Khamis, Oktober 08, 2009

Anugerah Husin Lempoyang kepada Isa Samad


Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Husin Lempoyang telah sebulat suara bersetuju menganugerahkan Anugerah Husin Lempoyang kepada Tan Sri Samad sebagai calun Pilihanraya Kecil yang paling cekap melawak.

Berikut adalah lawak-lawak kempen Isa Samad seperti dilaporkan oleh Agendadaily:

Pengundi yang ‘ tak sihat’, saya doakan sembuh

Kalau pengundi Bagan Pinang tidak mengundinya tetapi undi PAS, bermakna orang itu tak sihatlah.

Hanya orang tak sihat yang tidak nampak apa yang kerajaan BN sudah buat sejak merdeka.

Orang tu juga tak sihat kalau dengar cakap PAS yang kata saya tak buat apa-apa dan banyak projek tak siap masa saya jadi Menteri Besar.

Hebat tuan puan dekat sini. TPM, MB dan Exco datang merayu undi, kalau tak undi saya juga, bermakna tuan puan ada yang tak sihat.

Kalau tak sihat, nanti saya doakan supaya sembuh.

Orang Arab tak dapat masuk syurga

Jin ini kita kena semah (buang atau cuci). Lepas pilihanraya jin-jin hilang entah ke mana, masa ada pilihanraya, mereka muncul cakap macam-macam.”

Orang PAS pun kokok berderai-derai tetapi ekor penuh tahi maka janganlah nak tuduh orang BN atau UMNO semuanya jahat dan buruk.

PAS juga hendak buat kerja Tuhan apabila hendak menentukan syurga dan neraka.

Kasihan orang Arab tak dapat masuk syurga kerana mereka tak masuk PAS.

Main bola sepak gol sendiri

Kerajaan bukan milik orang politik tetapi penjawat awam yang melaksanakan dasar ditentukan pemimpin politik.

Sebab itu, jika kakitangan awam terlalu mengkritik kerajaan, bermakna mereka kritik diri sendiri.

“Kalau tak sokong kerajaan, macam main bola sepak masuk gol sendirilah.”

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sin,
Saya sokong 100 peratus. Selama 25 menjadi MB, Tan Sri Cuba berlaku seadilnya kepada semua kaum. Ini gua tabik. Politik nogori stabil selama ini sebab Tan Sri.
Hari Selasa gua sengaja lalu kat Bagan Pinang sebab den oghang Linggi, kesimpulannya, NO FIGHT , oghang kampung kata PAS boleh bungkus (Blah). Tapi hari orang PAS kata diserang Dan ditetak, kalau nak wayang suruhlah oghang tetak betul-betul, ini tak bayu macam kena pedang samurai yg tajam tapi kulit sikit pun tak calar. Ilmu kebal kot. Kalau tak tau tetak meh panggil den, macam stik lembu keluar dagingnya nanti.
Oghang PD tak payah buat kerja sampah macam tu lah, tak caya sendiri turun. Gerak kojo PAS tak bermaya
macam Mati segan Hidup tak mahu.

Oghang Nogori semua baik hanya tang tu yang impot kat Rombau yg sibuk

Tanpa Nama berkata...

Semuannya cukup sinikal cumanya tang orang Arab tak masuk syurga sedikit membimbangkan.

Bukannya apa Pak Sin, takut-takut nanti pasukan Bendera (benteng demokrasi rakyat) di tanah Arab akan cari tok arab malaya (Pas) sampai ke lubang cacing kerana menciplak slogan depa.

APOLITIKAL