Khamis, Ogos 02, 2007

Kisah Khalid Nordin Di Rumah Geisha

Adegan dari filem Memoir of a Geisha,
bukan Khalid berasmara dengan Geisha

Dengo-dengo Dato Gani Osman dah sebuk mengemas Saujana, rumah rasmi Menteri Besar Johor, untuk berpindah. Macam dah pasti, dia tidak akan kekal sebagi Menteri Besar. Semasa PRU lepas, Dato Khalid Nordin sudah sepatutnya berpindah ke kerusi ADUN dari kerusi Parlimen dan Dato Gani sebaliknya, tetapi di minit terakhir malam pukul 2 pagi sebelum hari pencalunan Pak Lah tukar balik. Flip flop memang rasmi Pak Lah dari dulu, bukan masa cerita Jambatan Johor saja.

Gani ni pun satu juga. Masa di Federal dulu, bermati-matian tidak mahu dihantar ke Johor. Mungkin dia sedar, bila Tan Sri Mahyuddin pindah ke Federal, politik Mahyuddin akan lagi menyerlah. Di PRU lepas, bila hendak dihantar balik ke Federal, macam-macam cara untuk dapat kekal di Johor pula.

Entahlah ... Baik kita kembali pada cerita mengenai Khalid Nordin, anak didik Dato Shahril Samad dan cucu didik Tun Musa Hitam, atau Musang tak berbulu kening.

Walaupun belum lagi rasmi diangkat jadi Menteri Besar Johor dan dia faham perkara last minute boleh berlaku, Khalid sudah berusaha sedaya upaya untuk awal-awal lagi mendapatkan pelaburan untuk WPI. Sebagai contoh, dia telah siang-siang dapatkan komitmen syarikat TRC Synergy Berhad untuk melabur di Johor. Nak tahu kenapa, hehehe ... sila buka blog Si Mata Biru di sini dan sini.


Khalid amat menyedari bahawa dia banyak kekurangan berbanding dengan dua Menteri Besar sebelum ini. Satu, dia bukan keturunan Bugis atau Melayu Deli, tetapi orang Banjar. Kedua, dia bukan dalam jaringan dan keluarga orang Muo tetapi entah mana asal usulnya di Johor. Dia belajar pun di Sekolah Aminuddin Baki, yang semasa dia menuntut dulu, ada reputasi sebagai sekolah budak jahat. Tidak macam Gani dan Mahyuddin yang belajar di High School Muo.

Akhir sekali, dia pendek, gelap dan muka sedikit bulat, tidak hensem. Tan Sri Mahyuddin segak dan sasa. Dato Gani Osman tinggi, gaya aristokratik, dan suatu masa dulu meminati dan diminati Sharifah Aini, kata-kata gossip tidak baik.

Al kisah yang tidak diketahui kesahihan ceritanya, dalam satu lawatan ke Jepun anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (pendikan dulu KPUN tetapi sekarang KPUNDEK), Dato Khalid Nordin telah dapat bertemu dengan seorang Industrialis Jepun yang menunjukkan minat untuk melabur ke WPI.

Selepas berbincang panjang, dia telah dijemput pada petang hari untuk ke sebuah rumah Geisha. Jangan salah faham Geisha bukan pelacur tetapi penghibur tradisi. Kalau kamu tidak kaya dan orang Jepun tempatan, bukan boleh dapat masuk rumah Geisha. Di rumah Geisha, tetamu akan dijamu makanan dan minuman, dan dilayani serta di hiburkan oleh Geisha. Mereka ini pandai mempersembahkan kesenian Jepun.

Selepas puas makan dan dihibur dengan persembahan kesenian Geisha, Industrialis itu mengajak Khalid berehat dan urut di kemudahan Spa tradisional Jepun yang merupakan sebahagian rumah Geisha itu. Khalid bersetuju.

Mereka bangun bersama teman Geisha dan ikut tuan punya rumah Geisha itu atau kita panggil mamasan, membawa dia ke bahagian Spa. Sampai-sampai di bilek persalinan, teman Geisha membantu dia salin pakaian ke seluar pendek dan robe. Dia pun berendam dalam air panas gunung berapi, dan mengeluarkan peluh dalam steam room dan bilek panas. Selesai dan rehat rasa otot-otot, dia pun mandi dan teman Geisha membantu dia tukar pakaian ke kimono untuk berurut.

Geisha membawa dia kebilik sendirian. Sebelum dia memanggil masseur, dia suruh Khalid bersedia telanjang dan tiarap di atas katil. Khalid pun buat seperti yang disuruh. Tidak berapa minit, seorang masseur wanita masuk dan bila Khalid menoleh untuk melihat cantik ketidak, dia tiba-tiba tersipu-sipu dan lari keluar.

Datang lagi seorang masseur wanita lain, dia meletakkan ubat-ubat dan minyak-minyaknya. Semasa dia baru nak melumurkan minyak ke badan, Khalid menoleh untuk hendak bertanya sesuatu tapi sebenarnya nak tengok lawa ke tidak. Sekali lagi masseur tu tersipu-sipu ketawa dan bergegas keluar membawa ubat-ubat dan minyaknya meninggalkan Khalid.

Khalid menjadi birang dan memanggil mamasan. Dia memberitahu peristiwa yang sudah berlaku. Mamasan tunduk-tunduk dan beberapa kali membongkok-bongkok memintak maaf dan memberi jaminan tidak sepatut berlaku. Dengan segera, dia keluar dan hiruk pikuk kedengaran dari bilik Khalid suara Jepun ni memarahi anak-anak buahnya. Tiba-tiba hilang suara bising dan di ikuti dengan ketawa.

Khalid heran dan tertanya-tanya di dalam hati. Apa sudah berlaku? Bila dia akan dapat di urut? Tidak lama kemudian, masuklah mamasan itu sambil berbongkok hormat. Dia meminta maaf dan menawarkan seorang masseur lelaki. Khalid tidak mahu lah kerana dia nak merasa juga jari jemari lembut wanita Jepun mengurutnya. Dia bertanya kenapa?

"Sori sir, I think very difficult. Japanese girl cannot concentrate to work when they giggle" jawab mamasan itu dengan pelat Jepun yang pekat.

"Whats wrong with me to make them giggle uncontrollably", jawab Khalid yang sebagai lawyer mempunyai kebolehan bahasa Inggeris tetapi cakapnya masih ada pelat banjo.

Sambil menunduk ke bawah dengan hormat, mamasan itu menjawab dengan perlahan-perlahan, "Apologise again sir. The girl cannot stop laughing becasue when you turn your head, the girl said your face look like your ass".

Itulah siapa pergi suruh cium tangan Khairy, tukang urut rumah Geisha pun ketawa tengok kamu. Hehehe ... Lagi untung berniaga orang dari berniaga unta. Wow!

12 ulasan:

Unknown berkata...

This is the 3rd posting of yours that I have read, and you are great. I guess you must have been a journalist or a writer of some form. To be honest I have laughed myself silly reading your postings. Thank you very much for sharing with the bloggers community such beautiful and original essays. I am clamoring for more.

THANK YOU.

tunku berkata...

ya husin, this is really a good one, first i thought it was a true story,hehehe.

hask berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Khaled Nordin Menteri KEPUNDEK ini dulu cium tangan Khairy Jamaluddin. Apa punya kaki ampu, Menteri Kabinet cium tangan Naib Ketua Pemuda UMNO!

Khaled ini pun bukan pandai sangat

ghostline berkata...

ampu tuanku beribu-ribu ampu!

hah! khalid nordin ni sepatutnya berdoa syukur - nasib baik mamasan tu tak suruh tukang urut SUMO; habis dato ampu ni dipijak-pijak jadi okonomiyaki (japanese pancake)! Sampai masa tu betul-betul takde beza punggung sama muka.

AirFilterKotoQ berkata...

Khaled Nordin??..

Kalau nengok gambar, driver sebelah rumah aku jauh lebih hemseeem dari dia nih.

Kalau dia niaga kat pasar pun, belum tentu orang kenal, kalau yg kenal pun pasti kena hayun siku tahap-18.

Unknown berkata...

haha....menarik....sgt2 kelakar!!

richrichman berkata...

kesian husin lempayung..org tak ada akal macam ni pun masuk blog..kesian akal kurang..otak biul dan cita-cita dab cakap tahap lantai toilet rumah aku..

richrichman berkata...

kesian husin lempayung..org tak ada akal macam ni pun masuk blog..kesian akal kurang..otak biul dan cita-cita dab cakap tahap lantai toilet rumah aku..

i-JazZ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

apebenda la lu ni bro, kasi lah cerita yang munasabah sikit... umur lu berapa bro.. dulu sejarah dapat berapa bro..

Unknown berkata...

pe mende lu ni bro.kalo nk tls blog pon tls la artikel yg m'bina.bkn yg memusnah camni.lu ade otak ke xde otak bro???otak lu ltk kt b0nt0t ke.ckp mcm org x b'tamadun je