Rabu, November 16, 2016

Enam kotak kembali da ...


Enam kotak yang dahulunya jadi retorik Ezam sudah kembali wujud.

Ketika Ezam kembali ke UMNO dan ditanya mengenai enam kotak, dia kata bukan dia yang pegang, tetapi pada Anwar Ibrahim.


Pastinya bukan kebetulan untuk tiba-tiba muncul balik enam kotak tersebut sebaik dia keluar UMNO untuk sertai PPBM.

Sudah macam cerita Bujang Lapuk kembali da....


Bagi penggiat politik yang masih menetek susu ibu ketika zaman reformasi Anwar macam Syed Saddiq, enam kotak ini kononnya berisi dokumen dan bukti salahlaku Tun Dr Mahathir.

Eloklah tu, dedahkan salahlaku Pengerusi parti yang Ezam sertai. Adakah kini Ezam jadi senjata Muhyiddin terhadap Mahathir di esuk hari?

Di mana Ezam berada dia situ dia mengkhianat dan menikam dari belakang.

Dari zaman reformasi hingga kini, mana sahabat dan rakan seperjuangan yang Ezam boleh kekalkan dan tidak dia ketepikan selepas diperguna.


Ura-uranya Ezam diajak Wan Azizah kembali ke PKR untuk sekat Azmin dari menjatuhkan Presiden PKR dan seterusnya menggantikan Azmin untuk jawatan MB Selangor.

Entah-entah khabar angin ini Ezam sendiri yang sebar.


Cerita sampingannya adalah Ezam mahu kembali mendekati Nurul Izzah si jantung hatinya.

Ezam meninggalkan PKR ketika Izzah bernikah dengan bekas suami. Maka, adakah cinta masih tidak berbalas?


Sudah-sudahlah Ezam, satu pun cerita atau khabar angin atau kata-kata mu tidak boleh dipercayai langsung.

Dari Malaysia ke Indonesia, siapa yang kamu tidak khianati dan bocorkan maklumat dari zaman reformasi hingga kini.

Padan tidak dapat jawatan dalam PPBM. Zahid Md Arip yang hanya lulus SPM dan kuat merepek boleh dilantik.

Begitu juga perjuangan kamu menentang rasuah. Banyak cerita di MOF mengenai kamu.

Wow! Sekarang rumah besau

1 ulasan:

Rabbit berkata...

Mambang kotak kembali da...