Selasa, September 16, 2008

Sept 16 12:30: Anwar angkat sumpah pukul 5:45 pagi ... Jangan tidor!


Dalam syarahan Anwar di Shah Alam malam tadi, dia begitu yakin akan menubuhkan kerajaan baru. Katanya, dia sudah cukup jumlah ahli Parlimen. Sumber-sumber PKR berkata, Muhyiddin yang membawa tekanan baru terhadap Dolah adalah antara yang akan lompat.

Menurutnya, Pak Lah yang sudah goyang tidak ada pilihan. akan bertemu PM Abdullah untuk membentangkan nama-nama serta mengemukan cadangan peralihan kuasa secara aman.

Sahlah dia akan jadi PM. Tiada misteri lagi. Nampaknya, perlantikan Anwar akan disegerakan. Apabila fajar menyinsing esok, kita akan ada PM baru.

Desas desus berkata Anwar akan mengangkat sumpah esok pagi pukul 5:45 pagi di Istana Negara dihadapan DYMM Seri Paduka Baginda diiringi Haji Hadi, Lim Kit Siang, dan Sivarasa. Jadi kita semua tak payah tidor dan tunggu peristiwa sejarah Anwar dilantik Perdana Menteri.

Semua sudah tidak boleh berpatah balik. Anwar dah kira PM. Takkan tak mahu percaya lagi. Susah nanti. Berpuloh ribu orang di Stadium percaya. Tak akan dia orang terlalu taksub pada Anwar hingga tak boleh fikir? Ada Akauntan, Loyar, Doktor and Engineer.

Awas dengan dakyah media perdana. Jangan percaya. Penafian Muhyiddin tadi di TV3 pun sengaja dibuat-buat untuk mengelirukan Dolah.

Tunggu laporan 5:45 pagi.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sin,pagi benor 5.45pg tu.DYMM Agong dah bangun ke?Tak ada orang-orang kenamaan dan duta-duta perwakilan asing ke? Bunyi macam nak akad nikah cara terpaksa je...sumpah lain kot?...mana tau sumpah laknat tak liwat si saiful tu....

Gelombang Rakyat berkata...

Wah!

Husin Lempoyang,

Sikalang tok leh titor kaa?

Apa pasat itu tia boleh sana titor majelis-majelis?

Ini, tidak adil!!!

Critical Thinker berkata...

betul ker jadik melompat abg sin...huhuhuh meh kita tengok dan lihat

Critical Thinker berkata...

jgn lupa sin...letak la skali kat rasa cili taruh tu blog aku

http://malaysianscrap.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

biar betui...kenapa subuh2 nak angkat sumpah jadi PM..betui ka maklumat ni..ni dah kira menimbulkan kegelisan dalam kalangan rakyat ni..sebab tak boleh tidur sampai sahur...hehehehe.

layari blog saya http://suarasaktii.wordpress.com

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Berita dari gunung berkata...

Menimbulkan keresahan melampau-lampau boleh kena tahan ISA.

Unknown berkata...

Sin, ada ke siaran langsung kat TV?aku dah bagun ni ha. Semua channel tak ada pengumuman. TV3 suku pun kata apa2.

akuduniaku berkata...

sin..
da kul baper ni??xder dgr paper pon..ko men2 ker??ker kao y xbgn lae..eden lompang ekao sampai bgn kan..copek r sin..sin..
sin...bgn sin...

Tanpa Nama berkata...

Lusa minyak free... yahoooo

Molongkolong

Tanpa Nama berkata...

sekarang jam 6.00 pagi masih menunggu......

sekarang jam 9.00 pagi masih menunggu......

sekarang jam 1.00 tengahhari masih menunggu......

sekarang jam 5.00 petang masih menunggu......

sekarang jam 7.16 petang masih menunggu......

POOOMMMMM, azan....... (alhmadullillah)

Gua nak Buka puasa la...

Gua nak layan lagu sampai hati spring lepas tu janji manismu aishah plak la....

Tak pe, tak pe Tunggu lagi besok lak.

Wa nak nyanyi lagu setahun sudah berlalu Alleycat plak la.

Nang Bu Ti Nang Kui Buti Kui
Bang Nuar Ni......

mana pulak pegi si promoter ni ye..

ALI MAIDIN berkata...

Aku dah sampai istana ni. Husham ada, Dr Zul ada, Salehudin pun ada. Depa nak kerusi menteri oi. Opp Mahfuz pun ada juga. menteri apa dia hendak tu. Ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

Pak Husin

Ni dah pukul 8.20 pagi ni. Penat dah tunggu...tak announce lagi

Tanpa Nama berkata...

sin...kao ni tpu ako ker kao y kne tpu skali...sia2 ako xtdor tuggu peristiwa besejarah ni..adoi..mmg sjarah sb ako xtdo tunggu omonngan kao sin...xper ako try next time plak..sin sin..sin..sin..haih...

akuduniaku berkata...

len x jgn tulis jgn tdo...bia jer ako tdo sin..haih,....sin sin sin sin...

Cucu Tok Selampit berkata...

Apa yang kamu merepek ni Labu. Dah pukul berapa ni sekarang?

Tanpa Nama berkata...

Kamu sume nie, positif le seket. Bukan ke kalu bang Nuar naik jadi PM minyak akan turun ? Tengok le sekerang, minyak dunia dah turun tapi tak de suara pun si Bedul Lah. Time minyak dunia naik, ngelabah betul nak cepat untung hingga rakyat dicekik-cekik. Aku nie pun dah tunggu bang Nuar angkat sumpah dari waktu sahur tadi. Tapi apa bole buat, kan ke bang Nuar tak suka angkat sumpah ? mangkali angkat sampah je dia suka.

Gobeng.

Tanpa Nama berkata...

Pak cik usin,

dah dekat kul sebalas dah ni, dah bole tido ke blom?

uaaaaarrrggghhhhhh...ngantuks nya

Tanpa Nama berkata...

Gua mimpi rupanya nak dapat minyak free... heheheheh


Molongkolong

Tanpa Nama berkata...

It's funny you know, those who have been on a steady diet of info and news fed by the mainstream media will always have reasons why to present govt is the best, or others in BN can still salvage things and do a better job than the present leadership. It's funny that the same bunch of people have yet to wake up from the deepest and darkest slumber in the history of this country to put on their critical thinking caps and discern what is the truth and what is far from it. The same people have also witnessed the country falling from grace and corruption happening at all levels of society and still think it's ok when every religion in the world condemns it. It's ok that the police receives a little something so that we can get off scot free and he will be on his way without so much of an episode as both parties should not be too overly sticky about this because this is after all, a "win-win" situation that would have probably ended up ugly if not for this easy way out "mechanism" that has become morally acceptable as far as how things work around here in the society. It's ok because because since everyone is too busy with what they do to earn a living, it's ok as long we can still make a living and it's ok as long as my turf is not compromised, it's ok if the media says so!

Now, read the alternative media. Use your common sense, and start being critical about the things that we read. Read the signs, use our intuition and try to ferret out who is telling the truth and otherwise. Just don't blindly worship the crowd, follow the leader when all there is just a machine that is being controlled to feed you and make you believe and digest what they want you to believe... For a start, please be special, be special enough to know you are special and you should be treated special and nothing less than that. Be special enough to demand unfiltered, unadulterated and unbiased info gets to you... ask questions...be genuinely interested in the truth for your own sake!