Selasa, September 22, 2009

Budak bandar balik kampung


Baru pulang semalam.

Tersenyum melihat kerenah anak bandar balik kampung beraya. Kena nyamuk gigit lebam gila. Takut lecak kotor. Si ayah yang asyik membebel anak supaya berhati-hati.

Kalau nilai bermasyarakat dan lasak kampung dikekalkan dalam diri mereka yang di bandar dan nilai dahagakan kemajuan disemarakkan pada orang kampung, boleh kehadapan Melayu yang di desa atau di kota untuk jadi maju dan dihormati.

Tak tahulah kalau ada tak mahu lagi jadi Melayu dan membela Melayu.

10 ulasan:

Cucu Tok Selampit berkata...

Anak bandar sudah tidak mengenali pacat di sawah, menangkap keli dan haruan, takut kepada selut dan lumpur. Balik kampung masih buka internet. hishhhh ...

Tanpa Nama berkata...

was this one of yasmin's idea?

Quantum Metal Consultant berkata...

Melayu dibandar macam kerbau atau lembu dicucuk hidung.

Melayu di kampong berkawan dengan lembu dan kerbau berlumpur.

Sin, di kampong ni mana ada lagi kerbau berkubang, sawah padi dah pakai mesin tanam atau tuai..

Melayu dah berubah, yang tidak berubah ialah UMNO.

Yang kena ubah, kena catur ialah PAS.

Tanpa Nama berkata...

Tu la, kadang-kadang omak bapak yang lobih-lobih bonar, anak makan podeh sikit pun tak buleh. Last-last anak makan tolo ngan kicap jo. Mak bapak dio tau pulak makan sodap-sodap. Bila balik kampung kono cili api dah meleleh air mato....hai kono tibai pun bawak omak, apo nak di kato laie.
Orang puteh tu lagi moden dok kat bandar, lasak dan berani jo anak-anak dio. Orang bandar, kalau anak masuk sport, omak bapak pun samo nak masuk dalam padang bawak anak berlari.....tu la sobab dah dijadikan macam lombu sekarang ni...keh keh keh...Maaf Zahir dan Bathin.

Budak Pilah

Tanpa Nama berkata...

Tu la, kadang-kadang omak bapak yang lobih-lobih bonar, anak makan podeh sikit pun tak buleh. Last-last anak makan tolo ngan kicap jo. Mak bapak dio tau pulak makan sodap-sodap. Bila balik kampung kono cili api dah meleleh air mato....hai kono tibai pun bawak omak, apo nak di kato laie.
Orang puteh tu lagi moden dok kat bandar, lasak dan berani jo anak-anak dio. Orang bandar, kalau anak masuk sport, omak bapak pun samo nak masuk dalam padang bawak anak berlari.....tu la sobab dah dijadikan macam lombu sekarang ni...keh keh keh...Maaf Zahir dan Bathin.

Budak Pilah

Ujang berkata...

...itulah zaman dah berubah, nak buek camano yo tak?...tapi boleh diubah semuo tu, yang ponting eh...berilmu, dunio dan akhirat!


UB

Tanpa Nama berkata...

Eseey , orang kampung jo , tapi alhamdullilah anak menantu pandai pulak makan cili api , dibuek ulam lagi , kalau kobau dan lombu tu , dio tak kesah pun , lagi cucu den nak naik belakang lombu , tapi tu lah kalau keek banda tu , masalah kepalo lombu pun nak gadoh gadoh , susah jadei , keek kampong eseey , lombu yang takut bilo anak cucu balik , takut kono somboleh ...., lombu yang lari lintang pukang , bukan anak cucu eseey ....
Selamat Hari rayo yo , kalau sudi tu datanglah gumah den kek , Sweet Limes Nouvue , Lubok Cino .
Merrybj

Tanpa Nama berkata...

biarlah berbeza ...

orang kampung perlu orang bandar untuk kemajuan dan orang bandar pula perlu pulang ke kampung untuk belajar balik ke asal usul, jangan terbawa bawa dengan kebendaan

lagipun lagu Sudirman 'balik kampung' akan masih relevan

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn anon 9.21,cara hidup di bandar menongkah arus kemajuan, cara hidup dikampung melusuri adat dan budaya...kedua2nya adalah kombinasi unik bumi malaysia..tu yg kita perlu balik kg walau setahun sekali supaya kita terus kenal asal usul budaya kita...

Tanpa Nama berkata...

tu bukan budak bandar. tu budak tak pernah balik kampung sejak dari kecik. macam orang jepun yang buat homestay kat janda baik sana. atau macam orang singapore first time buat homestay kat negeri 9, sempena hari raya korban.

-tak logik-