangsa
Membina kembali negara tercinta.”

Aku berkata lagi kepada ibu itu:
“Tadahlah tanganmu ke langit
Dongakkan mukamu ke awan
Lafazkan Bismillahirrohmanirrohim
Dan mintalah kepada Yang Maha Kuasa
Berikan keselamatan dan semangat waja
Kepada anak-anak dan cucu kita
Walaupun tangan mereka digari
Mulut mereka dikunci
Namun semangat mereka sekeras besi
Kerana di atas bahu mereka
Terletak harapan bangsa.”

Selamat berjuang
Anak-anak dan cucuku
Hari ini harimu
Mengambil alih panji-panjiku
Aku sudah tua
Tidak lagi berdaya
Aku hanya mampu
Berdoa untukmu
Dan menunjuk jalan lalu
Tuhan bersamamu.

Posted by A KADIR JASIN at 8:10 AM

Karl berkata...

Emo pulak si Kadiaq tu.
Bila tak ada fakta, dia cangkui auta.

Tanpa Nama berkata...

Elok la byk2 berdoa cikpuan minah doa byk2 negara jgn d perintah oleh mereka yg berhati komunis . Sbbnya dah ramai melayu sudah tidor sebantal dgn komunis dan mimpi pon sama.